🍁1🍁

11.2K 408 45
                                    

Semua orang yang memandang Diana pasti teringin menjadi seperti dia. Diana sudah muak mendengar pujian. Namun hatinya entah kenapa masih kosong. Dia tidak tahu apa yang dia masih tercari cari kan. Yang pasti dia bukan cari suami express!

" Look. Hari ni bukan April Fool. So tak payah buat pranks. Aku tak ingat pon yang aku pernah nikah. Maaf. Tapi standard aku lagi tinggi. " Kata Diana. Matanya masih tidak melepaskan dari merenung Shahrul. Heh. Iskandar aku lagi handsome.

" Pfft. Suka hati kau lah. Kau nak percaya ke tak. Bukan masalah aku. Tapi hari ni kita balik rumah kita" Stereng kereta dicengkam kemas. Bimbang jika perempuan disebelahnya cuba menarik lagi stereng kereta dan kemungkinan akan membawa mereka ke rahmatullah.

" Rumah kita?! No! Aku tinggal dengan abang aku! " Jerit Diana marah. Abangnya tak berkata apa apa pon tentang ini semua. Patutlah dia rasa tak sedap hati ketika mahu pulang ke tanah air. Kalau dia tahu pasti dia masih di UK.

" Huhuhu. Aku tak suka nak kecewa kan orang but. Abang kau dah kena transfer pergi Lahad Datu. " Shahrul tersenyum tanpa memandang Diana. Gadis itu naik hantu.

" Stop the car! " Tempik Diana tiba tiba. Shahrul sedikit terkejut kerana Diana seolah menjerit di telinganya. Telinganya tak dapat berfungsi seketika.

" What?" Tanya Shahrul. Kereta diperlahankan.

" I said stop the car! STOP THE CAR . STUP*D!! " Shahrul dengan cepat memberhentikan kereta dari membiarkan gadis itu menarik stereng kereta sekali lagi. Diana dengan pantas membuka pintu dan keluar.

"Hey! Nak pergi mana?? " Shahrul mengikut langkah Diana. Diana sendiri tidak tahu kemana dia mahu pergi. Rumah ibu bapanya? No! Rumah abangnya? Mana boleh memandangkan abangnya seorang askar dan tanpa abangnya mana mungkin dia dapat tinggal dikawasan khas untuk askar. Rumah kawannya pula dia sudah lupa.

" Dont follow me! " Arah Diana. Dia cuma mahu mencari tempat untuk bertenang. Perjumpaan dia dengan Shahrul walaupun pertama kali telah membuat barannya menggila. Takut apa yang dia bakal lakukan jika dia lebih lama bersama lelaki itu. Dan lelaki itu suaminya?! Mimpi ke apa? Dia mahu bangun dari mimpi ngeri ini!

" Hey! Tunggu! " Shahrul tidak menghiraukan arahan dari Diana. Dia fikir dia siapa nak arah aku? Aku dah lah ada banyak kerja nak buat dari melayan minah tiga suku ni. Namun permintaan dari kawan baiknya agak gila.

Shahrul cuba mencapai tangannya sebelum buat kali keduanya bibirnya bertemu dengan tanah . Kaki Diana elok terletak dibelakang Shahrul dan tangan kanan lelaki itu dipulas kebelakang.

Shahrul sedikit terkejut dengan gadis itu. Refleks yang pantas. Tangan kirinya yang masih bebas digunakan untuk menarik kaki kanan Diana ke belakang. Diana tak menyangka langkah Shahrul membuatkan dia terjatuh ke belakang kerana tidak seimbang kemudian kakinya tiba tiba sudah dikunci dengan lutut Shahrul.

Diana terkelu malah tertanya tanya siapa Shahrul sebenarnya.

" Dengar sini budak. Aku tak de masa kau nak main karate Kid dengan aku. Kau pilih. Nak tinggal dengan aku atau kau pilih nak tinggal bawah jambatan. " Shahrul melepaskan kaki Diana lalu bangun. Baju t shirt polonya disapu dan ditepuk untuk menghilangkan debu yang melekat. Manakala Diana pula masih mendiamkan diri. Tanpa kata dia mengikuti Shahrul kembali ke kereta untuk pulang. Dia tidak menyangka dia akan mengalah.

