Vicious 26 | Signed

4.9K 499 207
                                    

Kerana kini perjanjian mereka
termeterai hitam dan putih

 

➽───────────────❥

 

"Leo."

"Vic, what are you doing here? I thought you are in Macau."

Leo segera bersandar di kerusi. Tangannya dilurus ke arah kerusi di seberang mejanya.

"Have a sit," pelawa dia walaupun tahu yang adiknya itu pasti akan duduk meskipun tanpa disuruh.

Vic terus duduk di kerusi empuk, di depan Leo.

Sejujurnya, Leo sendiri terperanjat sebaik diberitahu pembantu peribadinya yang Vic ingin berjumpa dan sudah menunggu di luar. Selalunya, jangan harap Vic akan datang kecuali jika ada hal yang benar-benar penting mahu dibicarakannya. Jika menyentuh soal peribadi, Vic lebih selesa mengajaknya berjumpa atau berbincang di bar hotel.

Jadi melihat adiknya muncul di pejabatnya hari ini, meyakinkan Leo ada sesuatu yang begitu penting hendak diperkatakan.

"How's business?" soal Vic berbasa-basi sambil pandangan matanya menyoroti serata bilik pejabat Leo yang tampak gah dan mewah.

Tentulah gah bagi menjaga reputasi sebuah syarikat korporat ternama.

Terpampang di dinding belakang Leo, tertulis 'Arcuzski Group'.

Dari pemerhatian Vic, Leo jauh lebih berjaya darinya. Leo punya rangkaian resort dan hotel metropolitan bertaraf lima bintang, Arcuzski Hotel, di dalam Malaysia mahupun di Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, Leo juga giat membangunkan perusahaan barangan perhiasan berteraskan berlian yang kian mendapat tempat dalam kalangan peminat perhiasan seumpama.

Arcuzski Diamond.

"What's going on?"

Vic tersentak, lantas mengeluh. Pandangannya dikembalikan buat Leo.

"Aku nak tanya something."

"Tanya apa? Macam serius je," soal Leo, kepelikan. Kalau sekadar bertanya, bercakap melalui telefon juga tiada bezanya.

Melihat Vic yang mengelak renungannya, Leo seakan-akan dapat mengagak.

"Is it about her?"

Leo memerhatikan adiknya itu bermain pen di atas meja. Diam Vic umpama memberi tanda yang telahannya benar belaka.

"Kenapa dengan dia?"

"You, tell me everything that you know about her."

"Aku tak kenal dia," tekan Leo bersungguh-sungguh.

"I just accidentally met her on that new year's night. She was tipsy. I didn't even know her name and the fact that she was pregnant until she almost stumbled on the floor. Luckily I was there. Waktu aku tolong dia tu, baru aku tahu nama dan keadaan dia waktu tu. And yes, I can assure you that she was pregnant. Maybe five to six months."

Vic memandang Leo dan termenung beberapa ketika.

"She told you her name?"

Leo berfikir-fikir lalu menggeleng.

"Nope."

"Habis tu, macam mana kau tahu nama dia?"

"Aku dengar dia sebut nama dia Rain. She mistook me as someone else. Tak silap aku, Raymond? Daddy dia, kan? Raymond Blake?"

 His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now