Bab 11 - Tangkap Khalwat

659 39 4
                                                  

Irfan Sufyan melihat jam berjenama Rolex di tangannya. Sudah pukul enam empat puluh lima minit petang. Rasanya masih sempat lagi untuk dia berehat sebentar di apartment lamanya sebelum ke banglo keluarganya.

Pada awalnya dia ingin pulang ke penthousenya sahaja untuk berehat selepas selesai menghantar Anissa ke rumahnya. Tetapi oleh kerana apartmentnya tidak jauh dengan banglo keluarganya, jadi dia berkeputusan untuk singgah berehat di apartmentnya ini sahaja.

Lagipun, sudah lama betul dia tidak menjejakkan kaki ke apartment ini selepas dia membeli penthouse yang berdekatan dengan menara KLCC. Terasa apartment ini sudah lama betul terbiar. Sekali-sekala apa salahnya kalau dia singgah sebentar.

Dengan langkah yang perlahan kerana terlalu penat, Irfan Sufyan masuk ke dalam apartmentnya dan terus menuju ke dalam bilik pertama, yang paling berdekatan dengan pintu masuk. Pada waktu itu, dia langsung tidak menyedari akan kasut wanita yang berada di atas rak kasut di situ.

Kemeja dibuka lalu dicampakkan ke lantai. Badan direbah ke atas katil. Dia melelapkan matanya bersama bayangan Anissa di kepalanya. Senyumannya masih lagi tidak lekang-lekang dari bibir. Inilah agaknya gaya orang yang baru mula bercinta.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu menyedarkan Irfan Sufyan yang baru sahaja terlelap. Dia bersungut geram. Siapalah yang datang ke apartmentnya pada waktu-waktu seperti ini? Kacau orang untuk berehat sahaja!

Ketukan itu kedengaran semakin kuat. Mahu tidak mahu, Irfan Sufyan terpaksa juga bangun menuju ke pintu rumah. Saat pintu dibuka, kelihatan tiga orang lelaki yang berkopiah di depan pintu apartmentnya. Hatinya mulai berasa tidak sedap hati.

"Maaf encik kerana mengganggu. Tapi kami ada menerima satu laporan bahawa encik sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumah ini sekarang. Jadi, boleh kami masuk untuk memeriksa rumah encik sekarang?" Seorang lelaki yang berkopiah putih itu melontarkan bicaranya dan terus masuk ke dalam bersama dua orang rakan sekerjanya tanpa menunggu kebenaran daripada Irfan Sufyan.

"This is nonsense! Saya tak..." Belum sempat Irfan Sufyan menghabiskan kata-katanya, kelihatan seorang wanita keluar dari bilik tengah hanya dengan memakai bathrobe di badannya.

"Kejap, Dina! Akak datang!" sahut Afeeya sambil mengeringkan rambut dengan menggunakan tuala. Kelam-kabut dia keluar dari bilik air tadi apabila mendengarkan ketukan bertalu di pintu. Sangkanya, Irdina sudah sampai untuk menjemputnya ke banglo ibu dan abah.

Namun saat wanita itu mengangkat pandangannya, dia terkejut melihat beberapa orang lelaki berkopiah di ruangan hadapan rumah. Wajahnya terus berubah menjadi pucat-lesi.

Afeeya terperasan wajah Irfan Sufyan  antara semua lelaki yang berada di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Afeeya terperasan wajah Irfan Sufyan antara semua lelaki yang berada di situ. Secara tidak langsung mereka memandang antara satu sama lain dengan wajah terkejut.

Tuala di tangan Afeeya terus terlorot jatuh. Serasa lututnya sudah lemah untuk tetap berdiri. Afeeya terjelepok ke lantai. Terasa hidupnya telah gelap.

Irfan Sufyan yang mula naik berang pantas menerpa ke arah wanita itu. Rambut Afeeya yang masih basah itu ditariknya dengan kasar.

