Vicious 6 | Game

3.4K 378 123
                                    


do you think, we got something
between you and me, called 'game'

 

➽───────────────❥

 

Kuala Lumpur, 2019

Raymond ketawa kuat.

Apa yang disampaikan oleh orang kanannya itu sungguh tak masuk dek akal.

Berani sungguh Victor menentangnya.

Permintaannya untuk bertemu esok ditolak mentah-mentah, malah 'diugut' datang bertemu malam ini.

Raymond ketawa lagi sehingga beberapa orang di dalam bilik yang sama itu mula tercengang-cengang sesama sendiri.

Selepas puas ketawa, Raymond menggeleng pula.

Dia mundar-mandir kiri dan kanan, lalu lantas tunduk bertongkat tangan di meja kerjanya.

Tawanya masih bersisa.

Victor Abraham...

Menarik!

Permulaan antara mereka sudah cukup menarik, belum lagi kalau di dalam permainan nanti.

Baik. Victor boleh mengawal permainan dahulu tapi apabila permainan sudah dimulakan nanti, dia akan pastikan bahawa dia yang akan mengepalai.

Jam di dinding dipandang.

Jam 8.20 malam.

Dia sudah tak sabar untuk berdepan anak muda itu bersama satu tawaran yang tak mungkin mampu ditolak. Malah dia teramat yakin Victor Abraham akan termakan dengan tawarannya nanti.

"Okay. We'll leave in an hour," ujar Raymond, mengarah orang-orang suruhannya untuk bersedia.

Ini kali kedua mereka akan bertentang mata. Pertemuan kedua yang akan membawa makna memandangkan dia punya cara untuk buat lelaki itu tersungkur di depannya.

Tunduk akan kehendaknya.

 
 
 

"PAPA, bangunlah."

Kelihatan seorang anak lelaki berumur lingkungan sepuluh tahun menangis tersengguk-sengguk di sebelah tubuh yang kaku. Digerakkan sekuat mana sekalipun, tetap sekujur tubuh itu tak berkutik. Beberapa botol alkohol kelihatan bertaburan dia atas lantai.

"Papa, wake up." Digerak-gerakkan lagi tubuh si ayah.

Tetap tiada respond yang dimahukan.

Segalanya sia-sia...

Rumah yang berantakan itu dipandang melilau.

"Mama—"

Dia bangun dengan keadaan menggeletar seluruh tubuh. Mata melilau mencari kelibat si ibu di sekitar rumah.

"Mama! Mama, where are you?"

Kaki menapak perlahan-lahan perlahan-lahan ke arah bilik. Sedu-sedan masih berleluasa. Ketakutan jelas menguasai si anak kecil.

Satu demi satu bilik dimasuki, namun kelibat si ibu tetap tidak kelihatan. Cuma bilik yang terakhir tinggal untuk diperiksa. Terketar tangannya menolak pintu.

Sebaik terbuka, kanak-kanak itu hampir terduduk akibat kejutan yang maha dasyat.

Apa yang tersaji di depannya ketika itu akhirnya menjadi senjata ampuh yang bakal memahat trauma yang mendalam dalam diri seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz