BAB 23

6.7K 76 49
                                    

Malam ini merupakan pengalaman baru bagiku, kami berdua akan bermalam di sebuah banglo indah yang sering menjadi idamanku, dengan ditemani bunyian deruan ombak yang tidak pernah putus-putus. Menambahkan lagi keindahan malam, sinar sang rembulan menerangi suasana alam yang serba damai dan sunyi. Aku tidak mahu mensia-siakan malam istimewa ini, aku keluar ke balkoni bilik tidur kami, lalu menikmati keindahan malam. Meskipun hatiku masih lagi tersisa rasa kecewa, aku cuba ketepikan perasaan itu jauh-jauh. Mungkin salah aku juga, sehingga menyebabkan Abang bagai menjauhkan diri dariku.

Abang  :  Sayang tak mahu tidur lagi ker? Dah pukul 11 lebih ni.

Raihan  :  Hmmm... Apasal Sayang nak kena tidur awal pulak? Bukannya kita nak buat apa-apa pun. Abang tur bukannya berani nak buat apa-apa pun pada Sayang. Kalau macam tur, lebih baik Sayang tidur lewat jer. Tak pun kita tidur jer kat berlainan bilik. Betul tak?

Abang hanya terdiam apabila mendengar kata-kataku yang sedikit biadap itu. Maafkan aku Abang. Bukannya niat isterimu ini untuk bercakap biadap sebegitu. Sayang hanya mahu menyedarkan tentang perbuatan Abang yang benar-benar telah melukakan hati ini. Adakah aku ini terlalu hina ataupun terlalu hodoh, sehinggakan aku tidak layak untuk merasai kenikmatan malam pertama, persis pasangan-pasangan lain yang baru sahaja berkahwin.

Dari balkoni, aku melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami, lalu duduk di atas katil bersebelahan dengan suamiku. Dia hanya menundukkan kepala, seolah-olah dia merasa kecewa dan sedih dengan sikapnya sendiri apabila mendengar kata-kataku tadi. Aku merenung wajah suamiku dalam-dalam. Aku akui, suamiku memang seorang yang kacak kerana wajahnya yang mempunyai campuran keturunan Arab dan Melayu. Aku memegang tangan kiri suamiku lalu meramasnya lembut-lembut.

Raihan  :  Sayang minta maaf banyak-banyak kalau dah buat Abang terasa hati. Bukan niat Sayang nak buat macm tur pada Abang. Tapi... hmmm... Sayang terasa sangat-sangat dengan sikap Abang petang tadi...

Abang  :  Hahhh... petang tadi?

Reaksi Abang seolah-olah dia tidak tahu kesilapan yang telah dia lakukan padaku semasa petang tadi membuatkan aku benar-benar meradang padanya. Aku tidak dapat kawal perasaanku lagi, aku membalas reaksinya itu dengan suara yang lebih kuat.

Raihan  :  Abang ni apasal? Memang bodoh ataupun buat-buat bodoh? Kalau macam inilah layanan Abang pada Sayang, lebih baik kita tak payah berkahwin jer. Lagi baik macam tur.

Aku terus meluru keluar dari bilik tidur, lalu pergi ke ruang tamu. Aku merebahkan tubuhku di atas sofa, sambil menangis teresak-esak di situ, mengenangkan nasibku seolah-olah tidak dianggap sebagai seorang isteri yang sah. Selang beberapa minit kemudian, aku dapat mendengar derapan kaki, Abang telah keluar dari bilik tidur lalu menghampiriku. Dia duduk di bersebelahanku, memeluk tubuhku erat lalu berbisik di telingaku.

Abang  :  Abang minta maaf banyak-banyak. Abang tahu yang Abang dah banyak kali melukakan hati Sayang. Abang amat cintakan Sayang dengan sepenuh hati Abang. Abang tak sanggup nak lihat Sayang menangis kerana Abang, betul-betul dah merobek hati Abang.

Raihan  :  Sob... sob... Kalau Abang tak nak lihat Sayang menangis, sebab apa Abang layan Sayang macam ni? Dah seminggu lebih kita berkahwin. Tapi sampai sekarang ni Abang masih tak nak sentuh Sayang. Sebab apa Abang? Sebab Sayang ni tak cantik dan hina ker?

Abang  :  Sayang janganlah cakap macam tur?  Sebenarnya Abang...

Raihan  :  Sebenarnya apa Abang? Cuba beritahu Sayang betul-betul. Sayang nak tahu hal yang sebenarnya.

Abang  :  Sebenarnya Abang merasakan diri Abang ni tak layak untuk bersama Sayang. Diri Abang ni kotor sangat. Dah berbelas tahun Abang hidup dengan maksiat dan zina. Bertukar-tukar perempuan macam tukar pakaian jer bagi Abang. Abang rasa yang diri Abang ni tak layak nak sentuh tubuh Sayang yang cukup mulia tur.

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now