🍁4🍁

8.2K 343 13
                                    

Diana memerhati suasana sekitar biliknya. Berjaga jaga dengan langkahnya setelah dia merasakan dia sudah tidak selamat berada didalam rumah tersebut. Wajah yang dipasang oleh Shahrul pagi tadi amat mencurigakan.

Keadaan sepi dan tidak menunjukkan keberadaan lelaki itu lalu Diana melangkah perlahan lahan menuju ke dapur.

Dia tertanya tanya dimana lelaki itu.

" Shahrul? " Panggil Diana. Tiada sahutan. Dia menuju ke pintu dan melihat kereta waja milik Shahrul tiada.

" Keluar lah tu. " Diana mencebik. Phone nya dibuka untuk menjenguk YouTube channel nya yang kali terakhir diupdate sebelum kepulangan di Malaysia.

" Apa aku nak buat eh.. " Diana berfikir fikir. Memandangkan perutnya tiba tiba berbunyi. Dia memilih untuk memasak.

Phone nya mula merakam aksinya menggoreng nasi dengan penuh gaya. Mulutnya juga tak berhenti bercoleteh.

Disebalik pintu, Shahrul berdiri dengan senyap memerhati Diana yang sibuk memasak. Tangan memegang baldi.

Berkat pengalaman pernah menjadi kaki buli di sekolah dahulu amat membantu. Malah bantuan dari kawannya juga pasti akan membuat gadis itu menyesal lagi tinggi dari Gunung Kinabalu.

" Hehe.. Kau nak main dengan aku sangat kan.. " Benda didalam baldi dipandang kali terakhir sebelum dicampakkan berdekatan dengan Diana.

" Pergi lah anak anak ku. Ajar dia tu sikit! " Shahrul mula terkekek perlahan dan menunggu reaksi dari Diana yang sebenarnya takut dengan makhluk bewarna hijau itu.

Diana masih tidak perasan dan ketika dia mahu mengambil garam. Kakinya menyentuh sesuatu yang basah. Terus matanya memandang kebawah.

" KATAK!! ! KATAK!! ! " Diana melompat lompat dan dia tiada tempat untuk berlari memandangkan katak katak tersebut berada mengelilinginya.

Shahrul sudah keluar dari tempat persembunyiannya sambil memegang perut kerana kuat ketawa.

" Pergi!! Bawak dia pergi!! Arhh!!" Diana sudah melompat ke atas singki. Katak katak tersebut seperti merenungnya membuatkan Diana bertambah takut. Sebrutalnya, makhluk ini dapat mencampakkan keberaniannya keluar tingkap.

" HAHAHAHA.. Padan muka! " Shahrul tiada niat mahu membantu. Langkah kakinya santai menuju ke ruang tamu dan mengabaikan jeritan dari Diana.

" Arghh!! Stup*d!! " Diana masih menjerit. Gadis itu tidak dapat berbuat apa apa memandang jika dia bertemu dengan makhluk itu. Badannya akan kaku.

" I Love that song! " Shahrul memimik kan wajahnya seperti wajah Diana yang ketakutan lalu ketawa. Badannya elok bersandar di sofa. Puas hatinya mengerjakan si Diana. Jeritan gadis itu bingit di dapur.

" Ya Allah!! Diana!! ! " Terus pucat wajah Shahrul apabila mendengar suara Mak cik Leha. Shahrul menyorokkan badannya di sebalik dinding dan mengintai.

" Mak cik Leha!! Tolong!! " Wajah Diana sudah kemerahan menahan tangis.

" Laki kamu mana?? " Tanya Mak cik Leha sambil meliar mencari Shahrul. Diana menggelengkan kepala. Menolak mahu lelaki itu yang membantunya. This Mean war Shahrul!

" Syazwan!! " Panggil Mak cik Leha melalui pintu dapur. Mak cik Leha menutup api dapur gas. Seorang lelaki bertubuh sedikit besar dari tubuh Shahrul. Namun ketinggiannya tidak melihatkan yang dia berisi.

" Ye Ma? " Syazwan sudah masuk kedalam rumah dan perkara pertama yang dilihatnya seorang gadis yang sedang duduk diatas sinki.

" Hang pi kutip nuh semua. Kesian kat Diana. Aish.. Mana laki kamu ni Diana? " Arah Mak cik Leha maka Syazwan hanya menurut. Entah kenapa dia merasakan gadis itu amat comel.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu