Vicious 1 | Drunken and broken

6.1K 455 64
                                    


Kenapa daddy tak sayangkan Rain
macam daddy sayangkan Ryan? ❞

 

➽───────────────❥

 

New York, 2013

Ibu kota metropolitan itu tak pernah mengenal erti lelah. Bayangkan, pada suhu dibawah takat beku, manusia masih berpusu-pusu, kereta tetap menderu-deru menambahkan lagi kesibukan malam tahun baru.

Ya, beberapa jam lagi mereka akan mendekati ambang tahun baru 2014 yang tentunya diharapkan dapat membuka lembaran azam yang baru.

Sorak riang manusia-manusia yang berpesta dan bersuka-ria, membajiri pinggir-pinggir jalan raya yang kebanyakannya ditutup bagi memberi laluan perhimpunan. Kawasan sekitar Times Square yang hanya beberapa blok dari tempat dia berada kini menjadi tumpuan berduyun-duyun manusia yang dahagakan keseronokan. Kepadatan dan kemeriahan di bawah sana jelas kelihatan dari dinding kaca unit kondo 1600 Broadway miliknya. Kondo mewah, sarang persembunyian yang disediakan Raymond buat dia mengasingkan diri dari dunia buat seketika.

Elok juga begini, berbanding bercampur-gaul dengan mereka-mereka di bawah sana. Berpesta dan mabuk, yang mana kemudiannya berseks bebas sesama sendiri.

Malam tahun baru yang pastinya hangat dengan parti-parti liar, sinonim dengan gaya hidup bandar metropolitan itu.

Memikirkan itu, Rain kembali menyedarkan diri.

Dengusan kasar terlantun di bibir.

Apa kurang diri kau sendiri, Rain?

Dengan apa yang jadi sekarang ni, apa beza kau dengan dia orang semua?

Bosan berdiri di dinding kaca itu, Rain duduk pula di sofa baldu merah di ruang santai lalu mengambil tablet miliknya. Dibuka tanpa sebarang minat dan dengan malas, Rain mula melayari dan membaca seimbas lalu berita-berita yang langsung tidak menarik minatnya. Dari berita perniagaan, ekonomi sehingga ke berita hiburan, tiada satu yang benar-benar dibacanya.

Semuanya sekadar dilihat untuk mengalihkan perhatiannya.

Mengisi kekosongan malamnya.

Mencari sesuatu yang bisa merawat kesunyiannya.

Sayangnya jauh di sudut hati, masih ada lohong gulana yang sukar diubati.

Sedang leka membelek dari satu ke satu berita, anak mata Rain tiba-tiba tertarik ke satu artikel. Tanpa berfikir panjang, diklik artikel tersebut dengan kadar yang segera. Di awal artikel, terpampang jelas satu gambar yang diambil paparazi menunjukkan ssorang lelaki bersama seorang wanita yang cukup dikenalinya.

Mesra berkucupan.

Rain tersenyum sinis.

Membaca kepala artikel itu, jengkel hatinya umpama dihentam sesuatu.

Jijik.

Billionaire Raymond Blake caught showing affection to 6-months preggy young and hot model wife, Anya Blake on a romantic night in Florence.

Billionaire Raymond, 68 and Anya, 26 recently caught spending their sweet little time on a boat cruise in Florence, cuddling and kissing each other affectionately. Ex-model Anya is currently 6-months pregnant with Raymond's and the couple are said to expect the baby there, in Italy upon Raymond's business deal...

Pap!

Rain menekan butang off dan terus mencampakkan tablet tadi ke atas meja. Mata dan hatinya sakit disajikan kepura-puraan yang diketahui. Malah dia teramat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

 His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now