Bab 30 & 31 - Bertemu Anissa di Ofis

555 39 2
                                                  

Hati Afeeya berdebar-debar. Dengan kaki kanan, dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya yang masih lagi lenggang, berharap semuanya akan berlalu dengan cepat pada hari ini. Dia pasrah. Walau apa pun yang akan berlaku pada hari ini, dia rela berundur. Hatinya perlu dikentalkan sekuat-kuatnya supaya dia tidak jatuh apabila dicemuh dan dibuang.

Setelah meletakkan beg tangannya, dia terus ke meja kosong yang berpartition yang tidaklah berapa jauh daripada meja kaunternya itu. Dia perlu membersihkan segera meja kosong tersebut sebelum teman wanita Encik Irfan Sufyan yang tercinta itu datang bekerja.

Lagipun dalam beberapa jam sahaja lagi, tentu semuanya akan menjadi titik hitam kepadanya setelah rahsia dirinya diketahui oleh suami dan bapa mertuanya. Mereka yang lain, dia sudah tidak peduli lagi! Sekarang kepalanya cuma terbayangkan muka-muka keluarga mertuanya sahaja yang menaruh harapan kepadanya selama ini. Dia betul-betul tidak boleh membayangkan wajah-wajah mereka setelah mengetahui keburukan dirinya yang akan dibongkarkan oleh Anissa nanti.

Dia tahu dia boleh sahaja menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada mereka. Tetapi dia yakin mereka tentu tidak akan percaya dengan ceritanya. Yalah, kalau bapa kandungnya sendiri juga tidak percaya akan anaknya ini, apatah lagi orang luar? Sedih sahaja bunyinya ketika ini. Kuatlah Afeeya. Kuatlah dengan apa yang bakal terjadi nanti! Bisik hatinya sendiri.

Tangannya laju mengemaskan fail-fail yang tidak tersusun di atas meja tersebut dan membersihkan habuk-habuk yang terlekat di situ. Kata Irfan Sufyan semalam dengan riak menyampahnya, 'no dust no fuss!'

"You ke secretary Encik Irfan Sufyan?" tegur satu suara daripada belakang.

Afeeya yang betul-betul terkejut langsung tidak berpaling. Dia terlalu kenal dengan suara itu. Suara yang telah lama sudah tidak bergurau dengannya. Suara Anissa!

"Hello...?" panggil Anissa kehairanan. Pelik juga dia kenapa lama sangat wanita di hadapannya ini tidak memberi respons.

Afeeya dengan perlahan berpaling mengadap Anissa yang betul-betul berada di belakangnya.

"Feeya! What are you doing here?" Anissa meninggikan suaranya. Benar-benar dia terkejut apabila melihat perempuan di hadapannya ini ialah perempuan yang paling dibencinya.

"Nisa..." panggil Afeeya perlahan dengan serba salah.

"Kau jangan sebut nama aku! Aku benci! Sebenarnya apa lagi yang kau nak dari aku, hah? Apa yang kau buat dekat sini?" bentak Anissa.

Afeeya diam seketika cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia memandang Anissa dengan muka yang mendatar dan cuba berlagak biasa. Tiada reaksi marah, tiada senyuman malah sudah tiada perasaan bersalahnya lagi di wajahnya ketika ini.

"As you can see, I'm currently working here. And yes, I'm Encik Irfan Sufyan's secretary," jawab Afeeya mendatar.

Anissa tergelak kecil.

"You? As a secretary? What kind of nonsense are you trying to pull here, Feeya? Apa kau ingat aku bodoh?"

"Aku tak tipu. Aku betul-betul kerja sebagai setiausaha je sekarang," jelas Afeeya.

"An MBA holder working as a secretary? Merely as a secretary? Wow, aku betul-betul tak tersalah dengar ke ni?" ejek Anissa lalu tergelak sinis.

"You can say whatever you want, Nisa. Tapi bagi aku, kerja inilah periuk nasi aku sekarang."

"Tak... aku pelik kenapa kau tak mintak higher position aje? Kaukan dah terlebih layak untuk dapat jawatan-jawatan tu? But now, as a secretary? Tak logiklah Feeya! Aku tahulah kau sebenarnya masih nak hancurkan hidup aku lagi, kan sekarang? Kau sebenarnya tahukan company ni company boyfriend aku? Sebab itulah, kau plot perancangan baru kau untuk hancurkan hidup aku lagi, kan?" Anissa semakin berang.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now