🌷Bab 30: Ending🌷

2K 128 86
                                    

#Warning! Disebabkan chapter ni lebih dari 6000 patah perkataan, sila sediakan baldi dekat sebelah untuk tadah muntah.🤢🤮🤧🤒🤕

#Sejujurnya Ifti tak tahu apa yang ifti merapukan sampai chapter ni boleh cecah lebih dari 6K patah perkataan. Saja taknak split jadi dua atau tiga chapter Sebab nombor 30 tu nampak cantik je, tak ke? 😅😉

#Dalam banyak-banyak cerita, ini adalah chapter terpanjang ifti pernah melalut. I've tried my best untuk luahkan apa yang ada kat dalam otak dan hati untuk habiskan cerita ni. Tapi tu la...Sebagai seorang tukang karut yang sedang belajar menulis ifti tahu cerita ini kurang perasa here and there. Tapi anda tetap baca dan support. Thank you so much. Dan sesungguhnya debaran untuk publish chapter terakhir ini ini bukan tahap biasa-biasa. Rasa sayu pun ada. Jadi... selamat membaca gaisss 😊😘

**

[Jun 2020]

***

PATUTLAH Jaja rasa macam pelik dengan Hannah dan Farah hari sebelum majlis konvo tu. Biasa budak berdua itu akan paksa dia ikut jalan-jalan ke mall tapi malam sebelum hari konvo tu tak. Bersungguh mereka menegah Jaja dari bersiap.

Dan bila Jaja bertegas untuk ikut jugak, cepat-cepat Hannah tarik tangan Farah keluar dari rumah. Hampir separuh hari dia dibiar berteleku di rumah seorang diri. Sempat jugaklah dia merajuk dengan dua orang tu tapi sekejap aje. Lepas Hannah dan Farah balik rumah dengan jinjing makanan-makanan sedap, lesap terus rasa merajuk.  

Disebalik kisah dia tak dibenarkan menyertai aktiviti hangout hari tu rupanya ada sebab. Ada udang disebalik bihun. Mereka sedang merencana kejutan buat Jaja. Kejutan yang sangat tak disangka!

Tujuan Hannah ajak Farah keluar awal pagi hari tu adalah untuk pergi jemput keluarga angkat Jaja di airport. Dah jemput, dibawa pula lima sekeluarga itu ke homestay yang lokasinya tak jauh dari kawasan rumah mereka. 

Kemunculan keluarga Encik Hasan pada hari majlis konvo Jaja memang sudah diketahui dan dirancang baik oleh mereka. Intan sebagai mastermind telah menghubungi Hannah dengan menghantar mesej melalui Instagram. Pelan punya pelan, rancang punya rancang akhirnya sampai juga mereka ke sini. Hari ini sudah masuk hari ketiga keluarga kedua Jaja sedang berada didepan matanya.

"Mak, jangan balik lagi boleh tak? Ja tak puaslah."

"Kena balik la... Semua orang nak kena kerja tau lusa. Mak takpe la tak kerja. Kalau ikutkan mak pun taknak balik lagi."

"Kenapa semua orang ambil cuti sikit sangat. Dah nak datang jauh-jauh, tiga hari je cuti?"

"Sebab benda ni last minute punya plan. Jat dengan Seman kan tak boleh cuti lebih dari tiga hari kalau ambil cuti mengejut." Terang Puan Zaliha sambil menepuk pipi Jaja yang sedang memaparkan riak sedih.

"Ja dapat tengok mak tiga hari je. Rindu pun belum sempat terubat lagi tau." Rengek Jaja, memeluk kejap lengan Puan Zaliha. Tak cukup dengan peluk, hidungnya digesel-gesel pada bahu kanan wanita itu.

"Amboi... Mak je ke? Abah tak rindu?" Datang pula Encik Hasan, mengambil tempat disebelah isterinya.

Jaja tersengih lebar saat pandangannya mengesan riak sedih yang dibuat-buat di wajah lelaki separuh abad itu. "Takkanlah Ja tak rindu abah jugak. Mestilah rindu dua-dua. Ja kan seorang anak yang adil dan saksama."

Senyum yang ditahan terlakar pada wajah lelaki itu selepas mendengar kenyataan itu. "Kalau taknak rindu teruk-teruk dekat mak dengan abah, jomlah ikut kitorang balik. Hannah bagitahu abah semua kerja Ja dengan supervisor akan settled tak lama lagi." Mata Jaja dicari dan dipandang dalam-dalam sebelum satu soalan dititip keluar. "So... balik Malaysia ya lepas tu? Bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. Kan?"

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now