22. Please Stay [End]

273 22 7
                                    

Yoona berjalan perlahan² di belakang Seungri yang tersenyum gembira menuju ke arah pintu utama kapal terbang. Keadaan lengang sahaja, waktu menunjukan pukul 2 pagi. Hanya security guard dan beberapa orang yang ditugaskan yang menjaga kawasan tersebut.

"Babe, ni passport dan IC you~" Kata Seungri, memaling memandang Yoona dengan dompet kecil. Yoona pun mencapai dompet itu dan dibuka.

Name: Lee Yoon Ah
Age: xx years old
Born: xx Seoul Hospital, South Korea

Yoona terkasima seketika melihat nama yang tertera, identity fake.

"Sila berikan passport dan IC Mr Lee dan Mrs Lee.." Minta yeoja yang menjaga pintu scanner tersebut, tidak langsung tahu apa yang berlaku di situ. Yoona pun terkedu seketika, tidak mampu bergerak.

Seungri yang perasan, pantas mencapai tangan Yoona dan menala dompet itu kepada yeoja tersebut. Yeoja itu pun meneliti butiran penting itu.

"Alright, selamat jalan Mr Lee dan Miss Lee~ Semoga perjalanan aman dan nyaman." Tutur yeoja itu, tersenyum manis seraya bow ke arah Yoona dan Seungri. Jantung Yoona pantas berdegup kencang, dia betul² akan pergi bersama Seungri?

"Khanja babe~" Seungri pun mencapai tangan Yoona dan dililitkan pada lengannya. Pantas angin sepoi² bahasa menyapa tubuh Yoona membuatkan air mata bergenang di tubir mata Yoona.

Baru sahaja Yoona ingin membuka langkah, tetiba...

BANG!!

Sebuah tembakan dilepaskan membuatkan keadaan bertukar keliang kelibut dan jeritan kedengaran. Sepantas kilat, Yoona berpaling ke belakang dan matanya terkejut melihat...

"Yoongi oppa?"

Seorang namja lengkap berpakaian polis melangkah mendekati Yoona dan Seungri dengan senyuman sinis di wajah. Tangannya memegang sepucuk pistol.

"Lee Seungri~ Kau sepatutnya minta kebenaran oppa kandung dia sebelum bawa dia ke tempat lain~"

Tutur Yoongi dengan tenang. Manakala Seungri memandang Yoongi tajam, tangannya pantas bergerak ke arah pinggang.

"Dan Min Yoona. Kau sepatutnya tak ikut orang macam dia." Sambung Yoongi lagi, memandang ke arah Yoona membuatkan Yoona tersenyum kelat.

-Flashback-

Yoona dan Yoongi memandang sesama sendiri dengan api amarah yang membara. Keadaan di dalam rumah bungalow itu sunyi sepi sahaja.

"Kalau kau melangkah keluar dari rumah ni, kau bukan lagi sebahagian dari Min." Tutur Yoongi tetiba dengan tegas membuatkan jantung Yoona berdegup laju akibat nervous.

"Aku tak hinggin ada oppa yang fitnah chingu baik aku." Dengan itu, Yoona melangkah keluar dari rumah itu tanpa berfikir 2 kali. Jiwanya berbelah bagi tapi hatinya sakit.

Kerana ingin mempertahankan Seungri, Yoona bertindak meninggalkan Yoongi apabila Yoongi memberitahu akan kegiatan haram yang dilakukan oleh Seungri. Dan Yoona tidak percaya, walaupun Seungri menyukainya secara berlebihan tapi Yoona yakin Seungri tak sekejam itu.

Dan sejak dari itu, identity Yoona hilang dari data dunia. Yoongi, yang memegang pangkat tertinggi di balai polis seluruh Seoul yang membuang latar belakang Yoona.

-End Flashback-

"Shut the fxxk up bastard!"

Lamunan Yoona mati apabila Seungri membentak kuat. Dia pantas menalakan pistol ke arah Yoongi. Tetapi Yoongi mencebik dan muncul ramai anggota polis di situ yang menala pistol mereka tepat ke arah Seungri.

Personal Bodyguard | JKKWhere stories live. Discover now