🌷Bab 8🌷

1.6K 91 21
                                    

[ November-2019]

***

"HMMPH~" Keluhan berat dihela entah kali yang dah ke berapa. Sejak hampir satu jam yang lalu dia melipat sila dibawah pokok Penaga Lilin itu. Plan asal tadi mahu bermain skateboard di mini skate park yang terletak di hujung padang. Namun sejak dia sampai tadi, tidak sekali pun hobi utama dari zaman kanak-kanaknya itu dibuat. Cuma dibiar skateboard deck berada di atas walkway dan diperhati kosong.

Pandangan saja kosong tapi fikiran dia tak. Bukan banyak perkara pun. Satu aje! Satu aje perkara itulah yang menyesakkan otak sekarang. Permintaan Intan pasal dia kena bawa balik Jaja ke rumah di hari bahagia kakaknya itu sangatlah tertalu rumit!

Malah tahap rumitnya itu sepuluh kali ganda dari FYP yang dia hadap masa tahun terakhir pengajian dulu. Atau boleh jadi tahap rumit itu mencecah seratus kali ganda dari nak cari idea untuk buat design PCB yang dia kena selesaikan demi keluaran produk terbaru yang dimana kalau dia berjaya laksanakan itu bakal memberi keuntungan puluhan juta kepada syarikat.

Sungguh Ejat sangat serabut sekarang ni! Macam nak pecahkan kepala sendiri atas jalan bertar depan dia pun ada.

"Acah berjemur kat Hawaii ke tu? " Sedang sibuk melayan kegusaran hati, satu suara menegur dari belakang. Tak menoleh pun dia dah boleh kenal siapa gerangan manusia yang sedang berjalan datang ke mari. Tak lama lepastu, kehadiran tuan empunya suara itu sudah berdiri di sebelah. "Kau biar betik, brother in law? Tengah-tengah hari rembang macam ni nak skateboarding...?"

"Assalamualaikum." Tak menjawab soalan. Sebaliknya salam pula yang diberi.

Seman terkedu sekejap. Deep! Mencebik bibir, dia menjawab. "Hekelehh kau... hmm waalaikumussalam. Nah!"

Botol air mineral sejuk dari Seman atau nama sebenarnya Uthman Affan itu, disambut tanpa banyak songeh. Serupa orang mengantuk disorong bantal, pemberian itu diterima dengan hati yang sangat terbuka. Tegukkan berkali-kali dibuat bagi melalukan air pada kerongkong yang sememangnya kering minta diisi sejak dia berjemur dibawah panas terik matahari.

"Whohoaa! Slow lah sikit!" Besar mata Seman bila melihat kerakusan Ejat menelan air.

"Perghh! Kau memang the best brother in law in the world lah!" Botol dijauhkan dari bibir. Botol plastik berisipadu 600ml yang sudah kosong itu dicampak masuk ke dalam tong sampah dengan sekali lalu saja. "Macam tahu-tahu je aku tengah dahaga. Mana tahu aku kat sini?"

Terasa akan teriknya matahari menghala terus ke wajah, Seman mengubah posisi. "Masa nak park kereta tadi aku nampak ada seketul makhluk kat sini. Dari jauh aku dah tahu dah. Kalau buat kerja sewel luar alam macam ni memang tak ada orang lain lagi. Mesti adik tunang aku yang acah brutal tu. Sama je sewel macam kakak dia." Tambahnya lagi yang kini sudah berdiri di hadapan Ejat sambil sebelah tangan diletak pada dahi, memperjelaskan muka Ejat pada pandangan.

"Ewah, berani kutuk kakak aku nampak!" Ejat buat muka. "Yang acah brutal, yang sewel tu jugaklah yang kau gigih nak buat bini."

Seman buat muka toya. Mata dibawa ke arah padang yang luas. Tangan menggosok belakang leher yang tak gatal. "Dah nama pun sayang, mestilah nak buat bini." Suara dia perlahan menutur.

Kononnya tak mahu Ejat dengar pengakuan terlebih kejunya itu tapi tu la... telinga bakal adik iparnya itu agak tajam. "Euw~~ Wekk!" Reaksi macam orang nak muntah lalat dia tunjuk pada Seman.

"Kau jangan nak wek-wek sangatlah! Belum turn kau lagi. Nanti bila kau dah reti nak suka orang, jatuh cinta, jatuh sayang... baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Tiap saat, tiap minit, tiap hari rasa teringat aje. Rindu semedang."

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now