🌷Bab 22🌷

1.1K 77 28
                                    

#Allahu... Terima kasih di atas feedback yang korang bagi di chapter 'I need pendapat'. Ifti baca semua, InshaAllah satu pun tak tinggal. Terima kasih kongsikan pendapat korang dengan ifti. Thank you very much! Much appreciated! Berpandukan idea jalan cerita yang korang suarakan, okey jom tengok cerita ni nak pergi sampai mana dan macam mana. 😍😍

*Almost 3K words. Sediakan baldi kat sebelah untuk tadah muntah 😅

***

[Mei 2013]

***

"SEKEJAP je la... hmmm..." Respon Jaja lepas Ejat bagitahu yang dia cuma boleh lepak dengan sahabatnya itu seminggu saja pada cuti pertengahan tahun ini. "Padahal sekolah bagi cuti dua minggu." Dia menggumam lagi, sedikit tak puas hati.

"Pertandingan rekacipta tu dua hari after sekolah bukak. Semua budak team kitorang balik awal untuk buat preparation. So, tak adil la kalau aku tak balik." Tumpuan pada pemasangan rak buku Jaja terhenti sekejap bila tekak terasa kering. Mesin gerudi tanpa wayar diletak atas lantai sebelah lutut. "Kau tak terfikir ke nak hidangkan aku milo ais atau oren jus ke apa? Dahlah paksa orang datang pasang rak buku dia tengah-tengah hari rembang macam ni."

Jaja tepuk dahi. "Oh, haah lupa la... Bukan milo atau jus oren la tapi. Air kosong sejuk je boleh tak? Aku tak rajinlah nak bancuh air."

"Tau dah Ja tak rajin..." Suara Puan Munirah mencelah dari belakang Ejat.

Dua kepala serentak menoleh ke arah ibu Jaja itu.

"Wahhh, milo ais..." Mata Ejat jadi luas. Tak menunggu, dia terus bangun dan mendapatkan Puan Munirah. Tak sampai dua saat, dulang yang berisi dengan satu jag air milo ais, dua biji gelas dan sepinggan kuih karipap bertukar tangan. "Sedapnya bau karipap ni... Aunty buat ke?"

"Takkanlah Jaja yang buat pulak kan?" Bahu anak tunggalnya itu ditunjal manja. "Mahu runtuh bumbung rumah aunty ni kalau Ja tetiba rajin nak kelim karipap."

"Maaa..." Jaja merengek dengan kata-kata perlian dari mamanya itu.

"Tak pun tunggu Kak Intan berjanggut pun belum tentu Jaja nak buat kan, aunty?" Masuk Ejat pula, tumpang menyakat.

Dua suara bergabung bersama, pecahkan tawa.

"Amboi...seronok mengata orang nampak..." Jaja menjeling mama dulu sebelum beralih kepada Ejat pula. "FYI Izzat Naufal, aku bukan tak reti masak tau. Cuma malas je..."

"Yelah tu..." Pun sama, dua suara bergabung lagi. Puan Munirah dan Ejat buat muka susah nak percaya.

"Taknak percaya sudah." Jaja tarik muncung sedepa, kononnya merajuk.

"Mulalah buat muka mahal dia tu..." Wanita itu tergelak ringkas. Pipi anak tunggalnya dicubit perlahan sebelum menyinggahkan satu ciuman di situ. "Okeylah, Jat... aunty ada kerja sikit kat dalam. Kalau nak apa-apa bagitahu Jaja ya. Terima kasih tolong pasang rak buku dekat anak aunty ni. Papa dia dah cakap suruh tunggu esok bila uncle balik dari Pahang baru pasang. Punyalah tak menyabar, kamu pulak yang dia kacau." Sebelum kaki melangkah meninggalkan dua sahabat itu, sempat lagi bebelan panjang dititip buat mereka.

"Apa lagi? Tuanglah air untuk aku." Sebaik saja tubuh Puan Munirah hilang ke dalam rumah, tumpuan Ejat beralih kepada dulang yang menyajikan air milo ais dan karipap panas.

Jaja buat muka. "Pemalasnya... Tuanglah sendiri. Benda dah depan mata kot."

Mendengarkan itu, mata Ejat jadi bulat. Tanpa suara dia angkat kedua-dua tangan yang kini sedang kotor dengan habuk-habuk dari papan yang ditebuk.

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now