Vicious 30 | Coincidence

6.5K 706 176
                                    

Makin dia mahu lari, makin
dekat takdir membawanya kembali

➽───────────────❥

"Oh my God. Rain!"

Tanpa Rain sedari, kalimah itu turut diungkap di dalam hatinya.

Oh my God.

What the hell is she doing here?

Ellie deras menghampiri. Beg perkakas perubatannya diletakkan di atas katil.

"You, Rainata Blake? Anak Uncle Raymond? Oh my God!"

Rain terkejung.

Ellie juga sama. Lagi-lagi apabila melihat tubuh itu terlalu berbeza berbanding sebulan lepas dia merawat wanita itu di rumah Vic.

Kemana hilangnya lekuk-lekuk tubuh wanita itu yang sebelum ini terbentuk cantik dan mengiurkan?

Terlalu sarat fikirannya dengan soalan.

Kenapa Rain ada di sini?

Kenapa tidak di rumah Vic?

Apa yang sudah terjadi sebenarnya?

Namun semua itu dipendamkan dahulu daripada disuarakan. Melihat raut wajah Rain yang jelas terkejut dan lesi itu, Ellie lantas duduk di sebelahnya.

"Rain, you—"

Rain melarikan anak matanya. Hendak melarikan diri, dia yakin dia tak mampu ketika itu.

"I'm sorry if I make you feel uncomfortable. But, what happened? Look at you. Kenapa you ada kat sini? Mana Vic?"

Bertubi-tubi soalan Ellie.

Menunggu Rain bersuara tak ubah ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Ellie mengambil tangan Rain dan digenggamnya di atas paha.

"Rain, tell me apa yang Vic dah buat pada you sampaikan you jadi macam ni?"

Tiba-tiba Rain menggeleng dan melepaskan tangannya.

"Tak. I yang nak balik sini."

Akhirnya Rain bersuara. Itupun anak matanya masih enggan menjejaki teman bicaranya.

Ellie masih kurang yakin dan was-was dengan penafian wanita itu namun rasa tak percaya ternyata masih menyelubunginya. Dia memandang sekeliling bilik itu sebelum jatuh kembali pada Rain.

Memang mamanya, Doktor Joanna, telah lama menggalas tugas sebagai doktor keluarga ini namun inilah pertama kali Ellie menjejakkan kaki di rumah agam milik keluarga Blake ini.

Tak sangka, Rain yang dikenalinya melalui Vic merupakan salah seorang ahli keluarga hartawan ini.

"Seriously, I tak sangka yang you anak uncle. I mean, I tahu nama you Rain but not your full name. I tak pernah terfikir pun yang you anak uncle selama ni."

Terjeda, Ellie seakan-akan berfikir panjang.

"Oh my God. I should know when I looked at Rhea's record masa I rawat dia dekat hospital dulu. Rhea Blake, isn't she? Oh God, bodohnya I boleh tak sedar semua tu!" Ellie menepuk dahi.

Kesal dengan ketidakpekaan sendiri.

Rain lebih kesal ketika itu.

Kenapa makin dia mahu lari dari lelaki itu, makin dekat takdir membawanya kembali?

 His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now