🍁End pt 2🍁

9.2K 271 113
                                    

🍁 Bad Ending 🍁

Diana mengemam bibir. Jari dimainkan. Sakit hatinya dipalau oleh suami sendiri. Perutnya pula terasa sakit. Si suami tak menghiraukan lalu dia mengambil kunci kereta lalu keluar.

Dia memandu ke rumah abangnya memandangkan abangnya baru sahaja pulang dari Lahad Datu. Pintu rumah diketuk dan dilihat hanya wajah abangnya yang masam menjemputnya. Rumah abangnya terasa lain. Dia berkira kira mahu masuk kedalam rumah Daniel.

" Mana Kak nis? " Tanya Diana bila kakak ipar dan anak buahnya tidak kelihatan. Wajah abangnya yang serabut dipandang. Ini kali pertama dia datang ke rumah abangnya setelah sudah seminggu Daniel pulang.

Soalan tak dibalas. Maka Diana berdiam diri dan perutnya terasa sakit lagi.

" Aw.. " Aduh gadis itu perlahan lalu menggosok perutnya. Dia melakukan itu supaya kesakitannya berkurangan.

Tidak dia perasan jenis pandangan Daniel yang diberikan padanya.

" Abang? " Tanya Diana. Daniel bangun tanpa kata lalu menghampiri Diana yang masih duduk diatas sofa. Pipi gadis itu diusap dengan ibu jari dan Diana tersenyum bila lelaki itu tersenyum.

Pang!

Diana terpampam. Pipinya terasa berpijar setelah ditampar oleh abangnya.

" A.. Abang?! " Kata Diana dengan bibir yang terketar ketar.
Daniel dengan tiba tiba ketawa kuat menyebabkan Diana mula ketakutan dengan sikap abangnya.

" Kau b*doh lah Diana! " Tempik Daniel kuat seraya menarik kepala Diana mendekati wajahnya. Gadis itu cuba melepaskan cengkaman Daniel.

" Apa salah adik abang?? " Tanya Diana walaupun dia rasa takut bersuara. Tidak pernah dia melihat abangnya semarah ini.

" Kau ingat aku kawin kau dengan shahrul untuk apa?! Untuk bahagiakan shahrul?! B*doh lah! " Nada Daniel masih tinggi dan ketika dia berkata kata kepala Diana digoyang kuat.

" Hik.. Abang.. " Panggil Diana perlahan. Matanya sudah bertakung. Dia tidak kisah apa yang abangnya akan lakukan padanya namun tolong jangan pada anaknya.

" Dia dah rogol Dayang! Lepas tu kau mengandungkan anak dia?! Kau dah tak de otak ke?! Aku kawinkan kau dengan mamat tak guna tu untuk hancurkan hidup dia! Aku tahu yang kau pon sakit hati atas apa yang dia buat dekat Dayang! " Kata Daniel lagi. Diana sekali lagi cuba melepaskan kepalanya dari dipegang oleh Daniel. Namun Daniel menolak kuat badannya jatuh diatas lantai. Sakit diperut semakin terasa.

" Akh! " Rintih Diana dengan air mata. Rasa menyesal kerana datang ke rumah abangnya dan mungkin ini balasan dia keluar tanpa keizinan suaminya?

" Aku tak nak kau lahirkan anak dia Diana. " Kata lelaki itu lalu menuju ke dapur. Tak sempat Diana bangun kerana kakinya menggeletar ketika bangun. Lelaki itu sudah kembali dihadapannya dengan pisau.

" Abang! "

🍁❤🍁

Shahrul buntu. Kemana hilangnya isterinya? Padahal setengah jam yang lalu dia melihat Diana hanya duduk di sofa ruang tamu. Phonenya juga tidak diangkat.

" Nombor yang anda dail-" Bila operator yang menjawap panggilannya cepat shahrul menutup phonenya. Sudah satu rumah dia berpusing pusing untuk mencari gadis itu. Sebelum tiba tiba saudaranya datang ke rumah.

" Amin. Asal kau datang ni? " Tanya shahrul bila melihat Amin di muka pintu. Hana yang di sampingnya diberikan senyuman hormat.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now