🌷Bab 3🌷

1.9K 119 14
                                    

[April 2009]

***

TUK! Tuk! Tuk! 

"Ja! Jaja! Keluarlah..." Suara dia seakan merayu. Tangan dah naik kebas. Suara pun dah macam nak hilang. Aktiviti mengetuk pintu dan menjerit nama Jaja itu dibuat hampir sepuluh minit. Namun sampai sekarang orang kat dalam tu tak bagi tindak balas.

"Izzatul Husna! Kau memang nak seksa aku ke? Bukaklah pintu! Penatlah macam ni..." Tokok dia lagi, menyembamkan muka pada pada permukaan kayu itu. Diam sekejap. Menunggu kalau-kalau nak ada response.

Lima saat berlalu, pintu itu masih tak dibuka. Apabila otak disapa sesuatu, dia terus tarik sengih. "Kalau kau tak buka dalam kiraan lima, aku taknak share Lawak Kampus-League dengan kau. Lima! Empat! Tiga! Dua! Sa-"

"Mana komik tu mana?" Buka je pintu, soalan itu dulu yang ditanya Jaja.

Kuakkan pintu tanpa amaran itu hampir buat dia nak tersembam. Nasib baik tangan dia sempat berpaut pada tombol. "Kau ni! Nasib baik aku sempat pegang. Komik tu nanti dah habis baca aku bagi kaulah." Laju dia menggosok dada, menghela nafas lega sebab tak sempat tersungkur ke lantai. Pastikan tubuhnya sudah stabil, tombol dilepaskan. Berdiri menghadap Jaja dengan gaya berpeluk tubuh, sahabatnya itu dipandang atas-bawah. "Kau kenapa? Aku macam nak gila ketuk pintu bilik kau tahu?"

" Aku mogok."

"Tengok muka pun tahu." Muka budak perempuan yang berumur tiga belas tahun itu diperhati. Mata sembab, mesti baru lepas menangis. Rambut serabut, nampak tak terurus. Entah mandi entah tidak pun tak tahulah. 

Tadi tu Ejat baru balik dari kelas mengaji masa mama Jaja telefon minta dia datang ke rumah. Katanya Jaja seharian taknak keluar bilik. Tak makan dari pagi. Puas mama dan papanya pujuk tapi dia tetap berdegil. Sudahnya Puan Munirah terpaksa menggunakan talian hayat yang utama iaitu Ejat.

Nasib baiklah rumah mereka tak jauh mana. Sepuluh minit kalau jalan kaki. Biasanya dia naik basikal saja. Tapi malam ni abah tak izinkan dia berbasikal. Abah sendiri yang hantar dia datang sini semata-mata nak suruh dia pujuk Jaja. Lepas hantar abah terus balik. Kejap lagi kalau dah selesai abah akan datang ambil semula.

Biasa kalau Jaja mogok, memang Ejat je yang boleh pujuk pun. "Kau mogok sebab apa?" Tanya dia seraya melangkah masuk ke dalam bilik Jaja. Kerusi di meja belajar ditarik lalu dia menghenyakkan punggung di situ.

Biarkan pintu terbuka luas, Jaja berlalu ke atas katilnya. Nak tunjuk protes, dia melabuhkan duduknya di atas tilam empuk dengan kasar. "Kena marah."

"Tahulah kena marah. Kali ni pasal apa?"

"Semalam aku balik lewat. Lepas Maghrib baru sampai rumah."

"Main kat padang?"

Angguk dua kali. "Aku bukan sengaja. Ralit main sampai tak sedar. Lepastu Dania ajak pergi lepak rumah dia pulak."

"Kiranya Dania lah yang salah?" Ejat angkat kening sebelah, menduga. Sesedap dia je nak salahkan orang.

Geleng. "Aku yang salah. Sebab aku patutnya balik awal. Tapi caner nak awal? Kak dia buat cupcake sedap duh. Aku makan lima belas biji!" 

Ejat menjegil luas. "Lima belas biji cupcake kau telan!? Kau biar betul?" 

"Nasib baik aku dah makan cupcake banyak-banyak. Takdelah aku nak berlapar sangat hari ni."

"Kau ni..." Gelengan kesal dibuat sambil mata tak lepas memerhati muka sembab Jaja. "Weekend macam ni pun kena hadap kau. Aku baru je nak main PS3 dengan tenang. Kacau je..."

Mendengar kata-kata itu, hati Jaja jadi panas. "Aku tak mintak kau datang pun!" Lantas dia berdiri meluru ke arah Ejat. Tangan budak lelaki itu ditarik kuat sehingga berdiri. "Pergilah balik main PS3 kau tu! Tak payah nak tengok muka aku time weekend macam ni! Baliklah! Balik!"

"Okey, okey!" Tangan yang sedang mencengkam pergelangan dia dengan kuat itu cuba dileraikan. Tak tengok lagi pun dia dah tahu bakal ada kesan biru yang melekat kejap lagi. "Aku tarik balik! Aku ikhlas datang sini pujuk kau. Cool?"

Tangan Ejat dilepas. Walaupun rasa tak puas hati masih menggunung dalam hati, sedikit sebanyak ayat itu berjaya menyejukkan hati panasnya semula. "PS3 atau aku, you choose!"

Ejat buat muka. Dah sah-sahlah jawapan dia, "Kau."

Lesap terus riak singa dari wajahnya. Senyuman ceria pula yang terukir. "Okey kalau macam tu... cool!"

"Benda akan jadi lagi super duper cool kalau kau pergi mandi, solat lepastu turun makan sebab aunty cakap kau tak makan dari pagi."

"Kau makan sekali?"

Ejat geleng kepala. "Aku dah dinner tadi."

"Teman aku makan, at least...?"

"Lambatlah, Ja. Kau nak mandi, nak solat lagi..."

"Please! Please! Pleaseeeee..." Jaja buat muka comel, main kelip-kelip mata gitu.

"Jaaaa..."

"You chose me, lagi pun!"

Dan seperti biasa, Ejat akan kalah! "Kay, fine..."

*****

#Takpe Jat... Mengalah bukan boleh buat kau jadi looser pun, ye dak?😃



[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now