No. Dia cuma tiada pilihan!

🍁❤🍁

Rumah teres dua tingkat itu Diana masuk buat kali pertama. Cozy and simple. Teringat apartmennya dulu.

" Buat lah macam rumah sendiri. Tapi ingat. Barang aku. Barang aku. Bilik kau kat tingkat atas. Kau pergi lah kemas lah sendiri. Kalau kau malas. Tidur je bilik aku. " Kata Shahrul panjang lebar kemudian wajahnya terlukis senyuman nakal. Namun dia tidak mengharapkan yang gadis itu tidur bersamanya. Mana boleh! Dia tidak suka berkongsi.

" Fine. " Balas Diana singkat.Beg bagasinya ditinggal tercongok di muka pintu.

" Bawak lah beg ni naik atas. Buat apa tinggal dia tersengih kat pintu. " Arah Shahrul dengan matanya memandang Diana sudahpun mendaki anak tangga. Langkah Diana terhenti dan gadis itu memandang Shahrul dengan senyuman senget.

" Aku isteri kau kan. Tolong lah. Aku penat ni" Pandai pula Diana menggunakan kuasa status isteri. Shahrul melepaskan nafas. Ini baru hari pertama. Hari esok dan seterusnya?

Shahrul mengalah dan mengambil beg bagasi Diana untuk diletakkan didalam bilik tetamu bersebelahan dengan biliknya. Kemudian dia keluar untuk menonton TV.

Situasi berlainan buat Diana. Bilik air yang berkongsi bilik antara bilik Shahrul dan bilik nya sekarang. Dia mengintai sedikit untuk mengetahui bagaimana keadaan bilik lelaki itu. Namun keadaan yang gelap membuatkan dia tidak dapat melihatkan apa apa. Gadis itu memilih untuk mandi.

Termenung kejap Diana. Masih berfikir dengan status dirinya. Isteri? Ada ke orang nikah tapi pengantin perempuan langsung tak tahu? Lantak lah. Janji hatinya masih terukir nama Iskandar.

Diana keluar dengan hoodie hitam dan seluar trek menuju ke dapur. Tiba tiba lagu Savage dari Megan Thee Stallion berbunyi. Dia memandang nama pemanggil dan dengan pantas menerima panggilan.

" Biy! I miss you! " Nada Diana berubah menjadi lembut dan mengada. Dia tidak menghiraukan pandangan pelik dari Shahrul.

" I miss you too! Sanggup you tinggalkan I. " Kata Iskandar di negara orang. Diana tertawa kecil.

" You lah. I ajak balik you nak sambung master lah. " Pintu sejuk dibuka dan Shahrul turut melangkah ke dapur. Bukan niatnya untuk mencuri dengar tapi cara gadis berkata seolah mahu satu perumahan ni dengar. Shahrul juga naik hairan. Gadis ini ada Split personality disorder ke apa. Tadi bukan main ganas. Sekarang lembut macam jelly.

" Ehem! " Shahrul berdehem dengan niat untuk menyedarkan status diri Diana yang jelas sedang curang di depan matanya. Dia bukan cemburu. Like. For some reason. Diana sudah jauh dari landasan.

Gadis itu perlukan bantuan.

Diana buat tak kisah. Nadanya sengaja makin dilembutkan. Berbiy sayang. Tak lama kemudian talian diputuskan dengan I Love You. Mata Diana memandang Shahrul yang masih berdiri dihadapannya lalu screen phone nya sengaja dikucup. Senyuman sinis diberikan.

Shahrul entah kenapa naik panas dengan tingkah laku Diana.

" Kau dengar sini. Kau isteri aku. Jadi. Tolong pandai jaga imej aku. " Pesan Shahrul. Diana masih dengan senyuman sinis nya. Air botol Fanta yang dijumpai didalam peti sejuk elok berada di tangannya. Dia melangkah dekat kearah lelaki itu.

" Dalam mimpi" Jari tengah ditunjukan dihadapan wajah Shahrul membuatkan lelaki itu tersentak. Sebelum sempat dia berkata apa apa. Bayangan gadis itu sudah hilang.

" Nampak macam Class cikgu Shahrul ada buat special Class untuk anak murid kesayangan nama Diana.. "

🍁❤🍁

tbc..

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now