🍁End🍁(happy ending)

9.5K 315 43
                                    

Bau ubat dan keadaan yang familiar seperti didalam hospital. Tanpa membuka mata Shahrul cuba menggerakkan badannya perlahan lahan. Tiba tiba telinganya menangkap suara seseorang memanggilnya.

" Diana? " Kata Shahrul. Dia seolah melihat gadis itu tersenyum lebar ke arahnya. Pandangannya masih kabur. Bila pandangannya jelas. Rupanya Hanif.

" Shah?? Kau nampak aku tak? Kejap aku panggil doktor. " Kata Hanif cepat seolah panik. Shahrul tidak sempat menahan Hanif dari pergi. Dia berseorangan didalam bilik. Beberapa minit kemudian Hanif masuk kembali bersama doktor dan jururawat.

" Selamat pagi,Encik Shahrul. " Sapa doktor lelaki itu. Shahrul sempat membaca tag nama doktor tersebut. Syafiq.

" Apa perasaan encik sekarang? " Tanya Syafiq dengan tangannya lincah mengecek beberapa bahagian Shahrul. Bila dia merasakan Shahrul baik baik sahaja dia tersenyum.

" Berapa.. Lama? " Suara Shahrul sedikit serak. Syafiq meminta Hanif memberikan air kepada Shahrul. Lelaki itu meminum air dengan perlahan.

" Encik koma tak lama. Hanya tiga minggu. " Kata Syafiq dengan senyuman. Melihat wajah Shahrul yang terkejut dia tertawa perlahan.

" Sekarang ni badan encik lenguh lenguh sikit. Biasa lah. Dah lama tak berfungsi. Abdomen dalam encik pon semakin pulih. Jadi kalau encik dah rasa okey. Nurse akan check sekali lagi sebelum benarkan encik discharge. Okey? Itu sahaja. Saya minta diri. " Terang Syafiq panjang lebar. Dia tersenyum sebelum menghilang dibalik pintu. Shahrul memandang kearah Hanif.

" What? " Tanya Hanif bila dia dipandang sebegitu oleh lelaki itu.

" Diana.. Mana? " Tanya Shahrul. Melihatkan Hanif yang berdiam diri. Dia mula rasa tak sedap hati.

" Dia-" Hanif terkejut bila dia mendengar suara pekikan dari luar.

" Aulia sayang!! Bertenang.. Tarik nafas! " Kedengaran suara lelaki menenangkan keadaan isterinya.

" Aku nak tenang apa?! Dah nak terberanak ni!! Kau diam Ashraf!! " Jerit Aulia. Kemudian suara mereka hilang dan Shahrul kembali memberikan perhatiannya pada Hanif.

" Aku.. Aku tak tahu isteri kau kat mana sekarang. Isteri kau hilang. " Kata Hanif perlahan. Dia sedaya upaya berhati hati memilih ayatnya supaya tidak mencemaskan hati lelaki itu.

" Ha?? Apa maksud kau hilang??" Tanya Shahrul serentak badannya tegak dari bersandar. Hanif dapat lihat lelaki itu mula panik.

" Hey.. Bertenang! Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi kali terakhir aku nampak isteri kau masa aku dan yang lain datang nak selamat kan kau dimarkas D. " Terang Hanif. Hanif menyebut nama D itu membuatkan teringat pada hari itu.

" D? Dayang? " Tanya Shahrul. Matanya tak lepas memandang wajah Hanif.

" Haah. Dayang. Dayang adalah boss kepada Dillo. " Jawap Hanif. Dia bersandar dikerusi. Air diatas meja dicapai sebelum disuakan ke mulutnya.

" Macam mana dia sekarang? " Tanya Shahrul lagi. Dia penuh dengan soalan sekarang. Melihatkan tubuhnya yang berbalut. Berbaring diatas katil hospital. Masih bernafas. Tahulah dia yang Diana tidak menembak dirinya ketika itu. Fikiran kembali kepada Diana. Kemana gadis itu menghilang.?

" Dayang bunuh diri. " Suasana bilik sepi. Shahrul berbaring kembali diatas katil. Tangannya diletakkan diatas katil. Masih bertanya. Kat mana awak sekarang Diana?

" Hm. Tak pe lah. Kau berehat. Aku balik dulu. " Shahrul hanya mengangguk menghantar kepergian Hanif. Dia kembali berseorangan. Masih memikirkan Diana.

Dua hari kemudian, Shahrul sudah dibenarkan keluar. Berdirinya dia diluar hospital sambil meregangkan badannya. Dia sedang menunggu Hanif datang mengambilnya pulang.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora