🍁3🍁

8.6K 364 26
                                    

Diana membekukan diri diatas sofa. Tidak tahu mahu berbuat apa. Dia masih sakit hati apa yang papanya telah lakukan. Hoodie nya menutup kepalanya dan dia sudah tidak sedar masa berlalu dengan pantas.

Pintu rumah dikuak dari luar.

" Assalamualaikum " Shahrul memberi salam tidak mahu mengejutkan gadis itu. Namun kelihatan gadis itu seperti ditelan oleh fikirannya sendiri.

" Jawap salam wajib cik adik.. " Tegur Shahrul. Gadis yang masih membekukan diri masih tidak bereaksi. Malas mahu melayan, dia mahu masuk kedalam bilik untuk mandi.

Diana sedar kepulangan lelaki itu. Dia segera bangun hanya untuk menendang lelaki itu kedinding.

Shahrul pula terkejut bila dia sudah melekat di dinding. Sakit dibelakangnya kerena terjatuh ketika kerja masih menyengat dan cara seorang isteri menyambut kepulangan suaminya ini agak extreme.

" Ya Allah.. Sakit!! " Hati Diana puas mendengar aduhan kesakitan lelaki itu. Dengan senyuman sinis dia memandang lelaki itu.

" Kenapa kau kawin dengan aku?" Soal Diana. Matanya terpancar kebencian untuk lelaki dihadapannya. Shahrul tidak menjawap dan hanya mengurut belakang badannya. Perempuan ni sambung hal pagi tadi ke apa?

" Jawap soalan aku! " Diana membentak. Manakala Shahrul tidak melayan kerenah Diana. Dia segera bangun memandangkan dia masih belum solat maghrib. Tanpa menghiraukan bentakan dari Diana, lelaki itu segera menaik anak tangga.

" Anggap saja aku ni lelaki kiriman Tuhan. " Bayangan Shahrul hilang dibalik pintu meninggalkan Diana yang barannya masih belum surut.

" Ergh! " Diana mencampakkan badannya diatas sofa.

🍁❤🍁

Shahrul turun setelah selesai solat. Dia pula jarang makan malam maka dia hanya mahu menonton TV. Kepalanya digelengkan melihat gadis tiga suku sedang tidur lena diatas sofa.

" Hey.. Bangun.. Dah solat ke belum ni? " Soal Shahrul lembut cuba mengejutkan gadis itu dari lena. Dia bukan seorang yang kasar dengan perempuan. Tetapi gadis ini telah mencabarnya. Sabar nya juga ada hadnya.

" Ugh.. " Diana tersedar setelah bahunya digoncang. Bergegar mimpinya tadi. Tidak menghiraukan pandangan dari Shahrul yang tersenyum. Matanya memandang screen phone nya.

" Oh My God!! I'm Late! " Jerit Diana membuatkan Shahrul tertanya tanya. Tanpa kata Diana bergegas ke biliknya.

Shahrul berfikir tentang gadis itu. Sudah berubahkah? Atau gadis itu mahu keluar?

Shahrul menepuk pipinya. Kenapa dia perlu kisahkan minah tu? Namun ayat perjanjian datang menyerangnya membuat dia mengeluh kecil.

" Ya Allah.. Maafkan aku kerana mengeluh.. " Shahrul mengurut dadanya. Belakang badannya yang masih sakit disandarkan ke sofa. Mahu tersembul biji mata hitamnya ketika melihat apa yang dipakai oleh Diana.

" Astaghfirullahazim! Baju apa kau pakai tu!? " Segera Shahrul mengalihkan pandangannya ke TV kembali. Pakaian yang dipakai oleh Diana amat terdedah. Terkoyak sana sini. Baju ambil dekat tong sampah ke ni?

" Cih. " Diana hanya mendecih. Tiada masa untuk bertegang leher dengan lelaki itu. Rambutnya dibetulkan sedikit sambil tangannya memegang kasut tumit tingginya yang berwarna merah senada dengan bajunya. Kakinya dengan anggun melangkah ke arah pintu.

" Nur Diana Mastura. " Shahrul tak akan benarkan Diana keluar macam tu. Tak sedarkah gadis itu bahawa dia isteri orang. Dengan pakaiannya begitu Shahrul amat pasti kemana gadis itu mahu pergi.

