🍁26🍁

7.8K 291 33
                                    

Diana menggigit bibir. Tangannya yang menggeletar masih memegang kemas pistol ditangannya.

" Kak.. Dia.. Dah berubah.. " Kakaknya memandang diana dan Shahrul silih berganti. Lelaki itu sudah dapat melihat dengan jelas wajah yang dikatakan kakak Diana. Wajah mereka seiras. Kembar?

Dayang?

Cengkaman Dayang dikuatkan. Bernanah hatinya mendengar adiknya sudah berpihak ke arah lelaki yang menghancurkan hidupnya. Hidupnya dihantui dengan dicaci. Dimaki. Hidupnya langsung tak tenteram. Tahun berganti tahun. Semakin menebal dendamnya. Tidak dia tahu adiknya sendiri yang melindungi lelaki itu.

" Kau tak de masa tu Diana! Aku yang tanggung semua! Dia dah rogol aku Diana! " Dayang memegang lebih kemas. Diana menggelengkan kepalanya.

" Kak.. Tolong lah.. Dia dah berubah.. " Dayang melepaskan pegangannya dan memandang kearah Diana.

" Habis aku? Hidup aku pon berubah! Papa mama halau aku! Aku mengandung! Aku tak de tempat nak pergi! Hidup aku macam dalam neraka! " Jerit Dayang. Air matanya yang tak dapat ditahan mengalir juga. Susah hendak diceritakan ketika itu. Dia tiada siapa siapa. Daniel sudah bekerja jauh. Diana berada di asrama. Malam dia dirogol oleh Shahrul sememangnya tidak berhenti menghantuinya. Setiap kali dia melihat parut di perutnya. Begitu juga dendamnya. Takkan hilang. Sekarang masa untuk lunas kan semuanya.

" Kau sayang aku kan!?" Tempik Dayang lagi. Matanya memandang Shahrul yang masih terikat dengan penuh kebencian.

Shahrul yang dari tadi mendengar tergamam. Dia juga sedar yang masa silamnya tetap menghantuinya walaupun dia sudah berubah. Ini balasannya?

" Aku sayang kau..kau kembar aku! Tapi jangan paksa aku bunuh dia! " Habis sahaja Diana berkata. Dayang ketawa kuat. Air mata dilap dengan hujung bajunya.

" Kau dah jatuh cinta dengan dia nampaknya.. Tak pe lah. " Kata Dayang. Dia berjalan menjauh kembali ke kerusinya.

" Diana adikku.. Kau tak boleh bunuh dia. Biar aku sendiri yang bunuh dia. " Kata Dayang santai. Pistol diambil dari orang kanan dan perlahan lahan diacukan kearah Shahrul.

" Tak! No! Biar aku yang bunuh dia! " Kata Diana tegas. Dayang ketawa lagi namun membiarkan. Diana berjalan menghadap Shahrul yang kelihatan menyesal. Dia benar benar menyesal. Sehingga ke hari ini masa silam menyelubungi hidupnya. Dia tidak dapat mara kehadapan kah? Hanya maut yang dapat membuang masa silamnya?

Diana berdiri lama. Merenung wajah lelaki yang sudah lebam. Matanya bengkak. Bibirnya pecah. Darah kering masih melekat dihujung bibirnya.

"Insyaallah.. Saya harap kita sama sama berjalan ke pintu Syurga. "

Shahrul pernah mengatakan itu kepadanya. Bukan lama,baru semalam . Mereka masing masing berbuat dosa. Namun ada hati mahu ke syurga. Namun Shahrul mengatakan yang hamba yang istiqomah mencari pahala, reda Allah SWT. Insyaallah akan dibukakan pintu syurga padanya.

" Go ahead my lovely twin.." Kata Dayang dengan senyuman lebar. Diana memandang Shahrul yang sudah menutup mata. Kelihatan lelaki itu sudah pasrah. Dia sudah lama berlari dari masa silam dengan harapan yang dia sudah meninggalkan masa silam tersebut bila dia sudah berubah. Namun apa yang dia harapkan tidak terjadi. Kini dia akan hadapnya.

Diana menutup mata.

Bang!

Semuanya huru hara. Diana meletakkan pistol ketanah. Butang dibajunya ditekan. Bom asap yang dicampakkan kedalam bilik tersebut sudah mengisi ruang tersebut. Suara tembak menembak. Arahan dari Dayang. Manakala Diana hanya berdiri kaku.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now