🌷Bab 6🌷

1.7K 106 9
                                    

[November - 2019]

***

DIA menjenguk keluar tingkap. Langit kian gelap. Awan yang mendung sejak petang tadi mula mencurahkan hujan. Kertas-kerta A4 yang dia guna untuk melakar PCB circuit diagram secara ringkas dikutip satu persatu dan disusun di hadapan laptop.

Smartphone yang sedang memekakkan lagu Bad Liar dari Imagine Dragons disentuh skrin sekali lalu. Sekelip mata suara vokalis dari band terkenal dari negara barat itu iaitu Dan Reynolds, mati terus.

Cukuplah kerja dirumah untuk hari minggu begini menemukan titik tamat. Sambung pula pagi Isnin nanti di ofis. Dia perlu bersiap sedia untuk mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah sebelum ada yang datang menjemput.

Tiba-tiba pintu bilik dia dikuak sebelum satu suara gaya guruh bergema. "Memang kerja kakak kau hari minggu macam ni datang panggil kau untuk solat jemaah pun kan?"

Kan dah cakap! Dia guling biji mata. Tanpa berpaling, dia membalas. "Dua minit. Nak ambil wudhu' jap."

Intan yang sudah sempurna bertelekung terus menolak pintu besar-besar. Dia menapak ke arah Ejat yang baru selesai mematikan suis laptop. "Dah berapa kali aku pesan jangan bawak balik kerja ke rumah. Degil betul. Quality time with family mana quality time with family?" Disebabkan ketinggian Ejat lebih banyak dari dia, kaki dijinjit sambil tangan dihulur untuk mencapai cuping telinga si adik.

Belum sempat Intan menyentuh kulit telinganya, Ejat cepat-cepat mengelak menjauhkan diri. "Kejar deadline la kak. Kau apa tahu? Lagipun bulan ni bulan last probation aku. Aku kena perform betul-betul. Kang kau jugak yang bising kalau aku tak dapat comfirmation letter awal."

Tugasnya sebagai PCB Design Engineer memang buatkan dia tidak menang tangan. Sudah hampir tiga bulan dia bekerja di syarikat yang besar dan terkenal itu. Dan syarikat itu menawarkan dua jenis fasa probation untuk pekerja baru. Fasa pertama, tiga bulan dan fasa kedua adalah enam bulan.

Siapa yang dapat sempurnakan probation dalam masa tiga bulan, kenaikan gaji atau disebut sebagai increment sebanyak dua puluh lima peratus dari gaji basic akan diberi. Manakala kalau probation ditarik hingga ke enam bulan, cuma lapan hingga sepuluh peratus saja increment yang mereka akan dapat.

Jadi dia memang aimed untuk grab fasa pertama. Sebab itulah dia kena kerja bersungguh. Mengejar idea dan tenaga untuk menghasilkan design sesebuah PCB sambil mengejar deadline buatkan dia tak punya masa untuk berjimba dengan secukupnya. Hinggakan hobi dia bermain skateboard pun terpaksa dikorbankan buat sementara waktu.

"Betul jugak. By hook or by crook kau kena habiskan probation dalam 3 bulan. Lagipun bulan dua ni dah kenduri aku. Kau kena kumpul duit banyak-banyak."

Bibir dia membentuk 'O' lepas dengar kenyataan dari si kakak. "Asal pulak kau yang nak kahwin tapi aku yang kena kumpul duit?"

Intan merengus. Dia menggulingkan biji mata. "Kau dah janji kan nak beli Smart Tv 60 inci dengan peti ais empat pintu sebagai hadiah kahwin aku?"

Saiz 'O' bibir dia bertambah lagi besar. Suka hati je kakak dia keluarkan kenyataan langsung tak sahih itu. "Bila masa aku janji? Kau nak buat apa peti ais empat pintu? Nak main aci sembunyi dengan Seman ke?" Tak berkelip dia merenung muka sinis Intan itu. "Ah! Takder-takder! Aku nak beli jam dinding dengan frame gambar je kat korang. Tak payah nak demand! Aku plan nak bagi hadiah pun dah bersyukur sangat."

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now