🌷Bab 18🌷

1.1K 72 13
                                    

[ 28 Februari 2020]

***

"BOLEH... Tapi jangan lama-lama. Balik jenguk rumah sekejap lepastu balik sini balik." Jawapan daripada Puan Zaliha kepada Jaja setelah gadis itu memaklumkan tentang niatnya untuk balik rumah keluarganya di taman sebelah untuk menziarah.

Sejak kepergian dia ke luar negara, sekali pun dia tak menjenguk rumah. Cuma tengok melalui video call dan gambar saja. Entah macam mana rupa dan keadaan rumah dia pun tak tahulah. 

"Tapi mak...Jaja macam nak tidur sana je malam ni." Suara Jaja perlahan, cuba memujuk. Bolehlah mak--"  

"Tak boleh! Mak tak izinkan." Pintas Puan Zaliha lagi dengan gelengan kepala yang berkali-kali. 

"Alaa maakk..." 

"Tak.Bo.Leh!"

Jaja dah mati akal. Tak tahu nak guna ayat apa lagi untuk memujuk wanita itu. Sejak semalam bila dia memberitahu akan niatnya untuk bermalam di rumah sendiri sudahpun dibangkang. Jadi hari ini dia ingin cuba kali kedua dengan harapan dia diberi keizinan. Tapi nampak gayanya, cadangan dia bakal gagal lagi je. "Mak--"

"Ja... Bahaya tau tak? Rumah tu dah lama tak berpenghuni. Memanglah bersih sebab tiap-tiap minggu kitorang pergi kemas tapi untuk Jaja tidur situ sorang-sorang mak takkan setuju." Tidak dibiar Jaja menghabiskan ayat, dia mencelah lagi dengan nada yang agak tinggi. Jaja dah dianggap seperti anak sendiri dan gadis itu pun dah anggap dia macam mak sendiri. Jadi dia tak perlu nak berjaga-jaga dalam menutur kata dengan Jaja. Macam mana dia bercakap dengan Intan dan Ejat, macam tu jugaklah dia bercakap dengan Jaja. "Dengar cakap mak boleh tak?"

"Ni kenapa ni? Riuh semacam je." Suara milik Encik Hasan datang dari belakang, membuatkan dua wanita itu berpaling.

"Hah, cuba tanya abah... Abah pun mesti tak setuju punya." Muncung dan dagu sama naik diunjuk ke arah si suami yang kini sudah berdiri di sebelah Jaja.

Jaja menghela nafas panjang. Walaupun dah agak respon abah takkan lari jauh dari respon mak, dia tetap masih nak cuba nasib. "Abah..."

Panggilan lembut itu disahut dengan gaya lembut yang sama. "Ya, Ja..."

"Jaja nak mintak izin tidur rumah--"

"Mak betul. Abah sangat tidak setuju." Tak perlu menunggu ayat diatur dengan sempurna, Encik Hasan lantas menyampuk laju. "Bahayalah, Ja." 

Majlis akad nikah sudah tamat. Para tetamu kian beransur pulang. Sanak saudara sudah balik ke homestay untuk berehat. Jiran tetangga pun sudah balik ke rumah masing-masing. Yang tinggal cuma beberapa orang saja. Intan dan Seman baru balik dari keluar pergi buat outdoor photoshoot kat tasik depan taman ni. Tengah buat photoshoot, tiba-tiba hujan pula. Merasalah pasangan pengantin baru itu untuk jadi Shahrukh Khan dan Kajol dalam Kuch Kuch Hota Hai berlari berpegangan tangan dalam hujan balik ke rumah. Dah basah lencun terus dua-dua naik atas, bersihkan diri. Ejat pula sedang berkemas di luar bersama dua orang anak jiran mereka, Darius dan Atul.

"Tapi kan abah, mak... Dania cakap nak teman Jaja tidur malam ni. Lepas kerja nanti dia gerak dari Melaka. Lepas maghrib InshaAllah dia sampai. Sampai je, kitorang terus balik rumah. Esok pagi-pagi kitorang datang sini balik." Jaja belum mahu berputus asa, dia cuba lagi dengan cara memasang janji. Esok kan kenduri, jadi dia akan pastikan dia sampai awal di sini untuk menolong apa yang patut.

Kedua-dua suami isteri itu saling berpandangan buat beberapa ketika sebelum masing-masing berikan semula fokus pada Jaja. 

"Jangan lupa kes Ali Zam Zam tu..." Puan Zaliha seakan mengingatkan sesuatu pada suaminya. 

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now