🌷Bab 27🌷

1.1K 82 60
                                    

[Julai 2013]

***

HARI tu Ejat cakap nak jumpa dengan dia lagi dua minggu kan?

Tak!

Ejat tipu!

Dia mungkir janji. Dia tak balik pun! Dan itu buatkan riak suram tertampal diwajah Jaja sejak pemberitahuan dari sahabatnya itu semalam.

"Apa bendalah si Kwangsoo ni? Semedang unlucky."

Ketawa terbahak Intan disebelah dibiar lalu tepi telinga. Langsung tak buat dia berkutik.

"Ja?" Perasan macam tak ada ketawa langsung dari Jaja sejak lima bilas minit rancangan itu berlangsung, Intan menegur. Jari menyentuh butang space pada laptop, menghentikan sekejap video dari terus berjalan. "Tak kelakar ke?"

"Kelakar." Jaja mengupas sengih tawar.

Intan angkat kening sebelah. "Tak dengar Ja gelak pun...?" Dia syak Jaja tak 'ikut' pun dia tengok Runningman. Budak perempuan itu seakan dah pergi ke dunia lain. Tadi tu Jaja yang telefon dia ajak lepak kat beranda. Nak tengok Runningman episod terbaru katanya. Tapi bila dia dah sampai sini, Jaja macam tak ceria aje. Dah kenapa dengan adiknya yang seorang ni?

"Ja gelak dalam hati."

"Perghh! Daebak!" Bibir Intan terbuka sedikit menerima jenis jawapan dari Jaja itu. "Bukan kaleng-kaleng anak Encik Razif dengan Puan Munirah ni. Tak pernah lagilah dengar orang tengok Runningman cuma gelak dalam hati je."

Terima kasihlah kat ayat-ayat dari Intan sebab sekarang baru Jaja betul-betul ketawa. "Kak..." Lengan gadis yang sedang tayang muka kagum ya amat itu Jaja senggol dengan siku kiri.

"Hm?" Butang space Intan tekan. Video yang terhenti kembali bergerak.

"Ada tengok facebook tak?"

"Tadi sebelum datang sini sempatlah online sekejap. Kenapa?" Dia tekan balik butang space. Nak bagi fokus sepenuhnya pada Jaja.

Sebenarnya hal Ejat mungkir janji akan kepulangan dia pada hujung minggu bukanlah hal besar pun. Awal dulu ya, memang besar bagi Jaja. Tapi lama-lama bila dah kerap sangat Ejat buat macam tu dia dah jadi immune. Jadi tak rasa apa.

Lagipun bukan secara teknikal Ejat sengaja mungkir janji. Dia ada alasan kukuh. Paling kukuh hal-hal yang melibatkan aktiviti-aktiviti sekolah dan asrama. Macam minggu ni, kata Ejat semalam dia ikut kawannya K-Oi balik ke rumah lelaki itu di Putrajaya. Berdasarkan penerangan dari Ejat, trial SPM kan dah dekat. Jadi dia dan kawan-kawan nak buat study group. Gang study asrama semua duduk dekat-dekat dengan area rumah K-Oi. Paling jauh pun Ejat. Sebab itulah K-Oi ajak dia tidur kat rumah.

Tolak tepi hal Ejat mungkir janji tanpa niat, fokus dia lebih tertarik kepada apa yang dia nampak masa online facebook pagi tadi. Memanglah bukan Ejat yang upload gambar tu, dia cuma ditag oleh K-Oi yang juga sekarang sudah menjadi kawan facebook Jaja. Sebenarnya ada jugak tiga empat orang kawan sekolah Ejat yang request nak follow dia kat facebook. Disebabkan mereka kawan Ejat, dia approved je tanpa banyak songeh.

Dan memanglah tak salah pun kawan Ejat tu nak tag sahabatnya kat facebook tapi yang boleh buat Jaja jadi tak boleh berhenti berfikir masa saat pertama dia ternampak gambar yang memaparkan lapan orang sedang belajar di sebuah meja yang besar, di rumah K-Oi. Dalam kelompok itu ada tiga orang perempuan dan lima orang lelaki. Selain dari K-Oi, dua yang lain Jaja kenal iaitu Amirul dan Fazrin. Yang lagi sorang bersama tiga orang perempuan Jaja tak pernah nampak.

Bila baca nama-nama yang ditag kat gambar, tahulah dia salah seorang dari mereka yang duduk disebelah Ejat sambil mengupas senyum yang sangat manis itu adalah...Fina. Sebelum ni dia dengar nama aje. Itu pun sekali. Sekarang dia dah tengok orangnya dan dah tahu rupa. Orangnya cantik manis. Berkulit cerah dan bermata bulat. Cuma tengok dalam gambar pun dah nampak sempurna apatah lagi kalau tengok depan-depan.

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now