🍁20🍁

6.7K 281 48
                                    

Diana membuka matanya perlahan lahan. Biliknya yang gelap menyukarkan dia untuk melihat. Tangan tergapai gapai mencari phonenya namun dia terpegang sesuatu. Dia terpegang tangan shahrul dan dengan cepat dia melepaskan. Tangannya dinaikkan kedahi. Sedikit menutup matanya. Dia menarik nafas supaya dia dapat melupakan apa yang terjadi. Diana bangun sebelum terbaring kembali. Badannya panas.

" Diana?? Awak dah sedar?? " Tanya Shahrul setelah dia tersedar dari tidur dan meregangkan otot badannya kerana salah tidur.

" Hmm.. " Diana terasa lemah untuk berkata kata. Jarang dia boleh sakit. Lagi lagi demam. Perasaan keadaan Diana yang kelihatan lemah. Tangan shahrul diletakkan di dahi Diana. Dia terkejut.

" You're hot! " Kata Shahrul.

'I Know.. ' Jawap Diana dalam hati. Anehnya Shahrul dapat mengatahui apa yang Diana katakan.

" No. You're burning.. Ada main hujan ke?? " Tanya Shahrul lagi. Diana melepaskan keluhan berat.

' I not kid. Just get out. ' Diana mahu mengatakan itu kepada Shahrul. Namun badannya betul betul lemah.

Diana menggerutu lemah dan mahu Shahrul cepat keluar dari biliknya. Lelaki itu keluar namun dia kembali beberapa minit kemudian. Dengan tuala basah.

Tuala basah diletakan diatas dahi Diana. Perlakuan Shahrul penuh kelembutan membuatkan dia benci. Benci kerana dia mula rasakan sesuatu. Mungkin sebab dia tiba tiba demam, matanya berair.

" Hey? Hey?? Teruk ke?? Nak pergi hospital?? " Tanya Shahrul sedikit kalut. Diana yang tiba tiba menangis betul betul buat dirinya kelam kabut. Dia tak tahu apa yang patut lakukan.

Diana mengumpul kekuatannya yang masih tersisa. Dia tak suka demam! Tuala yang diatas dahinya dibaling ke arah dinding.

" Keluar! " Arah Diana ringkas dengan nada suaranya yang tinggi. Sedikit menyentak Shahrul. . Shahrul terkaku.

Lelaki itu memandang kearah Diana dengan pelbagai persoalan. Terutamanya. Kenapa gadis itu kelihatan amat membencinya?

Dengan renungan dari Diana. Shahrul melangkah keluar. Tidak mahu membuat gadis itu lebih marah.

Diana menutup mata. Dia menangis lagi. Kerana dia menyesal. Sedikit menyesal menyuruh lelaki itu pergi.

Shahrul duduk di meja makan. Dia sedang menunggu bubur yang dimasaknya sudah cukup masak. Dalam tak sedar. Fikirannya mengembalikan ingatan yang sudah lama terkubur.

Flashback.

" Shah! Kau buat perangai lagi kan?! Kau tak penat ke conteng arang dekat muka aku ni! " Leter emaknya tak henti henti. Telinganya acah acah dikorek dengan jari kelingking. Langsung tidak mengendahkan leterannya.

" Mak ni bising lah! Suka hati lah! Orang dah besar! Mak nak sibuk orang cakap pasal Shah kenapa?! Diorang tu! Tak reti nak jaga tepi kain sendiri ke?! Kain belakang rumah pon sendiri boleh lupa nak angkat. Ada hati nak jaga tepi kain orang. " Selamba Shahrul membalas leteran emaknya. Dia sudah lali. Seperti hari hari babak yang sama. Orang kampung ni dah tak de kerja nak buat ke?

" Melawan eh! Melawan! " Shahrul tahu yang emaknya sudah lama panas hati dengannya. Si adik dipandang dengan hujung mata sebelum kembali ke arah wajah emaknya.

"BISING LAH MAK NI! "  Jerit Shahrul tanpa rasa yang dia sudah derhaka dengan maknya sendiri. Tak sedar dia sudah menolak emaknya jatuh. Panggilan lemah dipanggil hanya dibiar sepi. Dia melangkah pergi sebelum dia tahu itu peluang terakhir dia akan bercakap dengan emaknya.

" Yah. Nak duit. " Macam biasa Shahrul akan meminta duit dengan ayahnya yang sudah uzur. Namun lelaki tua itu tetap membanting tulang di sawah. Tidak mengisahkan yang ayahnya sudah bermandi peluh serta mula menayangkan wajah berang. Shahrul hanya menayang wajah tidak hairan.

" Kau nak buat apa dengan duit tu? Nak berjudi lagi?! Minum arak?! " Tanya ayahnya bertalu talu. Shahrul naik bengang. Suami isteri sama je! Banyak mulut!

