🌷Bab 17🌷

1.1K 71 22
                                    

*Seperti yang dijanjikan... Here's an update! Hope you guys like it 🥰

***

[Februari 2020]

***

"Jat macam dah tahu aje yang Jaja akan balik untuk majlis Kak Intan. Kuat betul chemistry kamu berdua ya. Walaupun dah lama terpisah--"

Pernyataan tadi pun dia belum habis terkejut, mak tambah pula dengan pernyataan seterusnya. Makin menjadi cuak Ejat. Rasa jugaklah macam nak terbang naik ke bumbung rumah dengan segera, hilangkan diri dari semua orang barang setahun dua. Tapi tu la... dia bukan salah seorang dari watak perwira dalam movie box office, The Avengers yang membolehkan dia guna super power bila-bila masa yang dia suka.

"Mak, jom ambik gambar? Jamuan dah nak mula ni..." Cepat-cepat Intan memintas bila Puan Zaliha tak nampak macam nak berhenti bercakap. Riak muka Ejat sudah bertukar pucat yang mendorong Intan untuk memainkan peranan. Sudahlah mak dah mengkantoikan Ejat di depan orang-orang yang ada di situ terutama sekali Jaja. Kesian pulak tengok si adik. Mak pun satu... semua benda nak dicerita. Lahaiii...

"Oh, ya tak ya jugak. Cepatlah, Salman. Ambil gambar cepat-cepat, ya. Makcik nak kena layan tetamu pulak ni."

"Saya Poji makcik, Poji... Salman tu hero hindustan yang berlakon movie Dabangg tu... Hud huh dabang...dabang...dabangg..."

Meriah ruang tamu dengan gelak ketawa yang disebabkan oleh lawak spontan dari Poji itu yang sedang menyanyikan lagu tema filem hindi itu.

"Maaflah... Makcik tersalah sebut nama awak, Poji."

"Never mind makcik. Jarang Poji nak kecik hati dengan hal remeh temeh ni." Seloroh jurugambar itu lagi. "Okey, cik adik manis boleh ubah pergi sebelah kiri awak tak?" Mood berkerja secara profesional sudah pun kembali pulang. Dalam bergurau senda pun kerja perlu diteruskan juga.

Jaja mengubah tempat. Dari sebelah Encik Hasan, dia bergerak ke sebelah Puan Zaliha, berdiri ditengah diantara pengantin perempuan dan mak pengantin perempuan.

"Ke kiri lagi..." Kata Poji juga menggerakkan tangan menuding ke arah ruang disebelah Seman.

Seperti yang dipinta, Jaja bergerak lagi.

"Lagi sikit..."

"Sini?"

"Lagi sikit..."

"Sini?"

"Lagi si-- yaa... situ! Situ!" Suara kedengaran teruja. Mata didekatkan pada kamera DSLR berjenama Canon itu. "Perrfecttt!" Paparan posing yang sangat sempurna melalui view finder menambahkan lagi rasa teruja dia.

Kedudukan tubuhnya di koordinat sekarang buatkan Jaja jadi tak betah. Dia okey saja dengan Seman disebelah kanan tapi yang buat dia jadi tak senang duduk tu adalah kerana lelaki disebelah kirinya. Lelaki yang bernama Izzat Naufal!

"Cik adik manis, mohon senyum sikit."

Teguran Poji menarik fokus dia dari melayan rasa aneh yang melanda hati. Tak mahu merosakkan gambar yang bakal dibuat kenangan terindah oleh pengantin sampai bila-bila, senyuman diukir juga semanis mungkin.

"Okey, cun!" Laju jari telunjuk menekan shutter release berkali-kali sambil bibir tak jemu mengulang kiraan. "One... two...three!"

Klik!

Klik! Klik!

Klik! Klik! Klik!

"Okey! Sekarang candid time..." Dah puas hati dengan gambar beraksi formal, Poji memberi arahan kepada jenis posing seterusnya.

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now