🍁Prolog🍁

22.2K 502 49
                                    

Beg bagasi besar ditarik keluar dari airport. Menunggu seseorang yang akan mengambilnya pulang. Rambut panjangnya yang diikat ditutup dengan topi. Cermin mata hitam kejap dia betulkan.

Udara di Malaysia dihirup. Rindu dengan udara disini setelah 5 tahun menetap di Amerika Syarikat untuk mendapatkan diploma Bachelor of Art. Tangannya sudah disilangkan. Panas hati menunggu orang yang sepatutnya mengambilnya sejam yang lalu.

Hatinya masih berat kerana terpaksa meninggalkan kekasih hati yang masih mahu melanjutkan pelajaran. Dia pula yang sudah muak memilih untuk pulang kerana ada sahaja yang orang tidak puas hati dengannya.

Lawa. Talent. Famous. Pandai.

Perfect. Untuk gadis bernama Diana.

Diana mencengkam tangannya kerana tidak sabar. Bad temper. Membuatkan orang tua melihatnya gadis yang kurang ajar. Terutamanya ibu bapanya sehingga dia dihalau. Dia kisah apa? Dia boleh hidup berdikari. Diana pulang dan abangnya yang masih menerimanya meminta untuk tinggal bersamanya berserta isteri dan anaknya. Dia tak menolak.

Sejam sudah berlalu. Orang yang abangnya katakan masih tidak muncul kan diri. Baik dia tak balik macam ni! Nak balik sendiri malas nak tahan teksi. Maka dia mengalah untuk menunggu lagi. Otaknya sudah bersedia untuk memikirkan cara untuk menyakitkan orang yang telah menipiskan kesabarannya.

Fikirannya masih teringatkan pelbagai kisah menarik membelasah orang yang mengacaunya. Entah mengapa mengisi hatinya yang berasa kosong buat seketika.

🍁❤🍁

" Oh.. Well.. Look .. Who we got here.. " Kata salah seorang dari sekumpulan lelaki yang sedang mengelilingi. Diana yang baru sahaja pulang dari Mall mendecih kecil. Dia sedang lapar dan mahu pulang secepatnya. Sekarang. Ada pula yang tawar diri jadi makanan.

Diana buat muka Cool. Langsung tak takut dengan keadaannya yang sedang dikepung. Lorong dikawasan apartmennya pula sunyi pada waktu petang dan hanya kelihatan beberapa orang melepak.

" Go away. I dont have time with this sh*t." Diana kembali melangkah sambil tangannya masih memegang beg plastik berisi beberapa bahan untuk dijadikan nasi lemak. Tekaknya Melayu. Jadi duduk di negara mat Salleh membuat tekak Melayunya tak dapat merasa masakan Melayu.

" Wahh.. So fiesty.. I like it.. " Kata lelaki itu lagi. Dengan beraninya tangan lelaki itu menyentuh rambut ikal mayang milik Diana. Dia dengan pantas memusingkan tangan lelaki itu kebelakang dan belakang lutut disepak kuat menyebabkan lelaki itu terduduk diatas tanah. Pisau lipat yang Diana selalu bawa berada dekat dengan leher lelaki jtu. Geng lelaki itu cuak dengan langkah Diana yang pantas.

" Want to play with Me? " Tanya Diana dengan suara perlahan. Tidak menghiraukan lelaki itu sedang mengaduh kesakitan bila objek tajam tersebut mula mencucuk lehernya.

Mata Diana meliar melihat geng lelaki itu yang kelihatan takut dan terkejut. Mereka tidak berbuat apa apa dan hanya melihat lelaki di cengkaman Diana merintih kesakitan. Hati beku milik Diana tidak merasakan apa apa. Hanya puas.

" Lain kali jangan kacau orang lapar" Tidak kisah yang lelaki itu faham ke tidak. Diana ingin sahaja habiskan lelaki ini namun perut yang kosong itu berbunyi. Diana menolak kepala lelaki itu dan baru geng lelaki itu menyerang Diana. Dia merengus marah. Aku tengah lapar ni.

Diana tidak berbuat apa. Dia hanya mengelak tumbukan dan sepakan dari geng lelaki itu yang seramai 6 orang. Walaupun tanpa membalas balik. Seperti yang gadis itu jangkakan mereka bertumbuk dan menyepak sesama sendiri setelah tersasar dari Diana. Diana malas nak ambik kisah lalu kembali berjalan. Perutnya perlu diisi!

Pintu apartmennya dibuka dan Diana melangkah masuk. Setelah pintu ditutup. Dia bersandar sekejap di pintu . Hati Diana masih kosong.

