🍁16🍁

6.3K 292 7
                                    

Shahrul memandang Diana. Tanpa kata hanya merenung gadis itu. Masih dia teringat apa yang Hanif katakan padanya semalam.

" Kau pahal pandang pandang! Nak gaduh? " Diana naik bengang dan seram. Pandang tak berkelip gitu. Namun shahrul hanya diam. Membuatkan Diana semakin pelik dengan lelaki itu. Malas mahu ambik kisah. Story YouTubenya dibuka untuk melihat komen pengikutnya.

' Kak D! Try buat kek 3 bahan boleh?? Sambil tu add abang Kak D! ' 12k like.

Terkejut Diana. Ramai betul permintaan mahu tetamu jemputan dalam videonya. Dia berfikir fikir. Nak ke tak nak?

Diana tiada kata untuk meminta shahrul menyertai dalam videonya. Phonenya ditunjukkan diwajah shahru yang sedikit terkejut. Shahrul membaca laju dengan senyuman nipis.

" Mesti lah nak! "

Diana mencari resepi sementara Shahrul keluar membeli bahan apa yang patut. Memandangkan hanya tiga bahan. Masa untuk membeli bahan tidak lama. Apa yang kurang hanya coklat masakan.

Gadis itu menyiapkan tempat rakaman dengan sedikit semangat dari videonya lain. Dia malas nak fikir. Pintu rumah dibuka maka muncul wajah Shahrul.

" Kita nak buat apa hari ni? " Tanya Shahrul. Bahan diletakan diatas meja. Diana mahu menjawap namun dia sedang fokus membetulkan kecerahan rakaman videonya.

" Okey! Kita akan live tu ni! Aku malas nak edit.. Sekarang! Hello Guys!! Ni D dan macam yang korang mintak!! Tengok kat belakang!! " Kata Diana dengan suara sedikit kelakar lalu mendekati Shahrul yang sedang melambai kearah Camera.

" Hii!! Shahrul in the house!! Hahaha " Shahrul tertawa untuk menghilangkan gugup. Dia bukan orang yang suka bersosial atau mengupload gambar di media sosial.

" Okey! Shahrul akan jadi pembantu D. Okey Shahrul. Tolong blend panaskan susu ni. " Arah Diana dan sebagai pembantu yang cekap, Shahrul melakukannya tanpa banyak kata.

" Okey korang! D sebenarnya malas then tiba tiba ada Dillo's mintak buat kek 3 bahan. Jadi demi korang! D akan curang dengan bantal dan katil D dulu. Kek tiga bahan ni. Senang je! Korang ambik satu tin susu, telur 2 biji and Milo! Nak campur ngan oren ke. Coklat ke. Tiada masalah! Kalau ada masalah bagitau sahaja D! Okey? " Kata Diana dengan charisma dihadapan camera. Akhir ayatnya diakhiri dengan kenyitan mata. Komen dibaca dan kebanyakannya memuji belakang badan Shahrul yang kelihatan hot. Apron yang diikat di pinggang melihatkan pingangnya. Ada juga bertanya tentang style rambut barunya.

Telinga Shahrul terasa terpacak. Dillo?

Kebetulan?

" Amboi! Korang. Suka sangat ngan abang D ni.. " Suara Diana meleret leret. Shahrul yang sedang mengacau susu diatas dapur gas tertawa kecil.

" Kalau korang nampak dan mendidih susu ni. Angkat. Oh lupa. Jangan tambah air atau apa apa. Panaskan je susu tu. Shah. Tutup api tu. " Sekali lagi Shahrul patuh. Susu tersebut diangkat diletakkan diatas meja.

" Okey! Lepas tu. Korang ambik blender atau mixer. Korang campurkan susu, telur ngan milo. Disebabkan abang D suka milo. Kami pun guna milo. Betulkan Shah? " Diana menoleh kesisinya. Wajahnya tidak tersenyum dan matanya tajam menikam mata Shahrul seperti meminta lelaki itu jangan buat apa apa yang boleh buat pengikutnya tahu yang itu semua bohong. Dia tak mahu orang tahu Shahrul sebenarnya bukan abangnya namun suaminya. Kerana dia tahu yang Iskandar juga menonton live nya.

" Ha! Betul! Shah gila gila suka coklat. Kalau orang datang meminang ni. Bawak je datang satu bakul coklat. Confirm terima! " Kata Shahrul. Ibu jari diangkat ke udara. Sementara Diana kembali meletakan kesemua bahan kedalam blender dan meminta Shahrul memblender.

