🍁5🍁

8.1K 351 5
                                    

Diana terbahak bahak seorang diri didalam biliknya. Terlupa yang kejadian pagi tadi sempat dirakam oleh phone nya. Babak Shahrul dimarahi oleh Mak cik Leha diulang buat entah ke berapa kalinya. Wajah takut di wajah lelaki itu amat melucukan hatinya.

Teringat YouTube channelnya yang bernama Miss_D itu. Dia ingin memasukkan video tersebut sekali. Biar padan muka lelaki itu.

Shahrul memeluk lutut diatas sofa. Selepas acara makan sarapan pagi tadi. Gadis itu menguncikan diri didalam bilik. Lelaki itu mendecih geram kerana dia tidak dapat membalas dendam. Otaknya merancang banyak benda. Banyak sangat.

Kemudian dia menepuk pipinya. Kakinya dijatuhkan diatas lantai.

'Apa kehel aku jadi sewel ni?! Patutnya aku tolong budak tu! Aduh.. '

Shahrul memicit micit jarinya. Separuh dirinya masih mahu mengusik gadis itu. Separuh lagi tidak mahu dan hanya teruskan pada niatnya yang mula mula.

Kakinya melangkah ke pintu bilik Diana. Bersedia untuk mengetuk sebelum Diana tiba tiba membuka pintu. Mengejutkan mereka berdua namun mata mereka saling bertatapan. Kaku buat beberapa saat sebelum keduanya dengan serentak mengalihkan pandangan.

" Kau nak apa? " Tanya Diana dingin. Dia sudah ready dengan langkah mempertahankan diri jika lelaki itu mahu ajak bertumbuk.

" A.. Ehem! " Shahrul tidak tahu kenapa suaranya boleh pecah. Dia mengecek reaksi dari Diana. Kosong.

" Ni aku. Aku nak cakap sikit. " Kata Shahrul. Diana kelihatan tiada mood. Matanya langsung tidak memandang Shahrul lalu bahu lelaki itu ditolak supaya dia dapat melaluinya.

" Hey! Aku nak cakap ni! " Panggil Shahrul. Diana langsung tidak menoleh.

" I'm done! " Pintu rumah dibuka lalu Diana menapak keluar meninggalkan Shahrul yang bengang namun malas mahu  mengejar. Balik nanti dia cakap lah. Cuma dia nak bagi tau yang kawasan sini ada gangster celup lorong. But. Baik baik je lah  perempuan tu.

Shahrul kembali dihadapan TV. Pandai lah dia jaga diri.

Besar pendek. Belajar luar negara pulak tu. Kejap. Diana tahu ke jalan sekitar ni?

Diana berjalan tak tentu arah. Menyesal keluar bila dia sedar dia tak tahu kawasan sekitar. Cuma dia tahu ada beberapa kedai dikawasan tersebut. Selipar ungu nya menapak diatas tanah dengan perlahan. Diana memakai headphone sambil beberapa lagu kegemarannya menjadi halwa telinganya.

Hanya mengikut langkah kaki, dia membawa tuannya ke tempat yang diingini. Kedai runcit dihadapannya dengan cepat dimasuki oleh gadis itu. Beberapa keropok dan aiskrim pantas berada di tangannya. Setelah puas apa yang dia mahu. Dia pergi kearah seorang Mak cik yang duduk diatas kerusi dan menyambutnya dengan senyuman.

" Eh.. Mak cik tak pernah tengok muka kamu sebelum ni. Baru pindah ke? " Tanya Mak cik tersebut. Duit dihulurkan.Diana hanya tersenyum. Tidak begitu ramah dan dia juga tidak menyukai orang yang sibuk dengan hal nya. Contoh yang paling dekat seperti Shahrul.

" Duduk kat mana? Mak cik ada buat Class mengaji kalau kamu nak join sekali. " Tawar Mak cik tersebut. Senyuman di wajahnya sedikit pudar. Tidak tahu mengapa hati dijentik sesuatu bila berkaitan dengan agama. Dia seboleh-bolehnya mahu menjauhi segalanya yang berkaitan. Betapa jahil nya dirinya dan sudah jauh.

" Tak berminat" Diana berlalu pergi langsung tidak mengisahkan pandangan tidak berkenan dengan perangainya oleh Mak cik tersebut. Dia tidak kisah. Bukan Mak cik tu yang besarkan dia. Semuanya usahanya sendiri. Setelah dihalau oleh orang tua. Kemana dia pergi? Habis sahaja SPM. Dia berkerja dengan bertungkus-lumus. Akhirnya impiannya tercapai. Cuma belum dia tahu mahu lakukan dengan ilmu tersebut. Dia ingin menjadi pereka fesyen. Namun sekarang dia mahu fokus mahu menjadi kaki buli. Mangsanya? Shahrul.

