Bab 28 - Di Walk-In Closet

490 40 3
                                                  

Afeeya masuk ke dalam bilik tidur suaminya dengan hati yang tidak keruan. Memang sudah tidak tertanggung lagi perasaan malunya kepada mereka semua tadi. Dia jadi takut. Macam mana kalau mereka boleh tahu apa yang ada di dalam hatinya sekarang?

Apa yang ada di dalam hatinya? Tangannya digenggam dan diletakkan ke dadanya. Dia tertanya-tanya. Benarkah perasaan yang tiba-tiba hadir itu ialah perasan cinta?

Afeeya menggeleng. Dia tidak mahu perasaan ini! Dia tidak mahu terjatuh hati kepada lelaki itu! Dia tidak mahu!

Afeeya bangun dan berjalan lemah ke arah walk-in closet yang berada di sudut belakang katil suaminya itu. Dia sedar yang dia perlu cepat-cepat menukar bajunya yang basah ini kerana terkena air basuhan pinggan di dapur tadi, sebelum Irdina dan ibu mertuanya perasan dia mengambil masa yang begitu lama hanya untuk menukar bajunya sahaja.

Lagipun, mereka tentu masih menunggunya di ruangan santai untuk berbual-bual dengannya. Irfan Sufyan dan bapa mertuanya pula dilihatnya tadi masih sibuk berbual-bual di balkoni luar selepas mereka selesai bersarapan. Tentu sibuk bercakap tentang masalah syarikat mereka agaknya.

Afeeya menyarung T-shirt lengan pendek berwarna putih bercorak bintang sahaja. Tidak tahu baju apa lagi yang patut dipakainya lagi ketika berada di dalam rumah. Dia bukannya ada banyak baju sangat pun. Untuk membeli baju baru tak mungkinlah sebab dia sedang berjimat untuk melunaskan ganti rugi kereta suaminya. Jadi, pakailah ajelah baju mana yang ada.

"Sorry Nisa, abang breakfast tadi dengan family abang. Diorang sampai sini dalam pukul sepuluh malam tadi dah. Yup, diorang stay dekat penthouse abang ni dulu. Esok baru diorang balik banglo semula." Irfan Sufyan yang baru masuk ke dalam bilik terus duduk di katilnya.

Afeeya tidak jadi hendak melangkah keluar dari walk-in closet itu apabila mendengarkan suara suaminya sedang bercakap dengan teman wanitanya. Siapa lagi kalau bukan Anissa.

"Nisa janganlah risau sangat. Isnin ni Nisa datang aje. Tapi abang mintak Nisa datang awal sikit, sebab abang takut uncle datang lebih awal pulak nanti. Nisa jangan risau, nanti abang suruh secretary abang datang awal sikit untuk sediakan meja untuk Nisa. Nisa tunggu abang dalam pejabat abang. Lepas tu baru abang cakap dengan uncle yang Nisa baru first day kerja dekat sana, okey?" Kedengaran suara Irfan Sufyan memujuk Anissa.

Tangan Afeeya sudah menggeletar. Dia jadi takut. Adakah semuanya akan terbongkar nanti tentang dirinya yang kononnya berperangai buruk ketika di Australia dahulu? Dia pasti sudah tentu Anissa akan membongkarkan segala keburukan dirinya kepada semua orang nanti termasuk Irfan Sufyan dan keluarganya! 

"Nisa jangan risaulah. Takkanlah uncle tergamak untuk tak benarkan Nisa kerja dekat company dia? Nisa pun bukannya orang lain. Anak saudara dia jugak. Lagipun Nisa, kan dah ada kelulusan BBA? Plus, you studied abroad! That's more than enough reason why he should just keep you there, Nisa."

Afeeya hanya mampu menunduk sahaja di sebalik pintu walk-in closet yang sedikit terbuka itu sepanjang dia mendengar perbualan suaminya dengan Anissa di corong telefon. Entah kenapa dia berasa sangat sedih mendengarkan perbualan tersebut. Cara Irfan Sufyan bercakap dengan Anissa sangat lembut sahaja di telinganya. Malah ia jauh berbeza sekali apabila suaminya itu bercakap dengannya selama ini. Namun, dia sedar siapalah dirinya dibandingkan dengan Anissa di mata suaminya.

"Jangan risaulah Nisa. Lagipun petang Isnin tu abah dah berangkat semula ke Australia. Abah mungkin stay sana agak lama jugak. Sebab company sana memang ada banyak masalah. Masalah tu takkan boleh selesai dalam masa yang singkat. At least, sebulan atau dua barulah abah akan pulang Malaysia balik. Yup, of course auntie dan Dina pun ikut sama."

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now