" Okey. Sekarang D nak potong coklat masakan and Double boiler untuk salut kek kita ni. Kalau korang tak tahu Double boiler tu macam mana. Double boiler tu kita panaskan dulu air. Then dah panas kita letakkan coklat ni kedalam mangkuk lalu letakkan dalam periuk yang memanaskan air tersebut. Aish!! Kelingnya ayat D. " Kata Diana sambil memotong coklat masakan menggunakan pisau. Dia jarang cuai dan mungkin kerana matanya sibuk memandang kearah Camera membuatkan dia tidak sedar lalu pisau ditangan menghiris jarinya.

" Aw!" Aduh Diana dan ketika itu Shahrul sudah lama siap memblender. Melihatkan wajah Diana yang berkerut. Tangan Diana yang terluka ditarik dan mata Diana membulat kerana terkejut bila jarinya ditarik masuk kedalam mulut Shahrul. Diana cepat cepat tersedar.

" Yah! Kau buat apa!! Bukan berdarah pon!! " Kepala Shahrul diketuk geram. Jarinya yang basah dilap di baju Shahrul bila lelaki itu melepaskan jarinya.

Terkenangkan yang videonya sekarang sedang live. Matanya terarah kearah ruangan komen. Komen sedang menggila menjerit.

" Tu.. Tu.. Kita sambung! Shah. Ambik bekas nak letak kita punya kek. " Shahrul yang tersenyum nipis hanya mengikut. Sambil itu dia memarahi dirinya kerana membuat drama sebabak. Tapi itu semua spontan.

" Letak dalam tu. Then kukus. " Apa yang diarahkan dengan jayanya selamat dilakukan oleh Shahrul.

" Nak masak ni. Korang boleh guna oven juga. Tapi D lebih prefer kukus sebab nanti texture dia lembut! Dalam satu jam macam. Percayalah~" Diana sempat bernyanyi dihujung ayatnya. Dia melakukan Double boiler sambil dipandang oleh Shahrul. Memandangkan kek mengambil masa selama sejam. Dia sudah tiada kerja.

" Okey. Itu sahaja. Nanti dah siap D hantar gambar. Pai pai!! " Live ditamatkan dan Shahrul hanya menompang dagu diatas meja. Masih memandang Diana yang kelihatan akan meletup.

" Apa benda kau buat tadi tu!? " Soal Diana sambil bercekak pinggang. Dia tidak tahu kontoversi apa yang akan datang. Pengikut seperti malaikat namun sebenarnya seperti syaitan. Mereka juga seperti Mak cik yang kita semua kenal suka potong bawang. Mak cik bawang.

" Awak pernah dengar yang apa yang berlaku semua ini ketentuan Allah SWT. Semuanya telah diatur. Manusia ibarat boneka dan yang menggerakkan adalah Allah SWT. Jadi apa yang berlaku bukan salah saya. " Shahrul berkata sambil menjongketkan bahunya. Menambahkan perasaan sebal didalam hati Diana.

Gadis itu duduk dikerusi. Tangan disilangkan.

" Cih. " Itu sahaja yang dapat dia katakan. Dia sedaya upaya untuk tidak menjerit dihadapan lelaki itu. Menghambur segala perasaan yang terpendam. Lelaki yang telah menghancurkan masa hadapan berada dihadapannya. Perasaan dendam yang tidak terbalas membuak buak. Namun lelaki itu hanya memasang wajah polos. Seakan akan peristiwa tersebut langsung tidak pernah berlaku dalam hidupnya. Peristiwa itu tidak dia akan lupa. Mana mungkin dia akan lupa. Takkan sesekali sehingga semuanya terbalas dan berharap akan berubah seperti dahulu. Hidupnya tidak begini. Terasa hati Diana kembali bernanah.

Shahrul cuba menyedapkan hatinya bila Diana memandang dia begitu. Pelbagai perasaan tergambar diwajah cantik Diana. Namun Shahrul tidak dapat menungkapkan kenapa.

" Semuanya okey? "

🍁❤🍁

tbc..

Oh god.. Author rasa tiada mood nak up.. Idea jauh pergi meninggalkan author.. Macam mana ni.. Konflik citer ni tak sampai lagi.. Tapi nak masuk 20 bab dah.. Ergh.. Idea asal citer ni patutnya jadi citer Comedy.. But asal jadi macam ni.. Huhuhu..

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang