🌷Bab 5🌷

1.7K 133 12
                                    

[Disember-2011]

***

"AKU doa kau kebuluran kat sana."

"Okey."

"Aku harap kau dapat senior yang tak best!"

"Baiklah."

"Aku harap kau stress study sampai naik jerawat banyak kat muka."

"Terima kasih."

"Aku doa rambut kau gugur lepastu kepala kau botak kat depan sebab kau rasa bersalah tinggalkan aku sorang-sorang."

"Thanks."

"I hate you!"

"It's okay."

"Aku benci kau Izzat Naufal!"

"Tak apa, aku faham."

Hela-hembus bunyi nafas kedengaran kuat. Naik-turun dadanya menahan geram. Geram bila setiap ayat provokasinya dibalas dengan gaya yang sangat tenang.

Sesungguhnya dia tak perlukan balasan-balasan penyedap hati. Yang dia perlu adalah respons yang menyakitkan hati dari Ejat. Barulah dia akan rasa puas berlawan kata.

Dia mengepal penumbuk. Ikutkan hati nak je dia halakan buku lima ke wajah selamba Ejat barang sedas dua. Tapi tu lah, macam tak gamak pula. "Berambuslah, Jat!!!" Maka bergemalah suara Jaja di tengah padang yang luas terbentang.

Nasib baik sekarang dah pukul 10.15 minit malam. Jadi tak adalah Jaja nak tarik perhatian orang sebab tak ada siapa yang melepak disitu selain mereka berdua dan dua orang pakcik jaga yang berada di dalam pondok guard tak jauh dari mereka. 

"Eh, kau nak pergi mana?" Hayunan laju buaian yang dia naik sekarang cepat-cepat dimatikan. Kalau tak silap, tadi Ejat dengar Jaja suruh dia berambus. Tapi kenapa sekarang Jaja yang nampak macam nak berlalu dari situ?

"Balik! Malas layan kau." Bidas Jaja dengan suara yang sangat tak mesra.

Kedua-dua kaki dipacakkan pada tanah yang dia pijak, menstabilkan tubuh. "Takkan nak balik dah? Kita belum habis borak lagi."

Langkah terhenti. Jaja lipat leher seratus lapan puluh darjah ke belakang. Pantulan dari lampu jalan yang cerah, membantu dia menghalakan pandangan maut tepat ke mata Ejat. "From now on, we are not friends anymore. Titik!"

Mendengar pengumuman itu mata Ejat jadi besar. "Ja..."

"Aku benci kau!"

Tahap kebesaran mata Ejat jadi lagi besar. Kali ini bukan disebabkan oleh kenyataan Jaja tapi disebabkan dengan apa yang dia nampak sekarang. "Kau nangis ke?" Soal dia seraya berdiri dan bergerak mendekati Jaja.

Apabila pandangan terasa kabur, Jaja pejam mata rapat-rapat, membiarkan beberapa titisan air jernih laju menuruni kedua-dua pipinya.  "Haah." Tanpa berselindung dia mengaku.

Ejat jatuh bahu. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kepala ditunduk sedikit, menyamakan paras wajah mereka. "Is it that bad?"  Soalan itu ditutur perlahan.

"Indeed!" Tebak dia lagi. Air mata dikesat dengan belakang tangan. "Kalau aku tahu kau akan dapat, kalau aku tahu aku akan rasa sedih macam ni sekarang... aku akan ikut kau apply untuk masuk MRSM hari tu."

"See? Hari tu aku bersungguh ajak kau apply kau taknak. Kau cakap tak boleh nak tinggal jauh dari aunty dengan uncle. Takut homesick kononnya. Lepastu bila aku dapat kau jadi macam ni pulak. Salah siapa?"

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now