" I'm pretty sure that's your name. So. Stop where you are, ma'am." Sengaja Shahrul memanggil gadis itu ma'am. Diana tidak tahu kenapa dia menghentikan langkahnya. Kemudian dia menoleh untuk melihat wajah Shahrul yang sudah merah. Marah mungkin?

" Dont mind my bissness" Kata Diana sambil menjeling lelaki itu. Shahrul sudah bercekak pinggang.

" Elok sikit eh. Aku ni dah lah suami kau. Pastu kau pakai macam ni. Tahu tak aurat perempuan ? Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aku kena tanggung tahu! Aku ni dah lah manusia yang tak sempurna. Banyak buat salah. Dosa. Pastu tiba tiba ada isteri yang menambahkan lagi beban aku. Tak kesian kat aku? Lagi pun tak malu ke pakai macam ni ha? Kalau lawa tu baik simpan. Tak payah nak tayang kat orang sangat. Peha macam gajah" Shahrul mula membebel. Diana tayang muka chill dan sengaja dia membuat gaya mengorek telinganya. Matanya juga tidak memandang Shahrul tetapi melihat syiling. Diana yang mendengar ayat terakhir Shahrul panas hati. Jarang orang mengutuknya depan depan.

" Hello? Bukan ke mencela makhlukNya sama seperti mencela Pencipta-Nya? " Diana pandai berkata kata namun Shahrul lebih bijak dan dia sudah yakin itu balasan dari gadis tersebut.

" Allah SWT mensyariatkan menutup aurat. Hambanya dengar ke tidak? " Bidas Shahrul balik. Diana sekali lagi tersentap oleh kata kata Shahrul. Mood nya untuk mahu pergi ke club mati begitu sahaja. Dengan menghentakkan kaki , Diana masuk kedalam biliknya.

Shahrul memicit dahinya. Pening kepala dengan sikap degil gadis itu.

Dia masih belum memikirkan cara untuk mengubah gadis itu dan mengajaknya kembali kearah jalan yang benar. Sedangkan dirinya masih tercari cari jalan yang benar. Ujian yang diberikan amat mengujinya. Gadis itu amat keras kepala. Hatinya juga keras. Mampu kah dia?

Diana didalam bilik mengamuk. Bajunya dicampak bertaburan merata rata. Panas hatinya kerana lelaki itu. Dia perlu fikirkan sesuatu macam mana mahu menyakitkan hati lelaki itu seperti yang Shahrul telah buat kepadanya.

" Kau tak kenal aku lagi.. Kau memang cari pasal! " Bantal diatas katil ditumbuk tumbuknya. Selepas puas baru dia berhenti. Dia menukar pakaiannya kepada baju tidur. Esok pagi. Rancangannya akan bermula.

🍁❤🍁

Shahrul bangun seperti biasa untuk solat subuh. Wajahnya disapu berkali kali untuk menyegarkan dia dari mengantuk. Ini juga merupakan amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kesayangan kita semua.

Salam diberi dan Shahrul baru teringat untuk mengejutkan gadis itu. Harap ketika dia membangunkan gadis itu, Dia tidak mendapat sepakan atau tamparan. Ingat dia bola?

Shahrul membuka pintu biliknya dan..

SPLASH!

Badannya basah kerana disimbah oleh air. Baldi yang berada diatas kepalanya dibuang. Dia tahu angkara siapa bila dia terdengar bunyi ketawa dan pintu tertutup.

Diana tertawa puas melihat wajah lelaki itu sudah marah. Shahrul mengetuk pintu dan tombol pintu dipulas. Namun pintu berkunci. Terus dia kembali kedalam bilik untuk melalui pintu bilik air yang bersambung diantara bilik mereka. Diana buat silap besar bila pintu tidak berkunci.

Shahrul melangkah pantas dan matanya melihat Diana duduk di birai katil dengan phone yang merakam aksi Shahrul.

" 1..2..3..! " Diana menghitung dan tepat diangka ketiga wajah Shahrul tersembam diatas karpet. Kakinya tersadung membuatkan dia terjatuh dan juga membuatkan Diana ketawa.

Sakit dan marah menguasai diri Shahrul sebelum dia beristighfar banyak. Tanpa kata dia keluar dari bilik Diana. Gadis itu tertanya tanya kenapa lelaki itu tidak membalas kembali. Tidak dia tahu yang Shahrul sudah merancang perang dunia ketiga.

" Tunggu Diana.. "

🍁❤🍁

tbc..

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now