Vicious 19 | Stoop low

4.5K 388 111
                                    


❝ I might do something stupid
But still, forgive me ❞


.➽───────────────❥


Rain termenung petang itu di ambang tingkap bilik. Dia melihat ke bawah. Dua orang pengawal yang ditugaskan untuk mengawasinya masih kekal setia menunggu dan memerhatikan tiap-tiap perlakuannya.

Dan Rain tahu untuk apa.

Untuk apa lagi jika bukan untuk disampaikan buat tuan mereka setiap gerak-gerinya.

Kalau tiada mereka di situ, dia sudah bertekad untuk lari walau dengan apa cara sekalipun. Turun menggunakan kain melalui tingkap bilik, pengawal keselamatan pula akan ada menunggu di muka pintu pagar. Memanjat pagar? Melihat ketinggian besi sepuluh kaki itu sahaja buat Rain yakin yang usahanya pasti akan sia-sia.

Jujur, dia buntu.

Kenapa hidupnya dari dulu akan sentiasa diawasi? Kalau dulu semasa di New York enam tahun lepas juga begitu. Jangan haraplah dia boleh lepas dengan begitu mudah dari pengawasan Carl, kecuali malam tahun baru yang dia berjaya memboloskan diri. Itupun hasil lakonan dan pujuk rayu dia kepada Carl, dibantu efek ubat tidur yang di spike ke dalam minuman lelaki itu.

Tapi, malam kejadian itu dia benar-benar tak ingat apa yang terjadi. Seingat dia, pagi itu dia tersedar di dalam pelukan Carl yang masih belum tersedar dari lena, tertidur pulas di atas sofa.

Entah macam mana dia boleh pulang ke kondo dan persoalannya, siapa yang membawa dia pulang malam itu?

Rain melepaskan keluhan.

Memorinya yang nyata terpadam malam itu ditepisnya dari benak fikiran.

Tak perlu ingat, Rain. Semuanya tak penting pun sekarang ini. Yang pentingnya sekarang, kau kena cari cara untuk lepaskan diri kau tu dari sini. Kau nak jumpa Rhea, kan? Kau kena usaha! Bukan sekadar duduk termenung sepanjang masa!

Dah empat hari kau terseksa di sini!

Empat hari!

Rain bangkit dari duduk. Sedang dia berura-ura untuk melangkah ke pintu bilik, tiba-tiba sahaja daun itu dibuka luas terlebih dahulu.

Klak

Ema muncul di ambang pintu bersama sebuah kotak besar berbentuk leper di tangan.

"Madam."

Rain mendengus. Naik jelak dia mahu menegah Ema dari memanggilnya begitu.

Rain menyilangkan tangan ke dada.

"Tuan berikan ini."

"Apa tu?"

"Saya tak pasti, madam. Katanya cuma berikan kepada madam."

"Dia dah balik ke?" Rain masih enggan menerima kotak tersebut. Objek itu hanya dipandang tanpa minat walhal dalam hati cukup gelisah mengingatkan janji lelaki itu tempoh hari sebelum dia pergi.

"Flight tuan lewat petang ini dari Macau. Malam tuan akan sampai. Tapi, rasanya tuan perlu ke sana semula esok, menurut Edward."

Rain mendengus lagi. Apalah nasibnya nanti jika Vic sudah kembali? Walaupun hanya malam ini, segalanya boleh berlaku.

Dia akan kotakan janji dia ke?

Air liurnya ditelan dengan kepayahan.

Selama empat hari lelaki itu tiada, Rain rasa dunianya sedikit aman meskipun batinnya menangisi nasib terjerat di sini. Kalau lelaki itu balik malam ini, tentu janjinya sebelum pergi itu akan dikotakan.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang