BAB 22

6.8K 96 11
                                    

Kami singgah lebih kurang 3 jam di rumah keluargaku, untuk aku mengambil pakaian serta lain-lain keperluanku, untuk aku bawa ke rumah Abang, yang bakal menjadi rumahku juga sekejap nanti. Abang beritahu, aku tidak perlu mengambil terlalu banyak barang keperluan ke sana kerana jarak rumah keluarga dan rumah Abang tidaklah terlalu jauh. Aku boleh mengambilnya lagi nanti.

Setelah aku selesai mengambil semua keperluan yang aku rasakan amat perlu, kami pun menyambung perjalanan ke rumah Abang. Kereta Abang meluncur laju dan melalui suatu kawasan yang sering aku singgahi bersama rakan baikku iaitu kawasan tepian pantai. Selepas beberapa minit kenderaan Abang bergerak di kawasan tepian pantai itu, kereta itu pun telah berhenti di hadapan pintu pagar di sebuah rumah banglo yang indah. Rumah banglo itulah yang sering aku idamkan untuk melihat keadaan dalamannya selama ini.

Raihan  :  Abang berhenti di pintu pagar rumah siapa ni?

Harzymeen  :  Hehehe... Sayang tengoklah nanti.

Abang mengeluarkan alat kawalan jauh dari dalam dashboard kereta, lalu menekan punat alat itu. Aku teramat terkejut seraya teruja kerana tiba-tiba sahaja pintu pagar itu pun terbuka. Barulah aku tahu, rupa-rupanya rumah banglo cantik yang ada di tepi pantai ini adalah milik Abang. Aku sering tertanya-tanya selama ini, siapakah pemilik rumah ini kerana aku tak pernah melihat sesiapa pun yang keluar ataupun masuk dari sini.

Aku langsung tidak menyangka, selama ini aku amat mengidamkan untuk melihat keadaan dalaman rumah ini. Namun sekarang ini, doaku itu telah pun termakbul. Aku tidak hanya sekadar dapat melihatnya semata-mata, tetapi kini telah memilikinya. Abang telah meletakkan kereta di bawah tempat parking berbumbung, di dalam kawasan rumah ini. Kami berdua keluar dari kereta, aku begitu teruja melihat halaman persekitaran rumah ini.

Raihan  :  Wahhh... ini rumah Abang ker? Wowww bestnya. Besarnya rumah Abang, cantiknya halaman. Terjaga jer halaman rumah ni. Banyak pokok-pokok bunga cantik. Dah lama ker Abang beli rumah ni?

Harzymeen  :  Sebenarnya, dulu ni adalah rumah rehat family Abang. Rumah kami yang sebenar ada di KL. Tapi selepas family Abang meninggal sebab kemalangan tur, Abang pun ambil keputusan untuk jual jer rumah tur sebab rumah tur terlalu besar. Lagipun terlalu banyak kenangan manis kami bersama di situ. Abang tak sanggup nak terus tinggal di dalam rumah tur. Jadi Abang ambil keputusan untuk jual jer rumah tur pada bapa sedara Abang. Tapi rumah ni Abang tak jual sebab inilah satu-satunya harta milik Papa yang Abang nak simpan sebagai kenang-kenangan. Rumah ni cantik, tak terlalu besar, lokasinya pun cantik dan strategik.

Abang membuka pintu masuk utama rumah ini, lalu kami pun masuk ke dalamnya. Perabot-perabot di dalamya kelihatan ringkas sahaja namun indah dan menarik. Namun hiasan dalaman rumah ini kurang menarik perhatianku kerana perhiasannya menggambarkan pemilik rumah ini adalah seorang yang belum berkahwin, bukannya seorang yang telah berkeluarga. Warna-warna perabotnya gelap dan tidak ceria, gambar-gambar di dinding kebanyakannya bercorak abstrak, tiada satu pun kelihatan sejambak bunga yang boleh menceriakan lagi suasana di ruang tersebut. Tapi tak mengapa, tahulah aku nanti bagaimana cara untuk menghias rumah ini supaya kelihatan lebih selesa dan ceria hihihi...

Abang membawaku pula ke pintu bahagian tepi rumah, yang menghubungkan ke halaman luar rumah. Pintu cermin itu telah menampakkan pemandangan halaman rumah yang amat indah dan juga terdapat sebuah kolam yang kecil, yang mampu memuatkan 4 orang dalam 1 masa. Kolam ini kelihatan bersih dan terjaga, terdapat bumbung yang melindungi kolam ini daripada kuasa alam seperti panas mentari dan hujan.

Bahagian hadapan dan tepi rumah banglo itu ditutupi dengan pagar konkrit yang agak tinggi, ianya mampu melindungi privasi pemilik rumah itu. Namun bahagian belakang rumah itu pula tidak terlindung dengan sebarang halangan, hanya sekadar pokok-pokok pagar yang tingginya separas perutku sahaja menjadi pagar semulajadi untuk rumah itu, membolehkan pemandangan pantai dan laut terbentang dapat dilihat dengan jelas. Aku terleka dengan pemandangan indah yang terhidang di hadapanku ini. Namun tiba-tiba Abang pun bersuara...

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now