Bab 34 - Di Bilik Meeting

1.4K 53 4
                                    

Nadia menekup mulutnya apabila melihat Daniel sedang asyik memerhatikan Afeeya tidur di atas meja kaunternya.

"Isy, budak ni! Hari-hari datang awal ke pejabat sebab nak tidur gamaknya?" Nadia menggelengkan kepalanya. Dengan pantas, dia terus menghampiri Daniel.

"Syyy..." Daniel memberi isyarat kepada Nadia supaya tidak mengejutkan Afeeya.

Nadia mengeluh perlahan. Dia memandang jam dinding yang berada di atas kepala Afeeya yang sedang menunjukkan pukul tujuh empat puluh minit pagi. Dia kemudian memandang Daniel dan memberikannya isyarat supaya melihat jam di dinding tersebut.

"Encik Daniel, orang lain dah nak datang ni. Nanti malulah Feeya kalau orang lain nampak dia tidur macam ni," bisik Nadia perlahan.

"Tak apa, orang lain pun belum datang lagi ni. So, kita bagi dia tidur lima minit lagi okey?" bisik Daniel semula lalu tersenyum manis.

Nadia pun apa lagi, terus tersengih sampai ke telingalah jawabnya bila melihat senyuman menawan Daniel.

"What are you doing, Danny?" sapa Irfan Sufyan tiba-tiba dari belakang.

Pada waktu itu, sempat juga Irfan Sufyan melirikkan matanya ke arah Afeeya yang tampak lena sekali di atas meja kaunternya.

"Syyy..." Daniel memberi isyarat kepada Irfan Sufyan supaya tidak mengganggu tidur Afeeya.

Nadia sudah kelam-kabut. Nak tak nak dia terpaksa juga menggoyangkan bahu Afeeya. "Feeya, bangun. Encik Irfan dah datang."

Namun Afeeya masih lagi terlena.

"Syyy... Biarlah Feeya tidur kejap." Daniel membisik perlahan.

"Tak boleh, Encik Daniel. Nanti saya pula yang kena marah dengan Feeya sebab tak kejutkan dia. Saya memang dah hari-hari ditugaskan untuk kejutkan dia. Lagipun orang lain mesti dah nak datang ni. Nanti malulah Feeya kalau orang lain tengok dia tidur," balas Nadia bernada risau. Dia kemudian menggoyangkan lagi bahu Afeeya.

"Feeya, bangunlah. Bos dah datang ni!"

"Emmm... janganlah kacau aku, Nad. Aku penat ni," rengek Afeeya seperti hendak menangis. Dia kembali terlena semula.

Mereka yang lain sudah terdiam. Penat apa di awal-awal pagi sebegini?

Nadia semakin tak boleh sabar. Dia menggoyangkan bahu Afeeya dengan lebih kasar lagi daripada tadi.

Afeeya yang terasa bahunya sedang digoyangkan terus membuka matanya dengan perlahan-lahan. Betul-betul tidurnya terasa terganggu sahaja sekarang. Namun apabila melihat gerangan yang berdiri di hadapannya, terus terbuka luas matnaya. Pantas dia terbangun dengan sendirinya kerana terlalu terkejut. Sekarang, benar-benar dia sudah berasa malu!

"Sorry, Feeya... aku dah nak kejut kau tadi, tapi Encik Daniel yang tak bagi. Sorry... sorry sangat-sangat." Nadia memujuk Afeeya dengan merapatkan tangannya cuba meminta maaf.

Afeeya tersenyum ke arah Nadia dengan sinis.

"Sorry, Feeya. Saya tak sampai hati nak bagi Nadia kejutkan awak tadi. Sebab awak nampak lena sangat. Tapikan, awak ni kalau tidur pun tetap cantiklah. Patutlah ramai lelaki yang tergila-gilakan awak dalam company ni," puji Daniel sambil tersenyum manis.

"Ehemmm!" Tiba-tiba Irfan Sufyan berdeham supaya mereka perasan bahawa dia juga berada di situ. Dia kemudian memandang Afeeya dengan muka yang serius seperti biasa. Bos, kan!

"Afeeya, nanti jangan lupa bawakan fail projek Pangsapuri Seri Flora kepada saya lepas meeting nanti," arah Irfan Sufyan mendatar.

"Baiklah Encik Irfan..." Namun tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now