" Banyak cakap lah orang tu ni! Orang minta duit tu bagi je lah! Tak payah nak kedekut sangat! " Jerkah Shahrul pada ayahnya. Ayahnya terkejut dan tanpa kata dengan cepat mengeluarkan beberapa not merah yang baru sahaja dia dapat pada hasil hari itu. Cukup untuk makan sekeluarga beberapa hari. Kini separuh sudah sudah dia ambil oleh anaknya. Kudrat orang tuanya lebih lemah dari tubuh muda milik Shahrul. Mengenangkan anaknya baran mengalah dirasuk syaitan. Dia terpaksa memberikannya.

" Ni je?! " Tanya Shahrul lagi. Pandangan tajam diberikan sebelum tangannya pantas menarik dompet lusuh milik ayahnya.

" Shah.. Jangan lah macam tu.. Ayah baru je dapat duit tu.. Yuran sekolah adik tak habis lagi.. Barang dapur dah nak habis.. Tolong lah shah.. Faham keadaan ayah.. " Shahrul memusingkan matanya bila ayahnya cuba memujuk dirinya.

" Kisah pulak aku. " Dompet lusuh itu dibaling ketanah selepas dia mengambil kesemua duit didalamnya. Meninggalkan ayahnya yang tiba tiba tercungap-cungap menarik nafas. Setiap langkahnya sehingga menjauh dari ayahnya. Nafas terakhir ayahnya dilepaskan. Bertemu pencipta.

Shahrul suka bila dia mabuk. Lepas kalah teruk ketika berjudi. Jalannya terhuyung hayang kerana cecair memabukkan itu mempengaruhi fungsi otaknya. Dia berjalan di jalan gelap berseorangan sambil menghayunkan botol arak tersebut.

Matanya tertangkap mangsanya. Berjalan seorang diri dengan baju kurung biru dan hanya bertudung sarung. Hanya begitu. Nafsunya membuak buak. Senyuman sinis terukir bila gadis itu mendekati kearahnya.

" Abang Shahrul? " Tanya gadis itu. Bibir munggil gadis itu direnung. Badan kecil itu dipeluk dan dicium rakus. Tidak mengendahkan protes dari gadis itu meminta untuk dilepaskan membuatkan dia berang. Botol arak tersebut dihentakkan dikepala gadis itu dan hujung botol yang tajam itu dihayunkan kebahagian perut gadis itu.

End Flashback.

Bunyi buburnya menggelegak menyedarkannya dari lamunannya. Hanya itu yang dia mampu ingat. Kerana keesokkannya dia tersedar disemak samun berseorangan dengan kepalanya rasa nak pecah. Berita pemergian ibu bapanya membuatkan dia pergi meninggalkan kampung tersebut bersama adiknya. Penuh penyesalan.

Setiap kali dia teringat penyesalan tersebut. Matanya terasa panas dan dia tidak dapat menahan dirinya dari menangis. Sekiranya diberi peluang. Dia mahu putarkan masa supaya dia dapat elakkan peristiwa itu dari berlaku. Tapi apakah daya. Semuanya tidak dapat diubah. Membuatkan Shahrul hidup dalam penyesalan.

Dengan perlahan lahan bubur dimasukan kedalam mangkuk dan kakinya dihayunkan menuju ke bilik Diana.

Melihatkan gadis itu masih terbaring diatas katil. Dia tersenyum nipis. Rupanya gadis itu sedang tidur.

Shahrul meletakkan perlahan lahan mangkuk tersebut dia meja kecil bersebelahan dengan katil Diana. Namun Diana tersedar.

" Erhm.. Maaf.. Saya buatkan awak bubur.. Makan nak? " Sudu disua ke mulut gadis itu bila gadis itu duduk diatas katil dengan lemah bersandar dikepala katil. Tangannya dia angkat tinggi untuk menolak tangan Shahrul.

" Hey.. Jangan macam ni.. Awak kena makan.. Sebab nanti awak kena makan ubat. " Pujuk Shahrul dan sekali lagi cuba menyuap bubur kepada Diana.

Kali ini Diana tidak menolak namun bibirnya diketap kemas. Shahrul melepaskan nafas kecil.

" Satu sya.. rat.. " Kata Diana setelah lama merenung lelaki dihadapannya. Shahrul menunggu Diana berkata kata.

" Kawan aku.. Baru balik.. Dia tak de tempat nak tinggal.. Aku minta dia tinggal sini.. " Shahrul berdiam diri. Berfikir fikir.

" Makan dulu. " Kata Shahrul. Bila Diana tidak membuka mulut. Shahrul memberikan jawapan.

" Okey! Fine.. "

🍁❤🍁

Tbc..

*muka tak puas hati.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن