🌷Bab 4🌷

1.7K 113 11
                                    

[Mac - 2011]

***

"KAU nak apa?"

"Jaaattt!" Dengar je suara itu, Jaja terus jerit dari seberang talian.

Refleks, dia jauhkan gagang telefon dari telinga kanan. Hilang terus rasa mamai. Tangan sebelah menggosok kedua-dua mata silih berganti. Guling biji mata dulu sebelum dia tekapkan gagang semula pada telinga kiri pula. Jat buat muka. "Nak apa, Ja?"

Jaja kat rumah dah menyegih lebar. "Berjimba jom?"

Satu rengusan dibuat. Perlahan-lahan rasa kantuk mula datang balik. Dia jadi geram. Geram dengan Jaja yang kacau tidur dia. Double geram dengan Kak Intan dia juga yang tiba-tiba redah masuk bilik dan kejut dia macam nak ajak pergi perang. Padahal Jaja telefon je kot. Boleh kan kalau nak kejut baik-baik? Saja nak cari pasal. Dengki dengan si adik yang masih lagi tidur manakala dia kena kerah tolong mak kat dapur cakaplah! Huh!

"Kau tau tak aku baru je tidur lepas subuh tadi?" Satu kuapan besar dia buat dihujung soalan.

"PS3 ler tu."

"Eyy baik sikit. Aku study la."

Jaja mencebik. Tabiat si sahabat yang satu itu dia faham sangat. Jenis Ejat memang belajar lewat malam. Waktu semua orang dah bersiap sedia nak tidur, dia pula bersiap sedia nak belajar. Lepastu keesokan siangnya dia akan qhada tidur macam tak ada hari esok. "Kau dah janji nak teman aku pergi Mid Valley."

"Next week la. Jaja, please... Aku mengantuk giler ni."

Jaja mencebik sendu. Bila Ejat dah sebut 'please' tu, tersentuhlah sikit hati nurani dia. Nampaknya tahap mengantuk Ejat kali ni memang tak boleh dibawa bincang. Jadi, dia akur. Kesian pulak kalau nak dipaksa pun. "Kalau macam tu, okeylah. Aku taknak kacau kau. Pergilah sambung tidur. 

"Alhamdulillah...Terima kasih Allah sebab kau tak gerakkan hati Jaja untuk memaksa aku. Alhamdulillah...Alhamdulillah..." Ayat-ayat bersyukur itu ditekan bagi jelas. Jiwa dan perasaannya jadi tenang serta merta. Tak seperti biasa, kali ni Jaja tak mendesak. Cuma sekali cakap budak perempuan itu dah faham.

"Amboi! Bersyukur sangat tu. Bunyi macam aku kejam giler je selama ni."

"Memang pun." Dengan nada bersahaja, Ejat menukas.

Mata Jaja terbuntang luas. "Hey! Kau jangan sampai aku paksa kau pergi tengok Rango jugak-jugak hari ni."

"Ja please..." Ejat seakan merayu. Sebenarnya, dua bulan berturu-turut sebelum filem itu keluar panggung, Jaja dah buat deal dengan dia. Hari-hari budak perempuan itu merengek-rengek ajak dia pergi tengok cerita animasi dari negara Barat yang berjudul Rango itu. 

Disebabkan pemain utama filem itu menggunakan suara Johnny Depp, keinginan Jaja bukan biasa-biasa. Pelakon lelaki yang tak berapa tinggi itu tapi punya wajah kacak dan juga bakat lakonan yang bukan kaleng-kaleng itu telah berjaya menjerat hati Jaja. Padahal dalam filem tu bukan ada keluar muka Johnny Depp pun. Muka sesumpah tak cukup makan jugak yang ditayang selama hampir dua jam. Suara je yang dipinjam. Itu pun tak boleh buat tahap kesukaan Jaja terhadap pelakon itu kurang walaupun seinci. 

"Halah! Halah! Aku tak paksa." Ujar Jaja, sambil jari tak tinggal diam dari memintal wayar telefon. "Oh ya, tapikan wei... Aku ada dua pilihan aktiviti untuk hari ni sebenarnya."

Dia tarik nafas dalam-dalam apabila orang di seberang sana belum berminat untuk matikan talian. "Hm... satu?" Nada malas layan jelas kedengaran. Rasa kantuk yang mengundang diri cuba dilawan demi melayan Jaja yang gigih ajak dia berbual.

"Lepak Mid Valley dengan kau."

Dia menguap buat yang kesekian kalinya. "Dua?"

"Dania ajak lepak PAS main bowling."

Muka Ejat bagai dipancari dengan satu cahaya yang terang. "Plaza Alam Sentral?" 

"Yup." 

Dada dia jadi lapang tiba-tiba. Hilang terus rasa serba salah. "Uwow, good! Dah tu pergi jelah dengan dia. Alang-alang tu ajak dia teman kau tengok Rango. Since aku memang tak minat lepak panggung, so next week kita plan benda lain pulak."

"Tapi..."

"Tak payah nak tapi-tapi. Pergi je! Takdelah kau boring. At least kau tak kacau aku." Ayat terakhir itu sengaja dilepas perlahan. Mengelak dari ditangkap oleh pendengaran Jaja.

"I heard you!"

Ejat gigit lidah. Lupa pulak yang telinga Jaja tu telinga lintah. "Okey! So... on tak on?"

"Apa? Keluar dengan Dania?"

"Hm."

"Haih..." Satu helaan nafas panjang dibuat. "Aku bukan apa... kalau keluar berdua dengan dia je tak kesah sangat. Tapi tu la... aku segan doe..."

"Dah kenapa nak segan?"

"Dia ajak sepupu dia. Irfan Affendi. Kau ingat tak?"

"Tak ingat." Malas nak berfikir, Ejat terus bagi jawapan selamat. 

"Takkan kau tak ingat? Aku pernah pasang crush kat dia masa form one. Alaa... yang muka dia ada iras Lee Minho tu la..."

Mendengar kata-kata yang ditutur oleh Jaja itu, bagai kena jampi kantuk dia terus lesap. Mata jadi bulat serta merta. Dari bersandar tubuh pada dinding, dia berdiri tegak. "Ja."

"Apa?"

"Lepas solat Zohor pukul dua kita gerak."

Dahi Jaja berkerut. "Eh? Pergi mana?" 

Ejat berdecit lidah. "Kau cakap nak tengok Rango kan?"

Lima.

Empat.

Tiga.

Dua

Satu. 

"Yihaaaa!!! Aku sayang kaulah Jat!"

"Bleh!" Klik! Dan talian pun dimatikan.

***

# Korang, stay safe tau 🥰

# Nilah cerita Rango yang Jaja nak tengok sangat tu. 🤣

 🤣

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now