🌷Bab 23🌷

975 75 23
                                    

[Mac 2020]

***

JA! AKU mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat balik jumpa kau. Jangan marah aku. Bos aku suruh aku pergi Vietnam tiba-tiba untuk buyoff product ganti member. Dia kena mild stroke. Aku janji bulan tujuh nanti aku pergi cari kau kat Manchester! 😭😭😭😭

Pesanan yang mengandungi kata-kata maaf melalui whatsapp dari Dania yang entah ke berapa belas kali sejak hari kawannya itu mengesahkan dia tak dapat balik Shah Alam untuk bertemu dengan Jaja tempoh hari dibaca. Rasa bersalah betul gadis itu terhadap dia. Padahal dah berkali-kali juga Jaja memberitahu Dania yang dia tak kesah pun. Dia faham situasi kawannya itu. Tak boleh jumpa sekarang secara berdepan, inshaAllah kalau ada jodoh mereka akan berjumpa suatu hari nanti. Lagipun dia dengan Dania tak pernah lost contact. Kerap berhubung melalui Skype. Boleh dikatakan seminggu sekali. 

It's okay, Nia. Aku dah cakap kan aku tak marah pun. InshaAllah kau datang Manchester nanti kita jumpa!🙆

Selepas pesanan Dania dibalas, Jaja kembali fokus kepada kerja yang dibuat sekarang. Kerja mengemas pakaian. 

Baki cuti untuk dia terus berada di Malaysia cuma tinggal lagi dua hari. Kalau ikutkan jadual pembelajaran pada semester ini, universiti dia punya spring break jatuh pada minggu depan selama sembilan hari. Tapi disebabkan kenduri Intan dan Seman telah ditetapkan pada 28,29 Februari dan 1 haribulan Mac jadi dia perlu buat permohonan kepada pihak universiti untuk membenarkan dia tidak menghadiri kelas selama satu minggu.

Tak cuma Jaja, Farah dan Hannah juga ikut tumpang sekaki alasan attend-family-wedding si sahabat untuk balik bertemu ahli keluarga masing-masing. Sebenarnya susah jugak pihak universiti mahu memberi kebenaran namun disebabkan mereka bertiga dapat sokongan besar dari kabel mantap iaitu supervisor masing-masing dan juga dari dekan fakulti, akhirnya berpijaklah Jaja sekarang ni di bumi Malaysia setelah sekian lama dia membawa diri.

Setelah lima hari berada di sini, sekarang Jaja sedang mula berkemas buat persediaan untuk pulang ke Manchester dengan penerbangan pada pukul 6.20 pagi esok. Sedang dia melipat baju untuk susun ke dalam bagasi, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Tak perlu ditanya pun dia sudah tahu siapa gerangan insan yang berada di luar. Memandangkan hari ini abah dah Ejat sudah mula kembali bekerja setelah bercuti selama beberapa hari manakala Intan dan Seman sejak semalam berada rumah keluarga Seman, tak lain tak bukan mestilah Puan Zaliha. "Masuk, mak. Pintu tak berkunci pun."

Dan tak sampai dua saat isyarat diterima, bunyi kuakan pintu pun kedengaran. "Mak ganggu ke?" Menjengul kepala ke dalam bilik, Puan Zaliha bertanya.

"Tak, mak... Tak ganggu pun. Meh masuk, duduk sini." Jaja menggamit tangan ke arah mak angkatnya itu sebelum menepuk ruang kosong disebelahnya.

Dah dapat lampu hijau, tak menunggu lama langkah diatur ke arah Jaja. "Ja tak lapar ke? Kalau nak makan, mak dah hidangkan nasi dengan lauk kat atas meja tu." Punggung dihenyak ke atas tilam empuk, menyertai Jaja yang sudah menghentikan aktiviti melipat pakaian.

Bagasi bersaiz 24 inci tersadai di tengah katil dia tutup dan tolak ke hujung sedikit. "Mak dah masak untuk tengah hari ke? Tak tunggu Ja pun..."

"Alah... mak masak simple je. Tak perlu nak ada assistant chef bagai. Setengah jam dah siap. Lagipun Ja cakap nak makan lauk biasa je kan hari ni?"

"Tapi pagi tadi mak dah setuju nak masak sama-sama dengan Ja..." Muncung dipanjang ke depan ketika menuntut janji yang dimeterai dengan Puan Zaliha semasa mereka bersarapan bersama Encik Hasan dan Ejat pagi tadi sebelum kedua mereka pergi kerja.

"Tak payahlah bangga tayang muncung tu sangat. Ingat lawa ke buat mulut angsa macam tu?" Ringan je jari telunjuk itu menekan bibir Jaja, sekali lalu. "Sebijik macam Kak Intan dialah budak ni..." Sambung Puan Zaliha, menggeleng kepala bersama senyuman nipis di wajah.

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now