Bab 27 - Breakfast di Penthouse

1.2K 50 13
                                    

Awal-awal pagi lagi Afeeya sudah memasak di dapur bersama ibu mertuanya. Untuk pagi itu, mereka hanya sekadar membuat pancake sahaja untuk sarapan mereka. Itu pun sudah cukup untuk mereka berlima.

"Feeya..."

"Ya ibu?" Afeeya tersenyum kepada ibu mertuanya.

"Ibu nak tanya, macam mana perasaan Feeya terhadap Fan sekarang? Ibu tahulah perasaan Fan terhadap Feeya sekarang ni macam mana, tapi macam mana pula dengan Feeya? Takkan Feeya sendiri pun tak pernah terdetik untuk mencintai suami sendiri?" soal Puan Sri Faridah sambil memegang lembut tapak tangan Afeeya.

Afeeya terdiam seketika. Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu apa perasaannya terhadap suaminya sekarang. Tetapi dia akui dia sudah mula mempunyai perasaan terhadap suaminya sedikit-sebanyak. Cuma dia tidak pasti sama ada betul atau tidak perasaannya tersebut.

"Ibu, Feeya betul-betul tak tahu apa yang patut Feeya balas sekarang pada ibu. Tapi sebenarnya Feeya tak nak ibu berharap sangat dengan hubungan kami ni. Feeya tak sanggup nak tengok ibu sedih kalau apa yang diharapkan ibu tidak akan kesampaian nanti," luah Afeeya jujur.

Puan Sri Faridah memandang menantunya dengan sedikit kecewa.

"Feeya, maafkan ibu sebab dah buka tentang hal ni awal-awal pagi macam ni. Tapi, ibu akan sentiasa doakan kebahagiaan Feeya walau apa pun pengakhiran kamu berdua nanti. Dan ingat, ibu akan selalu sayang Feeya macam anak ibu sendiri tau," ujar Puan Sri Faridah tersenyum lembut. Dia mengelus lembut rambut Afeeya yang lurus.

"Ehemm..." Kedengaran suara Irfan Sufyan berdeham dari muka pintu masuk dapur.

"Abah suruh kita breakfast dekat luar balkoni sana," ujar Irfan Sufyan mendatar. Sudah tentu kerana perempuan yang dibencinya ada di situ.

"Elok juga tu. Bolehlah kita makan sambil cuci mata tengok view pagi yang cantik dari atas nikan?" balas Puan Sri Faridah sambil tersenyum manis memandang Irfan Sufyan dan Afeeya secara silih-berganti.

Afeeya tersenyum lalu mengangguk kecil. Dia ke meja kabinet dapur untuk mengambil pancake yang telah siap tersedia tadi. Puan Sri Faridah pula memberi isyarat kepada Irfan Sufyan supaya menolong Afeeya di sana.

Irfan Sufyan mendengus perlahan. Dengan langkah yang malas, terpaksalah juga dia menolong Afeeya kerana disuruh ibunya.

"Saya bawa yang ni ke sana. Awak pula bawa dua pinggan tu lagi," kata Irfan Sufyan mendatar tanpa memandang muka Afeeya.

"Emmm..." Afeeya sekadar mengiakan.

Terkejut juga dia sebentar dengan bahasa panggilan yang digunakan oleh Irfan Sufyan. Bunyinya lain betul dirasakan di pendengarannya. Kalau berada di pejabat, dia tidak jadi pelik sangat. Tetapi sekarang, memang lain sahaja bunyinya. Hai, hanya semata-mata ingin menunjuk baik di depan ibunya, lelaki ini memang pandai betul berlakon!

"Biar ibu buatkan air. Nanti ibu hantar sendiri ke sana. Kamu berdua pergilah hidang dulu ke sana ya?" ujar Puan Sri Faridah sambil membuka pintu kabinet untuk mengambil teko dan cawan-cawan di dalamnya.

"Baik, ibu." Afeeya membalas lembut lalu mengekori belakang suaminya.

Apabila sampai di balkoni luar yang juga menempatkan kolam renang itu, Afeeya terus disapa adik iparnya yang bermuka ceria sebaik sahaja memandangnya.

"Sini Dina tolong akak. Akak duduk aje dekat sana sebelah abang ya?" ujar Irdina sambil mengambil pinggan yang berisi pancake itu dari kedua-dua belah tangan Afeeya.

Mahu menolak, bimbang pancake di dalam pinggan tersebut terjatuh pula. Jadi, Afeeya membiarkan sahaja Irdina terus membawanya ke meja.

"Duduklah Feeya," sapa Tan Sri Yusuf lembut sebaik sahaja memandang menantunya. Surat khabar di tangannya terus dilipat lalu diletakkannya di sebelahnya.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now