"Dah tu kalau kau tak on, Prof Garner caner?" Kening kiri Farah terangkat.

"Kau kan favorite dia." Hannah menambah.

Jaja jatuh bahu. Reaksi dari dua wanita itu buatkan dia terdiam. Dan tiba-tiba wajah Prof Garner a.k.a supervisor dia itu menjengah di minda. Perbualan dia dan lelaki yang berumur awal lima puluhan itu pagi empat hari lepas diulang tayang di ruang mata.

**

*Flashback

"MORNING, prof." Ucap Jaja sebaik sahaja memasuki bilik penyarah itu.

Prof Garner bangun dari kerusinya sambil tersenyum. "Ah, hi Husna... Morning." Memberi isyaratkan dengan tangan, dia berkata. "Please, be seated." Jemputnya sambil duduk kembali.

"Thank you, prof." Jaja mengangguk dengan penuh hormat seraya melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Prof Garner.

"Hope that I'm not causing any inconvenience taking your time like this?"

Menyungging senyum, dia menggeleng ringkas. "No, prof." Dia merenung wajah lelaki separuh abad itu. "Anything wrong with my current research, prof?" Tanyanya sedikit bimbang.

"No, no." Prof Garner menggawangkan tangannya. "It was a blast. Even the VC was really pleased. It was so great!" Dia merenung Jaja penuh makna dengan senyuman ikhlas terukir dibibir. "You are the greatest!"

Jaja senyum lega. Dada mula rasa lapang. Hilang terus risaunya kejap tadi. "Thanks to you, prof. Thanks for being a good mentor and for guiding me on the right path. I will always be thankful to you."

"You're welcome. By the way, it's been a pleasure having you as my research assistant." Senyuman Prof Garner masih tak lekang. Pujian yang diberikan kepada Jaja itu lahir dari lubuk hatinya yang paling dalam. "Alright, then. Back to business."

Jaja mula dilanda perasaan risau semula apabila Prof Garner sudah masuk ke dalam mood serius.

"Husna..." Pandangan lelaki itu dibalas.

"Yes, prof."

"I need you to do me a favour."

Jaja diam. Tak berkata apa-apa dulu. Menunggu ayat seterusnya yang bakal disampaikan kepadanya.

"Remember what I told you about Best Biomedical and Health Sciences before?"

"You mean... the academic health center...?"

"Yes. They're inviting us to join them on their research team. Isn't it a great opportunity for you and for us? I really hope that you won't disapprove, Husna."

Jeda. Air liur terasa payah untuk ditelan.

Melihat Jaja tak memberi response, lelaki British itu menokok lagi. "Do not worry. It will takes at least a year to complete the research study, anyway."

Jaja mula rasa serba salah. Perasaannya jadi gundah gulana. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Ada perkara yang bermain-main dihati. Memanglah satu tahun tu tak lama. Tapi mampukah dia untuk terus berada di bumi asing ini sedangkan hatinya sudah lama merindui negara sendiri?

"Husna? Are you okay?"

"Uh? Ah-yeah..yeah... I'm okay."

"You sure?"

"Yes. Erm... Prof..."

"Yes?"

Jaja gigit bibir bawah, mengumpul kekuatan untuk bersuara. "Because it is so sudden, I think I can't answer you right away." Diam sekejap untuk tarik nafas. "I am so lucky for having you as my mentor. Yes, I know it is a golden opportunity for me to broaden my horizons and brush up my skills. But prof... I really need time to think for it. I hope you will understand. And I'll get back to you in a few days."

"Sure, sure... Please take all the time you need in making decision. Don't feel pressured. We got time."

Mendengar kata-kata yang langsung tidak berbaur desakan itu, membuatkan hati dia senang sedikit. "Thank you, prof."

*End Flashback.

**

"So... apa jawapan kau?"

Mendengar soalan dari Farah itu, dia cuma menjongket bahu. Tanda belum ada apa-apa keputusan yang dibuat. Dia masih teragak-agak sebenarnya. Bukan tak berminat tawaran dari Prof Garner itu. Berminat. Sangat berminat. Lagi-lagi peluang serupa itu bukan mudah untuk dicari. Bayaran pun lumayan. Tiga kali ganda dari gaji dia sekarang.

Tapi tu la... selain kerja, ada lagi perkara yang perlu dia titik beratkan sekarang. Ada hal lagi besar yang perlu buatkan dia berfikir. Ada hal yang perlu diputuskan. Dan hal ini lagi besar dari tawaran dari Best Biomedical and Health Sciences.

"Beb, are you okay?" Penuh prihatin, Farah bertanya lagi. "You seem distracted."

"Ja..?" Panggil Hannah pula apabila dilihatnya Jaja masih terdiam.

"Aku... aku tak tahu..." Jaja melepaskan nafas perlahan sambil menutur rendah. Lebih kepada diri sendiri.

***

#Selamat berbuka gaiss 🥰🥰

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now