🌷Bab 14🌷

1.1K 75 15
                                    

[Februari 2020]

2300 words! Fuhh *lap peluh kat dahi* 😅😅

***

"YO, what's up?" Lebih kurang sepuluh minit lepas dia menelefon bakal abang iparnya itu bagi menempah 'appointment' untuk berjumpa di playground di hadapan rumah mereka, akhirnya lelaki itu pun menjengah.

Seman tak datang dengan tangan kosong. Dia bawa dua tin air berperisa laici. Satu daripadanya dihulurkan pada Ejat.

"Tolong bukakan, please...?"

Dengar permintaan itu, Seman cebik bibir. "Blehhh... Mengada giler..." Walaupun mulut tak tinggal diam mengkritik, jari jemari tetap bergerak membuka penutup tin sebelum dihulur lagi sekali kepada Ejat.

Kali ini dia tak menolak. Huluran Seman itu Ejat sambut. Lafaz bismillah diseru perlahan lalu tin itu dibawa ke bibir, meneguk isinya beberapa kali. Air manis yang masih sejuk melalui kerongkong sedikit sebanyak menenangkan perasaan serba tak kena yang dia rasakan sekarang.

Labuhkan duduk pada buaian kosong disebelah Ejat, Seman bersuara. "Kalau muka macam baru lepas telan cicak kobeng ni ada ah tu tak kena tang mana-mana."

Tin minuman itu dibawa ke bibir, diteguk sekali lalu. "Aku rasa kau pun dah tahu la..." Suara dia meniti perlahan. Hayunan pada buaian yang dia duduk sekarang diperlahan sedikit. "Mustahil Kak Intan tak roger kau."

Air yang sudah separuh diteguk semasa dalam perjalanan ke sini, dihabiskan baki sekali harung. "Wajiblah aku tahu. That's why lah bila kau call ajak jumpa tadi aku tak banyak soal even aku busy gila sekarang. Demi kau aku tinggal segala kerja aku." 

Ejat buat rolling eyes sebelum muka dipaling menghadap Seman. "So, aku kena berterima kasihlah ni?"

"Of course ah. Terima kasihkan aku sekarang!"

Mencebik sekejap, Ejat tarik senyum segaris. "Thanks."

"No biggie." Seman balas senyum Ejat. "Okay, let's get started. As always, I will be a good listener, tho."

Mata sahabatnya itu dapat dipandang dengan jelas dibantu oleh cahaya dari lampu jalan yang bersusun-susun di keliling padang."She is here, Man. She is..." Ayat dia dibiar tergantung sekejap sebelum disambung. "... finally home..."

"Ya, Jaja is finally home." Sahut Seman, menghela nafas lega. Berita tentang kepulangan Jaja petang tadi dia dah tahu dari cik tunang.

Walaupun dia sebagai bakal pengantin lelaki tak sesibuk keluarga sebelah bakal pengantin perempuan, namun Seman tetap terasa semput. Memandangkan kenduri di sebelah lelaki akan diadakan di dewan hujung taman ini, namun dia dan ibunya kerap kali berulang alik dari rumah ke dewan untuk pastikan persediaan berjalan lancar. Mana lagi dengan nak melayan sanak saudara yang sudah mula hadir. Ditambah lagi dengan keperluan akhir minit yang tiba-tiba saja muncul. Makin hampir dengan hari kenduri makin berpeluh dia.

Dan petang tadi dia ke hulu ke hilir tanpa membawa smarphone bersama. Dan bila saja dia tengok fon, punyalah darah berderau saat terpandang tiga puluh enam panggilan tak dijawab dari Intan. Buka saja itu, berpuluh juga pesanan dalam aplikasi whatsapp dititipkan oleh tunangnya itu. Fikir dia ada kecamasan ke apa rupanya Intan nak maklumkan kat dia bahawasanya Jaja sudah ada di rumah dia. Jaja dah balik!

Ikut  hati, nak je dia bergergas ke rumah Ejat seminit lepas dapat tahu akan berita gembira itu. Tapi terpaksa ditangguhkan gara-gara ibu baru bagitahu tadi barang pelamin sudah sampai di dewan dan dia diminta untuk temankan ibu ke sana bagi memberi pandangan di mana tempat yang sesuai untuk tapak pelamin. Dan bila dia sudah bersedia untuk ke rumah pengantin perempuan, dia menerima pula panggilan dari Ejat.

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now