Seperti keadaan tadi. Diana hanya membiarkan kakinya membawa pulang dirinya. Ais krim cornetto dijilat sedikit. Kepalanya sedikit bergoyang goyang mengikut rentak lagu.

Sememang takdir dan memang takdir dia melalui satu lorong yang dipenuhi dengan lukisan dan tulisan. Pasti kerja vandalisme ni. Tetapi lawa juga. Phone dikeluarkan untuk menangkap gambar tersebut. Seperti profesional. Gambar yang diambil amat memuaskan hati dan dia akan menghantarkan kedalam Instagram miliknya.

Leka dia mengambil gambar sebelum ada satu suara menegurnya.

" Wa wahh.. Berani dia masuk kawasan ni lepas tu buat macam tempat sendiri.. " Kata suara tersebut.Diana sudah perasan namun dia lebih berminat dengan lukisan di dinding tersebut. Suara tersebut kedengaran mula marah.

" Oi! " Panggil suara tersebut sebelum Diana melihat ada sesuatu dilemparkan ke arahnya. Otaknya pantas menyuruh dia mengelak namun ais krim nya tidak sempat maka ia jatuh  ketanah. Pada masa yang sama menaikkan baran Diana .

" Wahh!! Kau nak gaduh dengan aku? Meh ah! Aku bagi pilihan. Kau nak aku belasah kau lembut ke kasar? Cadangan aku kasar lah. Baru best! " Suara Diana jelas yang Diana sudah dipengaruhi oleh barannya. Namun wajahnya kelihatan tenang. Panas hatinya setelah ais krim yang sepatutnya menjalankan tugas menyejukkan hatinya kini menyejukkan tanah.

Sekumpulan gangster yang Diana cukup yakin gangster celup je semua ni tertawa. Apa yang diakatakan oleh Diana bagi mereka perkara yang paling lawak dalam dunia.

" Aw! So cute! Okey lah aku pilih kasar. Disebabkan aku ketua. Aku yang akan lawan kau. Yang lain. Walau apa pun yang jadi. Jangan masuk campur. Faham? " Soalan lelaki tersebut dijawap oleh ahlinya. Lelaki tersebut mendekati Diana dengan langkah perlahan. Senyuman bangga yang terpamer amat membuat Diana panas hati.

" Ready Cutie? " Tanya lelaki tersebut. Diana mengisyaratkan tangannya untuk berhenti seketika. Ahli lelaki itu sudah tertawa dan mengejek Diana.

" Boo!! Lembik!! " Kemudian suara tersebut bertukar dengan lagu Hindustan diheadphone Diana. Dia mengisyaratkan lelaki itu untuk datang kepadanya.

" Cih. " Lelaki itu pantas menyerang dan mata Diana pantas memandang tangan lelaki itu. Kemana dia akan pergi dan lelaki itu hanya mahu menyerang wajahnya jadi Diana menunduk dan tumbukan terarah ke perut lelaki itu. Lelaki itu dapat mengelak sebelum kaki Diana menyepak kuat dibawah dagunya . Lelaki itu terjatuh ke belakang. Tanpa membuang masa dan sengaja untuk menambah sedikit aksi. Dinding yang berdekatan diana lompat ke arahnya sebelum kaki mendarat diatas dada lelaki tersebut.

Ahli lelaki itu tercengang dan mereka mahu membantu. Tetapi arahan perlu diakur.

Diana yang sudah pasti yang tiada siapa akan membantu membuat langkahnya yang terakhir. Lelaki itu tidak sempat bangun sebelum kepalanya bertemu dengan kasut milik Diana. Kepala lelaki itu ter pusing ke arah ahlinya. SudAh tidak sedarkan diri.

" Cih" Tidak merisaukan lelaki itu namun ais krim yang cair lebih merisaukannya.

" Boss!! " Mereka meluru kearah bossnya. Diana menjeling satu persatu. Mereka mengambil langkah kebelakang.

Diana bangun sebelum mahu berlalu pergi.

" Cakap kat Boss kau. Kalau dah cukup kuat. Cari aku balik. " Pesan Diana. Pisau lipat yang setia menjadi penemannya dikeluarkan. Lengan lelaki itu dipegang sebelum kulit lelaki itu sudah terukir huruf. D.

" Siapa kau?? " Tanya salah seorang mereka.

Diana bangun dengan senyuman puas dengan hasil tangannya .

" D. Nah lah. Aku tak suka makan cair punya. " Kata Diana. Plastik yang berisikan ais krim dan keropok dilemparkan pada salah seorang dari mereka.

" Bye Kak Long D!! " Mereka melambaikan kepergian Diana. Dia tergelak perlahan.

" Lambat sangat kenal aku.. "

🍁❤🍁

tbc..

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now