BAB 3

9.2K 85 6
                                    

Aku berjalan dengan agak pantas ke bilik Pengurus Besar hotel ini. Semasa aku baru saja tiba di dapur sebentar tadi, rakanku memberitahu yang Pengurus Besar ingin bertemuku di biliknya dengan kadar segera. Dengan tidak semena-menanya, degupan jantungku berdegup laju, peluh merembes keluar dari dahiku, fikiranku mulai ligat berfikir. Mengapa Pengurus Besar ingin bertemu denganku? Adakah aku telah melakukan apa-apa kesalahan besar? Adakah aku akan dikenakan tindakan displin? Adakah aku akan dibuang kerja? Kesemua persoalan itu bertalu-talu menerjah kotak fikiranku sehinggalah aku tiba di pintu biliknya.

Raihan  :  Minta maaf banyak-banyak Encik Mazlan sebab terlewat datang sini. Hari ni shift saya waktu tengahari nanti. Saya dapat makluman dari...

Mazlan  :  Ehhh takper, takper. Awak tak bersalah pun. Tak perlu nak minta maaf pada saya. Saya yang panggil awak datang sini di luar shift awak. Patutnya saya yang patut minta maaf. Abaikan semua perkara tur. Dipersilakan duduk Cik Raihan.

Aku melabuhkan tubuhku di kerusi yang terdapat di hadapan mejanya. Baharulah aku perasan yang sebuah kerusi lagi telah diduduki oleh Encik Harzymeen. Dia menoleh melihat wajahku, dia mencebikkan mukanya untuk menunjukkan dia berasa kurang selesa dengan keberadaanku di sini. Aku dengan senyuman yang tulus, memberi salam kepada Encik Harzymeen, untuk menunjukkan yang aku hormatinya sebagai seorang ketua.

Mazlan  :  OKlah, saya nak berterus-terang kepada kamu berdua. Tujuan saya memanggil kamu berdua, nak beritahu yang hotel kita akan menyertai pertandingan memasak di antara hotel-hotel terkemuka seluruh Negeri Kelantan. Pertandingan ini anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia. Hadiahnya taklah terlalu lumayan tetapi ia boleh melonjakkan nama baik hotel kita di kalangan pesaing-pesaing.

Harzymeen  :  Bagus jugak tur. Sekurang- kurangnya boleh jugak saya nak asah bakat saya yang dah lama terpendam. Kat hotel ni cuma banyaknya menu local jer. Tak boleh saya nak tonjol kemahiran sebenar saya. Hmmm... banyak tak hotel yang join pertandingan ni?

Mazlan  :  Daripada maklumat awal yang saya dapat dari dari pihak urusetia, sekarang ni dah ada 12 penyertaan. Tu belum termasuk kita lagi.

Raihan  :  Bagus jugak idea Encik Mazlan naik join pertandingan ni. Insyaallah, saya akan bantu ketua saya sebaik mungkin dalam pertandingan. Nama hotel kita pun akan naik dan jadi sebutan di kalangan semua hotel yang masuk pertandingan ni.

Mazlan  :  Raihan, kamu takkan bantu ketua awak dalam pertandingan ni. Kamu jugak akan masuk bertanding sama.

Harzymeen  :  Maksud Encik Mazlan?

Mazlan  :  Maksudnya hotel kita akan menghantar 2 kumpulan. Awak Harzymeen akan mengetuai kumpulan A. Awak pulak Raihan akan ketuai kumpulan B. Setiap kumpulan perlu ada maksimum 3 peserta.

Raihan  :  Perlu ker kita hantar 2 kumpulan. Saya rasa diri saya ni tak mampulah nak ketuai kumpulan. Tambah-tambah pulak nak ketuai kumpulan pertandingan macam ni. Saya rasa Encik Harzymeen seorang jer yang paling layak ketuai kumpulan untuk pertandingan macam ni.

Harzymeen  :  Betul tur apa yang Raihan kata tadi. Rasanya kita tak perlu pun untuk hantar sampai 2 kumpulan. Kita perlu menjaga nama baik hotel kita. Saya khuatir kalau-kalau nama baik hotel kita boleh terjejas jika Cik Raihan mengetuai kumpulan pertandingan ni.

Mazlan  :  Bagi saya, kamu berdua ada kekuatan masing-masing. Cuma kamu jer yang tak sedar Raihan. Harzymeen berkelulusan dari universiti luar negara. Raihan pula mempunyai pengalaman hampir 10 tahun di dapur hotel ni. Saya amat yakin yang kamu berdua akan memberikan persembahan yang terbaik semasa pertandingan nanti.

Harzymeen  :  Hmmm... terpulanglah pada Encik Mazlan. Tapi saya nak ingatkan sekali lagi. Raihan masih belum mampu nak ketuai kumpulan untuk pertandingan ni. Kemahiran dia kat dapur agak lemah. Saya khuatir dia akan menjejaskan nama baik hotel kita nanti.

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now