BAB 20

6.7K 80 20
                                    

Hazymeen  :  Sayanggg... cepat bangun. Dah nak dekat pukul 6.30 pagi dah ni. Nanti lambat pulak solat Subuh.

Raihan  :  Hahhh... dah nak 6.30 pagi. Alamak, Sayang dah lewat ni. Abang tak kejutkan Sayang ker tadi?

Harzymeen  :  Abang dah banyak kali kejutkan Sayang tadi. Tapi Sayang langsung tak bangun-bangun. Memang tidur mati. Jadi Abang pun pergilah ambil wuduk dulu.

Raihan  :  Ohhh... yer ker Abang. Maaf yer. Kejap, Sayang nak pergi ambil ambil wuduk dulu. Abang tunggu Sayang kejap yer.

Aku dengan tergopoh-gapah bangun dari katil, lalu pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selalunya aku akan bangun pada jam 5.30 pagi untuk bersolat Subuh. Namun pagi itu aku bangun dari tidur agak lewat. Mungkin kerana terlalu letih pada malamnya, sehinggakan aku langsung tidak terjaga dari tidurku meskipun telah dikejutkan berkali-kali oleh Abang.

Alhamdulillah... akhirnya aku berjaya juga menunaikan Solat Subuh, dengan diimamkan oleh suamiku sendiri. Aku percaya dan yakin, saat-saat bersolat bersama serta diimamkan oleh suami sendiri merupakan saat yang diidamkan oleh mana-mana isteri. Begitu jugalah dengan aku. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Abang di dalam solat sebentar tadi benar-benar menusuk kalbuku kerana suaranya yang lunak dan bacaan yang jelas. Aku dapat merasai ketenangan dan kebahagian apabila mendengarkan bacaan-bacaan itu tadi.

Selesai sahaja kami bersolat, aku dan Abang pun bersalaman. Aku mengucup tangannya, manakala suamiku pula mengucup dahiku. Aku memang amat sukakan Abang mengucup dahiku sebegitu. Ianya bagaikan simbolik yang menunjukkan bahawa Abang akan bertanggugjawab ke atas diriku serta menyayangi diriku dengan ikhlas sehinggalah ke Jannah, manakala aku pula akan menyerahkan sepenuh jiwa dan ragaku demi kebahagian keluarga kami.

Harzymeen  :  Dalam pukul 2.00 petang nanti, kita dah boleh check-in bilik kat hotel. Nanti kita bolehlah bersolat, berehat-rehat, bersiap-siap kat dalam bilik tur sebelum majlis kenduri kita kat ballroom mula.

Apabila aku terdengarkan ayat "check-in bilik" dari mulut Abang, terus minda aku terfikirkan hubungan intim kami suami-isteri. Tiba-tiba sahaja jantungku berdengup laju dan peluh dingin mulai merembes di dahiku. Adakah itu saatnya untuk aku menyerahkan keperawananku kepada suamiku tercinta? Abang menyambung lagi ayatnya.

Harzymeen  :  Diorang bagi bilik standard jer, bukannya honeymoon-suite pun. Bilik yang diorang bagi tur untuk kemudahan kita tukar baju jer. Habis majlis kita nanti, barulah diorang akan beri suite untuk kita. Kita boleh masuk malam tur jugak. Diorang nak buat kejutan untuk kita hehehe...

Raihan  :  Ohhh yer ker. Amboi diorang tur. Nak buat macam-macam kejutan pulak untuk kita. Bilik untuk family Sayang ada tak?

Harzymeen  :  Ada... Abang ambil 2 bilik untuk family Sayang. Satu bilik untuk orang lelaki dan satu bilik lagi untuk orang perempuan. Diorang bolehlah guna bilik tur untuk solat Maghrib dan berehat.

Entahlah. Tiba-tiba sahaja aku menjadi risau dan sedikit tidak tentu arah untuk menghadapi malam pertamaku. Adakah aku mampu untuk menghadapi? Adakah aku mampu untuk memuaskan nafsu Abang? Apakah teknik-teknik yang perlu aku lakukan untuk memuaskan nafsu Abang? Adakah Abang akan berpuas hati dengan layananku?

Semua soalan-soalan itu telah menerjah ke kotak pemikiranku bertalu-talu. Tambahan pula Abang telah mempunyai pengalaman dan pernah melakukan hubungan seksual dengan beberapa orang wanita sebelum ini. Sebagai seorang isterinya yang sah, sememangnya aku mahu memberikan layanan zahir dan batin yang terbaik untuk suamiku, semoga dia puas dan tidak membandingkan layananku dengan wanita-wanita lain sebelum ini. Nampaknya, aku memerlukan bantuan seseorang untuk menenangkan hatiku yang sedang ini.

●   ●   ●   ●   ●

Raihan  :  Hello, Assalamualaikum Siti. Kau tengah sibuk ker sekarang ni? Boleh tak aku nak bercakap dengan kau sekarang ni?

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now