🍁19🍁

6K 288 26
                                    

Serabut. Shahrul serabut. Target bunuh diri membuatkan hasil hari ini amat sia sia. Dia membuka pintu dengan kunci. Fikirannya tiba tiba kembali kepada isterinya. Diana.

Sebelum dan selepas kawin tiada beza. Dia tetap dijemput oleh kerusi. Dinding. TV. Masuk ke rumah. Kelibat isterinya tidak kelihatan.

Shahrul menepuk dahi. Dia meninggalkan isterinya ketika gadis itu dalam kesakitan. Dia memarahi dirinya. Suami jenis apa aku ni?

Lelaki itu memilih untuk mandi dan solat sebelum mencari gadis itu. Selesai sahaja solat. Dia sedikit tenang namun dia masih dalam kesedihan. Dia membayangkan kesedihan keluarga mangsa yang diculik disebabkan kecuaiannya.

Jadi dia mengambil Al Quran dan membacanya sehingga dia tenang. Itu yang selalu dia buat.

Diana melangkah masuk kedalam rumah. Perkara pertama dia lakukan, mencari kelibat Shahrul. Namun tiada sehingga dia mendengar sayup sayup suara seseorang. Dirinya terasa dipukau kerana dia tidak sedar dia sudah menuju kearah pintu bilik Shahrul. Telinganya ditekap ke pintu dan sepantas kilat setelah dia dapat mengecam suara tersebut. Hatinya dicengkam. Rupanya lelaki itu yang dia dengar mengaji disurau. Lutut Diana menggigil dan dia tidak dapat berdiri tegak. Dia terduduk lemah. Dalam masa yang sama dia menikmati suara merdu milik Shahrul mengalunkan ayat ayat suci Al-Quran.

Diana tak berganjak. Dia menangis.

Perasaan yang dia benci dia rasakan. Perasaan yang tak terluah. Tapi dia tak faham. Dia tak tahu. Perasaan apa tu.

Pandangannya kabur namun bayangan yang menghantui dirinya jelas diminda.

" Diana? " Tanya Shahrul. Terkejut bila melihat gadis itu terduduk di muka pintu. Diana yang terasa dipanggil menoleh dan lupa untuk mengelap air matanya. Shahrul terkedu.

" Awak kenapa nangis ni?? Awak sakit lagi?? " Tanya Shahrul bila dia menundukkan badannya supaya setara dengan Diana. Diana pantas menunduk dan bangun. Tak berkata apa apa. Shahrul terasa terkilan bila gadis itu lebih suka berdiam diri. Memendam segalanya. Jadi dia menarik lengan Diana bila dia sudah bangun dan menarik kepala Diana lalu disembamkan kedadanya. Dengan kata lain. Dia memeluk gadis itu.

" Hmp!?! " Diana cuba menolak. Dia menggeliat didalam pelukan Shahrul untuk melepaskan diri. Sebelum dia mendengar bisikan lembut di telinganya.

" Shu.. Saya ada.. Awak boleh luahkan pada saya.. " Diana merasakan meremang bulu romanya bila lelaki itu berbisik dekat dengan telinganya. Namun dia berasa pelik kerana dia merasakan sedikit tenang dan dia ingin meluahkan perasaannya. Tetapi hanya air mata yang merembes keluar dari matanya.

Tangan Diana setia disampingnya dan Shahrul merasakan dia memeluk patung. Rambut gadis itu diusap lembut. Kemudian dia tersenyum nipis bila isterinya sudah tidak menolaknya.

" Shu.. Dahh.. Jangan nangis dah.. Tak comel dah.. " Usik Shahrul membuat Diana memukul lengannya.Namun tangannya kembali jatuh di sisinya. Dia tidak membalas pelukan Shahrul. Shahrul pula mula menggerakkan tubuh mereka dan masuk kedalam bilik Diana. Gadis itu duduk di birai katil manakala Shahrul duduk di atas kerusi.

" Now.. Tell me.. Kenapa awak nangis? " Tanya Shahrul lagi dan berharap gadis itu akan menjawap soalannya.

" Kau pernah dengar orang kata hanya masa boleh mengubah seseorang? " Soalan dibalas dengan soalan. Namun Shahrul tidak menyoal kembali. Mungkin ini cara gadis itu meluahkan.

" Pernah. " Jawap Shahrul ringkas. Dia memandang Diana yang cuba berbicara tanpa menangis.

" Tapi bagi aku.. Sebenarnya seseorang berubah disebabkan seseorang. Masa tak boleh ubah apa apa. " Kata Diana. Dia hanya memandang lantai dan kakinya. Shahrul pula hanya bergumam. Menanti gadis itu berbicara lagi.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora