02. Sueing

428 39 9
                                    

"Kau APA?!"

Yoona pantas menyembam wajahnya pada meja melihat chingu baiknya yang terkejut beruk. Jessica pun mengoncang kedua bahu Yoona.

"Kau betul² kiss stranger? Jinjja? Kau jangan bergurau Yoong!" Tanya Jessica lagi, tidak langsung percaya akan pernyataan yang keluar dari mulut Yoona sebentar tadi.

"Aku panik 'kay! Tu je apa yang aku mampu pikir masa tu." Keluh Yoona, memberi alasan dan pantas Jessica menjeling.

"Yah pabo! Kau buang tabiat nak mampus ke apa? Atau otak kau terlebih vitamin horny sampai gelong?" Bebel Jessica membuatkan Yoona mengeluh menyampah. Baginya, dia tidak bersalah.

"Habis tu apa yang berlaku? Namja tu tak mengamuk ke?" Tanya Jessica lagi, tapi dia tidak terlalu takut kerana Yoona berperangai kasar. Yoona pun tersengih kerang busuk.

-Flashback-

Yoona menjarak dari Jungkook yang berdiri seperti patung cendana, tidak bergerak mahupun menolak Yoona. Malah, tangan kanan Jungkook berada di pinggang kecil milik Yoona.

'Hint baik! Dia tak marah! Aku boleh teruskan lakonan bijak aku!' Bisik hati Yoona tetiba dengan lega. Dia pun menarik tali leher Jungkook membuatkan wajah Jungkook hanya beberapa inci sahaja darinya.

'Apa yang minah mental ni cuba buat?!' Gertak Jungkook pula di dalam hati, blur dengan tindakan drastik tersebut. Tapi entah mengapa, badannya hanya akur dengan situasi itu.

"Hmm? Oh! Dae! Kita jumpa malam ni ye oppa!" Kata Yoona dengan suara manja seraya memberikan jambangan bunga itu pada Jungkook.

"Oppa tolong bagi bunga ni dekat Mr Jeon ye? Annyeong!" Tutur Yoona lagi seraya berlari ke arah elevator untuk menyelamatkan diri. Sempat lagi dia wink ke arah Jungkook.

"Gumawo, Miss Irene!" Ucap Yoona dan menghilang dari situ apabila pintu elevator tertutup. Manakala, Sehun melangkah meninggalkan tempat itu. Irene masih awkward. Taehyung dan Jimin pantas memandang tajam ke arah Jungkook.

-End Flashback-

"Oh gosh! Kau memang berani gali lubang kubur sendiri!" Marah Jessica. Yoona pun mengeluh pasrah.

"Chill, aku takkan jumpa dah namja tu. Lebih tepat aku akan menjauh dari syarikat tu!" Terang Yoona, yakin dengan idea di dalam otaknya itu. Jessica pun mengangguk setuju sebelum tersengih pervert.

"Anyways, mamat yang kau kiss tu.... handsome tak?"

"EONNIE!!"

-Meanwhile-

"HYUNG!!"

Taehyung dan Jimin pantas mengangkat bendera putih apabila Jungkook memberi pandangan maut ke arah mereka.

"Tak payah menyangak. Sapa yeoja hari tu? Bila masa kau ada yeojachin?" Tanya Jimin, terdesak untuk mengetahui perkara sebenar.

"Chingu tak simpan rahsia! Kalau tak kitaorang merajuk seminit!" Adu Taehyung pula seraya menyilangkan tangan pada dada. Jimin pantas mengikut jejak Taehyung.

Manakala Jungkook mengeluh berat, mengapa hyungnya berperangai serupa kanak² terencat?

Kejadian tersebut sudah berlalu selama 3 hari dan Jungkook masih tidak faham dengan apa yang berlaku. Dia langsung tidak kenal yeoja brutal itu, hanya nama sahaja dia tahu. Thanks to Irene.

Personal Bodyguard | JKKWhere stories live. Discover now