🍁❤🍁

" Diana? " Sapa seseorang. Seperti didalam gambar yang abangnya berikan. Lelaki tinggi lampai berkulit putih menyapanya. Baran Diana meningkat. Dia bangun hanya untuk memijak kaki lelaki itu.

" Aw!! Amenda ni? " Tanya lelaki itu. Diana tak berkata apa apa tetapi menjeling lelaki itu yang masih tercengang kenapa gadis itu memijak kakinya.

" Angkat beg tu. " Arah Diana. Lelaki itu tidak melakukan apa yang Diana arahkan.

" Tak faham bahasa? " Pantas lelaki itu mengangkat begnya lalu menuju ke kereta hitam. Diana berdiri disebelah lelaki itu ketika lelaki itu sedang meletakkan begnya. Ketika lelaki itu mahu ketempat pemandu. Diana menjulur kan kakinya untuk membiarkan lelaki itu terjatuh. Seperti yang dia harap akan lelaki itu sudah tercium lantai kerana terjatuh. Diana tersenyum puas. Tempat duduk penumpang menjadi tempat punggungnya berlabuh.

Shahrul menarik nafas. Kurang ajar betul perempuan ni. Mula mula pijak kaki aku. Lepas tu tahan kaki aku. Buat bibir aku ternoda sebab cium tanah. I Love You tanah. Dasar gila.

Shahrul masuk ke tempat pemandu dan memandang Diana yang masih dengan cermin mata hitamnya melalui cermin belakang.

" Cepat lah driver. Balik. " Arah lagi Diana membuatkan Shahrul tak dapat relaks. Shahrul menarik nafas. Muka aku ni nampak macam driver dia ke? Sedap mulut.. Tak pe.. Ingat dia seorang gangster kat sini?

" Cepat lah driver! Orang nak balik ni! Terhegeh hegeh pulak. " Diana menanggalkan cermin mata hitamnya. Dia mula panas hati.

" Wah.. Cantik muka. Sedar sikit yang aku ni bukan driver kau. So better kau duduk depan. Jangan acah jadi mem besar eh. Aku tinggal juga kau kat sini. " Shahrul malas nak berbaik ngan perempuan ni. Tak layak Shahrul menghormati perempuan yang kelihatan sedang mencabar kesabarannya.

" What the hell?! D*mn you! Cepat lah gerak! Aku nak balik! " Walaupun aircond didalam kereta sudah berada disuhu yang paling sejuk. Suasana panas kerana tegang dengan dua makhluk yang masing masing ada ego masing masing.

Shahrul memusingkan matanya. Tidak menyukai sikap Diana. Dia tidak menyukai sikap wanita yang suka mencarut. Mulut dan suara yang Allah SWT kurniakan patut digunakan untuk yang sepatutnya seperti berzikir. Mengaji. Bukan untuk mengatakan hal yang sia sia.

" Nope. " Tepat selepas Shahrul membalas bunyi pintu dihempas. Tubuh kecil milik Diana sudah berada di tempat penumpang hadapan.

" Puas?! " Shahrul tersenyum kemenangan. Kereta mula meluncur diatas jalan raya menuju ke destinasi.

Diana pula masih belum reda panasnya. Lelaki ini memang cabar baran dia. Tangannya menarik stereng kereta secara mengejut ke penghadang jalan. Shahrul terkejut dan pantas membetulkan stereng untuk mengembalikan kereta kembali diatas jalan. Bunyi hon membuat jantungnya berdebar. Gila perempuan ni!

" Astaghfirullahalzim! Tahu lah dah banyak pahala! Tak payah bawak aku! " Pedas ayat Shahrul dan tanpa sedar hati kecil Diana terasa dijentik.

" Kau tu! Kalau kau bukan driver aku. Siapa kau?! " Tanya Diana. Pandangan yang diberikan kepada Shahrul seolah mengajaknya bergaduh.

" Shahrul. " Ringkas balasan Shahrul. Tak dia sedar baran Diana bagai nak gila.

" The h*ll lah!! Like who the h*ll you are?! Asal abang aku hantar kau?! " Tanya Diana dengan wajah kemerahan. Kenapa lelaki ini buat baran Diana tak menentu? Selalunya dia dapat kawal barannya dengan orang yang tidak kenal. Malah dengan orang yang tidak mengusiknya.

Shahrul menoleh kearah wajah Diana. Shahrul tersenyum sinis. Diana tiba tiba badannya sedikit meremang dengan pandangan lelaki itu.

" I'm your Husband. " Jawap Shahrul tenang namun bukan keadaan Diana.

" ARE YOU KIDDING ME?! SCR*W YOU! "

🍁❤🍁

TBC..

I 'm back!!! ❤

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now