Bab 10 - Anissa, Girlfriend Irfan Sufyan

580 41 6
                                                  

"Kita nak ke mana ni Abang Fan?" Anissa yang baru masuk ke dalam Porsche bertanya.

Dia teruja kerana inilah pertama kali dia menaiki Porsche sepupunya. Menurut Irfan Sufyan, Porsche itu sudah dibelinya sejak dua tahun yang lepas.

"Hari tukan Abang Fan dah janji nak bawak Nisa pergi jalan-jalan dan shopping? So, hari ni Nisa pilih je apa yang Nisa nak. Macam biasa Abang Fan belanja," balas Irfan Sufyan sambil tersenyum.

Sesekali dia menjeling ke arah Anissa. Dia gembira kerana rasa penat dan sebalnya hari ini lenyap begitu sahaja apabila bertemu dengan sepupunya, Anissa.

Hajatnya tadi, dia mahu pulang untuk berjumpa ibunya dan berehat sepuas-puasnya di rumah. Tetapi setelah melihat sahaja mesej daripada Anissa, dia terus memecut ke kediaman sepupunya itu.

"Abang Fan dah sarapan belum?" soal Anissa sejurus mereka tiba di hadapan bangunan Pavilion.

"Belum lagi. Abang Fan tak sempat nak makan pagi tadi sebab uncle suruh masuk office kejap." 

"Kalau macam tu, kita pergi makan dululah. Nisa pun lapar jugak ni," ujar Anissa, tersengih.

Irfan Sufyan tersenyum melihat gelagat Anissa.

"Jom!" ajaknya ceria.

Mereka makan di Pizza Hut dengan penuh berselera. Sesekali terdengar gelak ketawa mereka bercerita. Namun mereka tidak sedar bahawa ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka pada waktu itu.

Anissa benar-benar terasa bahagia pada hari ini kerana dilayan bak seorang puteri. Dia tidak tahu berapa ribu sudah duit yang dihabiskan Irfan Sufyan untuk membelanjanya shopping sahaja pada hari ini. Beg tangan berjenama yang dihadiahkan oleh Irfan Sufyan tadi sendiri pun sudah mencecah ribuan ringgit!

Senyuman Anissa tidak pernah lekang daripada bibir. Menurut Irfan Sufyan, itu adalah hadiah untuknya kerana dia telah berjaya menamatkan pengajiannya.

Setelah puas membeli-belah, mereka kemudiannya menuju ke parking lot untuk ke kereta.

"So, inilah laki yang kau selalu puja hari-hari depan aku selama ni?"

Anissa terkejut dengan teguran kasar Ikram yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya. Dia betul-betul tidak menyangka akan berjumpa semula dengan bekas kekasihnya pada hari ini. Gerun sebentar dia dibuatnya. Dengan penuh ketakutan, dia terus menyorokkan diri di belakang Irfan Sufyan.

Irfan Sufyan memandang tajam ke arah Ikram yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Dia boleh mengagak lelaki di hadapannya ini ialah bekas teman lelaki Anissa yang telah mengkhianatinya sebelum ini.

Dia memerhatikan Ikram dari atas hingga ke bawah. Boleh tahan juga rupanya. Patutlah kekasih Anissa ini boleh menjadi seorang playboy seperti yang dikatakan mak longnya hari itu. Namun baginya, Ikram masih lagi tidak dapat menandingi rupanya. Sempat lagi dia memuji dirinya sendiri.

Irfan Sufyan sudah mengepalkan tangannya. Lelaki ini memang tidak padan langsung untuk sepupunya. She deserves better!

Buk!

Satu tumbukan padu mengenai tepat di pipi kiri Ikram. Tampak cecair merah keluar dari tepi bibirnya. Ikram bengang. Dia masih dalam keadaan yang tidak bersedia. Dia mengesat darah yang keluar dari bibirnya dengan ibu jarinya.

"Apa lagi yang kau nak dari dia, hah? Tak cukup lagi ke kau nak mainkan perasaan dia?" Irfan Sufyan mengepalkan sekali lagi tangannya, bersedia untuk menumbuk pipi kanan Ikram pula kali ini.

"Whoo, bro... relax! Aku datang sini bukan nak cari gaduh. Setakat terserempak dengan ex aku, takkan aku tak boleh nak tegur kut?" Ikram mengangkat kedua-dua belah tangannya, menenangkan lelaki di hadapannya ini daripada memukulnya lagi.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now