"Kau jangan cuba-cuba buat benda gila dekat sini." Jari telunjuk Aril ditunjal-tunjal di kepalnya.

'Kurang ajar!' Tanganya pantas menepis kasar Aril.

"Kalau kau masih berdegil. Siap kau aku kerjakan nanti." Seraya itu lantas Aril keluar daripada kereta.

Farisya mengeluh nafas berat sebelum memaksa dirinya keluar daripada kereta.

Aril sudah berjalan jauh ke hadapan meninggalkannya. Dengan penuh paksaan dia membuka langkah mengikut setiap rentak langkah Aril ke entrance resort.

Suasana majlis ini cukup meriah dan mewah yang diadakan di atas bumbung bangunan dan terdapat sebuah kolam di tengah-tengah.

Mujur masing-masing terlalu leka sehingga tiada sesiapa yang sedar akan kehadirannya di sini. Farisya menahan seorang lelaki membawa dulang minuman yang ingin melintasinya.

Farisya ambil segelas berisi jus oren. Disisip sedikit hujung gelas sambil memerhatikan gelagat bekas pelajar sekolahnya leka dek tenggelam dengan topik bualan yang hangat kini dan ada juga membangga diri dengan keadaan diri mereka sendiri.

Farisya memilih untuk duduk di suatu sudut yang agak tersorok daripada penglihatan mereka akan kewujudannya di majlis ini.

Aril?

Lelaki itu entah menghilang ke mana tidak pula dia ingin ambil tahu. Kelibat bayang Aril terus lihat sebaik masuk ke dalam majlis.

'Apa motif nak bawa aku ke sini?' Rungutnya hatinya. Jus oren masih berbaki dia minum dengan rakus.

"Well. Well. Well." Muncul satu suara yang amat dia kenali mula meyapa di telinganya.

Lantas Farisya memandang wajah Ayu sedang tersenyum sinis ke arahnya sambil menepuk tangan.

"Cuba lihat kita ada kura-kura tersesat di sini?!" Kata Ayu lantang sengaja mahu membuat kecoh sehingga bekas pelajar yang lain turut memandang ke arah mereka.

"Aku rasa tiada sesiapa yang jemput kau ke sini seingat aku."

Ada di antara mereka mula membisik sesuatu dan ada juga memandang jijik ke arah Farisya. Sudah tentu mereka semua amat mengenali siapa dirinya.

Muka Farisya mula berasa bahang dan menebal menahan malu bila diperlakukan begitu. Bibirnya mula dipagut.

"Kau orang ada jemput kura-kura ni ke?!" Soal Ayu lantang suaranya sambil jarinya menunding ke arahnya.

Tidak mengendahkan Farisya sedang merenungnya tajam.

"Siapa saja nak jemput pembawa sial ni?" Muncul Alesya berpakaian seksi menghampiri mereka.

Alesya berdecit. Alesya memandang jelik ke arah Farisya dengan berpeluk tubuh. Tidak dia menyangka akan kehadiran Farisya pada malam ini.

Mereka mula ketawa mengejek ke arahnya. Farisya mencengkam hujung dressnya kuat cuba mencari kekuatan yang ada.

"Opss!" Ayu tertiba sahaja menutup mulutnya dengan riak terkejut.

"Aku lupa mesti kau datang dengan si tunang Sarahkan." Sindir Ayu.

"Ehh bukan tapi BEKAS tunang. Yelah dah kau merampas hak orang mestilah jadi bekas." Ayu menjeling meluat apabila bila fikirkan kesakitan sahabatnya sedang alami.

Namun sungguh berani Farisya menunjukkan wajah di Majlis ini. Panas hati Ayu bila memandang wajah tenang Farisya tanpa rasa serba salah atas perbuatannya.

"Tak sangka senaif kau ni mempunyai hati yang busuk sampai jadi perampas kebahagiaan orang lain!" Jerkah Ayu kasar.

Farisya menjatuhkan pandangannya pada wajah mendung Sarah di belakang Ayu. Mungkin terkesan akan kata-kata Ayu tadi.

Sayap SebelahDonde viven las historias. Descúbrelo ahora