🌷Bab 29🌷

1.6K 88 59
                                    

[Mac 2020]

***

MACAM dah penat aje mata dia perhati sekeliling. Dah tak tahu nak buat apa lagi. Kira jumlah kereta yang ada di luar dah. Kira berapa berapa orang manusia yang keluar masuk bangunan airport dari side mirror pun dah. Kira berapa line warna putih kat atas jalan pun dah. Tapi Ejat kat sebelah masih lagi diam.

Tadi kemain lelaki itu halang dia turun dari kereta. Katanya ada benda tentang mereka berdua nak dibincangkan. Sekarang dah sepuluh minit dibazirkan, tak ada pun Ejat cakap apa. Yang dia buat adalah perhati logo pada hon kereta sambil jari mengetuk stereng.

Nak ditanya bibir pulak terasa berat untuk bergerak. Jadi Jaja cuma kekal diam sambil mata tak lekang memerhati sekeliling. Bila Hannah dan Farah nak sampai ni? Takkan traffic jam pukul lima pagi macam ni?

"So selama ni... you're in Manchester studying there uh?"

Jaja dah berkira nak buka pintu kereta pun namun pertanyaan Ejat yang tiba-tiba itu mematikan niatnya.

Menerima soalan tak dijangka itu, bibir bawah dan atasnya terpisah membentuk separuh 'O' sebelum bergerak perlahan mengeluarkan suara, "Ya..."

"Oh..." Kedua-dua pinggir bibir Ejat naik, menghasilkan senyum tanpa perisa. "Cari punya cari rupanya kau lari sampai sana." Dari mengetuk, jari yang sama melakarkan bulatan tanpa dakwat pada permukaan stereng yang dibalut dengan cover bermaterial jenis getah. "Jauh betul kau bawak diri, Ja."

Jaja terdiam. Tak tahu nak bagi respon apa.

"Why did you leave me?" Tanya Ejat tiba-tiba. Mata dipejam sekejap. "From now on, we're not friends anymore..." Satu helaan nafas yang panjang dihela lalu dia menutur, "We're just strangers...with memories..."

Jaja masih tak berkutik. Bibir bawah digigit saat hatinya mula diserbu dengan perasaan sayu.

"Kau tak rasa kau kejam ke by saying those harsh words to me six years ago, Ja?" Kedengaran dengan jelas rasa kecewa dari intonasi suara Ejat.

Jaja terkedu. Ibu jari tangan kanan dan kiri yang sedang menguis sesama sendiri, terhenti. Pergerakkan sel-sel otaknya juga turut terbantut.

"I'm sorry I didn't tell you about me and Fina. I'm sorry for making you hurt so bad. Aku tahu aku salah sebab kau tahu pasal tu dari orang lain, bukan dari aku sendiri. Tapi percayalah Ja... aku dah cuba nak bagitahu kau tapi aku tak sampai hati. Dan bila kau dah tahu, kau putus kawan dengan aku." Tak menerima apa-apa tindak balas dari gadis disebelahnya itu, Ejat menokok lagi. "Aku pergi cari kau kat Muar banyak kali. Kau langsung taknak jumpa aku. Aku mintak kau bagi peluang untuk aku explain, untuk defense diri aku tapi kau palau aku macam tu je. Lepastu tahu-tahu je kau dah lari lagi jauh, tinggal aku entah pergi mana tanpa bagitahu aku apa-apa. Kau tak pernah reply email aku. Kau tak bagi peluang untuk aku cari kau dan kau tak pernah cari aku balik. Kau betul-betul hilangkan diri dari aku." Selepas bertahun dipendam, akhirnya luahan panjang yang terkandung dengan campuran dari perasaan jenis sedih, kecewa, tak puas hati dan marah dimuntah keluar. "Kau buat macam kesalahan aku tu berat dan tak boleh dimaafkan. Berat sampai kau sanggup putus...putus sahabat dengan aku." Kedua-dua siku ditongkat pada stereng. Kedua-dua tangan pula meraup wajah sebelum menyebak rambut ke belakang. "Ja, aku cuma tak berpeluang bagitahu kau dengan bibir aku sendiri je tapi kau buat macam aku dah tipu kau..."

Jaja menggigit bibir dengan juntaian air mata sudah mula merembes keluar. "Ya, Jat...betul. Betul kau tak tipu aku..." Setelah agak lama membisu dan mendengar je apa yang diluah oleh Ejat, kali ni baru dia berani bersuara. "But you just...you just passed me by and left me behind. And that's hurt me so bad."

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now