Bab 35 - Penthouse Tour

1.2K 58 36
                                                  

Irfan Sufyan dan Anissa menghampiri Daniel dan Nadia yang baru keluar dari pintu rintangan api. Dia berasa hairan melihat mereka berdua keluar bersama-sama dari situ. Nampaknya, mereka ini sepertinya ada apa-apa sahaja, fikirnya.

"Danny, hari tu kau cakap nak tour penthouse aku, kan? Jomlah kita pergi sementara kau free ni. Lagipun Nisa dah lama nak melawat penthouse aku. Cuma tak ada orang yang sesuai nak teman dia ikut sekali. Jadi Nadia, apa kata kalau awak pun ikut kami sekali temankan Cik Anissa? Lagipun saya tengok awak ni macam dah bakal sepupu saya juga ni," usik Irfan Sufyan.

Daniel dan Nadia terus terbatuk kecil. Mereka menafikan, tetapi Anissa tiba-tiba sahaja terus bersuara.

"Boleh ke tak ni Nad?" soal Anissa geram apabila Nadia belum membalasnya.

Yalah, dia betul-betul tidak sabar lagi untuk melihat bagaimana rupa penthouse mewah kekasihnya itu. Biarlah dia tidak dapat menunjuk kepada semua orang pun, tetapi sekurang-kurangnya dia tahu Nadia akan menceritakan kemewahan penthouse kekasihnya itu kepada Afeeya nanti. Biar Afeeya betul-betul cemburu melihat kekayaan kekasihnya sekarang!

Nadia pula cuba berfikir sejenak. Dia sempat melihat ke arah Daniel yang sedang mengangguk ke arahnya sambil tersenyum. Terus merah padam mukanya, malu. Dengan laju, dia terus sahaja mengangguk ke arah Irfan Sufyan dan Anissa yang sedang menunggu jawapannya.

"Alright, let's go." Ajak Irfan Sufyan.

******

Setibanya di hadapan pintu penthouse, Irfan Sufyan terus memasukkan kod di pintu penthouse tersebut dan pintu dibuka. Tetamunya dijemput masuk ke dalam.

Namun langkah mereka tiba-tiba terhenti apabila melihat sepasang kasut hitam berada di lantai ruang masuk tersebut.

"Kasut siapa ni Fan? Kau jangan cakap kau ada simpan perempuan sekarang?" usik Daniel kepada sepupunya.

Nadia juga naik hairan. Macam..."Tapi macam kasut Feeya je saya tengok."

"Please la Nad jangan sebut nama kawan baik kau tu dekat sini sekarang. Buat aku hilang mood aje. Macamlah dia sorang aje ada kasut macam ni!" Anissa sudah menarik mukanya. Dia memandang Irfan Sufyan dengan riak tertanya-tanya juga.

"Abang? Kasut siapa ni?" soalnya ingin tahu.

Muka Irfan Sufyan sudah pucat bagai tidak berdarah, namun dia cuba mengawalnya.

"Emmm... tu... tu kasut Dina tertinggal baru ni. Abang selalu nak alihkan kasut tu, tapi tak teralih-alih pulak. Kejap ya, abang alih letak tepi," jelas Irfan Sufyan sedikit gugup. Dia mengambil kasut Afeeya itu dan terus diletakkannya ke tepi.

"Korang tolong stay dekat sini dulu boleh? I... I have something to do," pinta Irfan Sufyan gugup.

Mereka semua sudah mengerutkan dahi masing-masing, kehairanan.

"Tapi perlu ke kitorang tunggu dekat sini, abang?" soal Anissa hairan.

"Yes, you do. Jangan risau, abang janji kejap je. Kejap je okey?" pujuk Irfan Sufyan sambil tersenyum manis.

Nadia dan Daniel masing-masing sudah buat muka meluat apabila melihat kemesraan mereka berdua. Yalah, nak bermanja-manja dekat sini pula! Dahlah siap berabang-abang lagi! Macamlah mereka sudah berkahwin!    

Irfan Sufyan pantas menuju ke arah bilik Afeeya. Namun dia jadi hairan kenapa pintu bilik itu terkunci. Afeeya pulang ke sini atau tidak? Dia masih berdebar, dicarinya Afeeya sehingga ke dapur, di balkoni mahupun di kolam. Namun masih lagi tiada kelibat Afeeya kelihatan.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now