Bab 9 - Berkenalan di Pejabat

581 41 0
                                                  

"Feeya, kenapa tercegat je dekat depan pintu tu?" Lembut Tan Sri Yusuf menegur.

Afeeya tersentak. Sungguh dia takut nak datang dekat. Ya Allah, aku mohon padamu janganlah abah marah aku depan mamat ni dan janganlah pulak mamat ni bercerita buruk tentang aku depan abah. Bersungguh-sungguh Afeeya berdoa dalam hatinya.

Dengan debaran yang menggila, Afeeya melangkah perlahan mendekati Tan Sri Yusuf yang duduk bersama mamat poyo di sofa.

Irfan Sufyan memandang Afeeya dengan pandangan yang sinis. Dia dapat melihat wajah Afeeya yang pucat lesi seperti orang yang sedang dalam ketakutan. Baru kau tahu aku ni siapa sebenarnya! Sempat dia mengejek dalam hati.

"Duduklah." Tan Sri Yusuf mempelawa Afeeya. Dihalanya tangan ke sofa yang bertentangan dengan anaknya, Irfan Sufyan.

Nak tak nak, terpaksalah juga Afeeya mengikut arahan majikannya itu. Ketika mahu melabuhkan duduk, dia dapat melihat cara lelaki itu memandangnya dengan wajah yang kelat sahaja. Dia tahu lelaki itu tidak menyukainya. Tapi macamlah aku suka dekat kau! Afeeya menjerit dalam hatinya.

"Saya minta maaf sangat-sangat sebab terlewat hari ni, Tan Sri. Saya..."

"Tak apalah tak ber'Tan' Sri pun depan Irfan ni, Feeya," potong Tan Sri Yusuf sambil tersenyum memandang Afeeya.

Kedua-duanya terkejut apabila mendengar Tan Sri Yusuf berkata seperti itu.

Tan Sri Yusuf ketawa kecil melihat reaksi mereka. Dia memandang wajah mulus Afeeya.

"Feeya, ni abah nak kenalkan anak sulung abah, Irfan Sufyan. Fan, ini pula Afeeya, setiausaha abah. Tak lama lagi jadi setiausaha Fan pula," jelas Tan Sri Yusuf kepada Afeeya dan Irfan Sufyan.

Bertambah terkejut mereka berdua mendengarkan kata-kata Tan Sri Yusuf. Yang seorang itu, terkejut kerana lelaki yang dikatakan poyo tadi betul-betul merupakan anak Tan Sri Yusuf sendiri. Yang seorang lagi pula terkejut kerana perempuan yang membawa banyak masalah kepadanya ialah bakal setiausahanya.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan Irfan Sufyan ialah sejak bila pula abahnya pandai menggelarkan dirinya sebagai 'abah' kepada setiausahanya? Dia perlukan penjelasan. Atau apa dia yang tersalah dengar?

"Abah, apa yang dah jadi sepanjang Fan di Jakarta selama ni? Kak Maziah pula macam mana? Dan paling penting, kenapa abah bahasakan diri abah ni 'abah' dengan dia?" Bertalu-talu pertanyaan diajukan kepada abahnya.

Afeeya hanya diam dan ingin mendengarkan penjelasan lanjut daripada Tan Sri Yusuf. Dia sendiri hairan kenapa dia tidak tahu pula Tan Sri Yusuf mempunyai seorang anak lelaki. Kelihatan wajah Irfan Sufyan sudah merah menahan marah. Aduh, memang hancurlah hidup aku lepas ini! Desis Afeeya dalam hati.

"Sabar Fan, nanti abah jelaskan. Macam ni, Kak Maziah dah pun resign selepas seminggu hari kamu berangkat ke Jakarta hari tu. Dia terpaksa pulang ke kampungnya di Terengganu sebab nak jaga ibunya yang dah lumpuh kena strok. Kak Maziah pun ada kirim salam pada Fan. Dia kata tak sempat nak jumpa Fan sebelum dia resign.

"Hal Feeya ni pulak macam ni. Adik kesayangan kamu tu, Si Irdina. Mentang-mentanglah baru dapat lesen, dia ajak ibu kamu berjalan-jalan dengan kereta Audi A7 kamu yang tersadai dekat bawah garaj rumah kita tu. Mana dia dapat kunci tu pun abah tak tahu."

"Apa Dina dah buat?" Irfan Sufyan bertanya tidak sabar.

"Hari kamu bertolak ke Jakarta, Dina bawak ibu kamu jalan-jalan petang tu dekat area Taman Rekreasi Suria. Dan dia hampir-hampir terlanggar Feeya dekat tepi jalan taman rekreasi tu. Feeya tak apa-apa, cuma pengsan sebab terkejut sangat," terang Tan Sri Yusuf yang kemudiannya terus tersenyum apabila melihat wajah malu-malu Afeeya.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now