"Kau buat apa kat dalam rumah aku?!" Irfan Sufyan menjerit di telinga Afeeya sekuat hatinya. Pada waktu itu, dia langsung tidak bersimpati dengan rengekan Afeeya yang sedang mengerang kesakitan.

Dua orang daripada pegawai agama itu pula dengan pantas terus menarik kedua-dua belah tangan Irfan Sufyan, menghalangnya daripada berbuat kasar kepada Afeeya.

"Sabar encik, sudah tidak ada makna lagi encik berkasar dengan dia buat masa ni. Sekarang, semuanya sudah jelas terbukti di depan mata kami dengan hanya melihat pemakaian kamu berdua," kata pegawai tersebut.

Irfan Sufyan melihat dirinya sendiri. Pada waktu itu, dia baru tersedar bahawa dia telah menanggalkan bajunya tadi sebelum berehat. Dia sedar, sesiapa pun pasti tidak akan percaya dengan dirinya yang tidak berbaju manakala perempuan ini pula hanya memakai bathrobe sahaja di badannya.

Kemarahannya makin mencanak. Dengan kasar, dia terus menolak pegawai agama itu ke belakang lantas menampar pipi gebu Afeeya dengan sekuat hatinya. Terus tersungkur Afeeya dibuatnya.

Afeeya mula menangis kesakitan. Dia memegang pipinya yang terasa perit lalu beralih pula ke tepi bibirnya. Dia terkejut mendapati ada darah pekat sedang mengalir perlahan di tepi bibirnya.

Dalam esakan, Afeeya cuba untuk bangun semula dengan perlahan.

"Jangan kau nak berpura-pura menangislah, perempuan! Aku tak hairan langsung dengan air mata kau tu. Sekarang kau bangun dan jelaskan pada diorang yang kau sebenarnya dah perangkap aku!" jerit Irfan Sufyan dengan sekuat hatinya. Jeritan itu bergema di seluruh isi rumah tersebut. Dia kemudiannya pantas menarik tangan Afeeya dengan kasar untuk memaksanya supaya berdiri.

Namun, dua orang pegawai agama itu menghampiri mereka dan terus meleraikan tangan Irfan Sufyan pada tangan Afeeya.

"Sudah. Kamu berdua boleh masuk bersiap sekarang dengan memakai pakaian yang sopan untuk ke pejabat agama. Di sana kamu berdua boleh teruskan sandiwara kamu semula. Dan jangan lupa untuk menghubungi penjaga kamu sekali." Seorang lelaki berkopiah yang masih kelihatan muda itu memberikan arahan kepada Irfan Sufyan dan Afeeya.

"Tak, saya tak bersalah langsung dalam hal ni encik. Saya sendiri tak tahu apa perempuan ni buat dalam rumah saya sekarang. Saya sumpah encik, demi Allah saya tak bersalah!" Bersungguh-sungguh Irfan Sufyan merayu kepada pegawai agama tersebut. Dia sudah tidak tahu lagi macam mana mahu menjelaskan kepada mereka supaya mereka mempercayai kata-katanya.

"Kamu boleh ceritakan semuanya di sana nanti. Sekarang kamu berdua boleh masuk bersiap." Dengan muka yang serius, lelaki sama yang berkopiah itu memberikan arahan.

Afeeya yang masih terkejut dengan keadaan sekarang semakin terkejut dengan kata-kata Irfan Sufyan sebentar tadi. Apartment yang didiaminya sekarang adalah milik Irfan Sufyan?

Tapi... memang tidak mustahillah kerana lelaki itu ialah anak Tan Sri Yusuf sendiri!

Sekarang, dia sudah dapat membaca tentang situasi yang menyebabkan perkara ini berlaku. Afeeya pasrah. Dia sudah tidak tahu lagi siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini.

Dengan langkah yang longlai, Afeeya masuk ke dalam biliknya dengan hati yang walang. Dia betul-betul pasrah dengan apa yang bakal dilalui kepadanya nanti. Hanya kepada Allah, dia berserah.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now