BAB 8

11.2K 57 7
                                    

AWAS
Kandungan di dalam bab ini hanya sesuai dibaca oleh pembaca berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Sesampainya aku di rumah, aku terus mengurungkan diri di dalam bilik tidurku. Emakku berasa hairan dengan dengan tingkah laku aku. Kebiasaannya apabila sampai di rumah, selalunya aku terlebih dahulu akan menikmati masakan emakku sambil bersembang dengannya. Emak mengetuk pintu bilik lalu bertanyakan kepadaku.

Emak  :  Hannn... Han sihat ker? Han tak nak makan dulu ker?

Raihan  :  Yaaa mak. Jangan risau. Han sihat jer. Cuma letih sikit pagi ni. Malam tadi Han ada kerja banyak. Han kerja sampai lewat mala. Han nak rehat sekejap. Lepas ni baru Han makan yer.

Emak  :  OKlah kalau macam tur. Han rehat dulu yer. Mak letakkan semua makanan bawah tudung.

Raihan  :  OK mak...

Aku menyembamkan wajahku ke bantal lalu menangis sepuasnya. Aku tidak mahu tangisanku didengari oleh seisi rumah yang lain. Di kala ini aku merasakan diriku amat bodoh, kotor dan hina. Betapa bodohnya aku kerana langsung tidak berwasangka apabila lelaki jahanam itu meminta aku merasai kek yang disediakannya. Dan akhirnya aku terpaksa menanggung rasa malu dan menyesal untuk seumur hidupku. Airmata yang mengalir laju dari mataku tidak akan boleh mengubah hakikat ini buat selama-lamanya, yang aku telah pun berzina dengan ketuaku sendiri meskipun aku di bawah pengaruh pil khayal ketika itu. Nampaknya aku perlu meluahkan segala bebanan dan penyesalan dalam sanubariku pada seseorang untuk mengurangkan sedikit rasa kesedihanku. Aku mengambil telefonku lalu menghubungi seseorang.

Raihan  :  Hello Siti... boleh aku jumpa kau sekarang? Aku ada hal penting sangat-sangat nak bagitahu kau. Aku pergi ambil kau kat rumah sekarang ini.

●   ●   ●   ●   ●

Aku dan Siti Nazirah telah tiba di pantai tempat kegemaran kami melepak dengan motosikalku. Ketika itu tiada seorang pun di situ melainkan kami berdua sahaja kerana masih awal pagi. Aku sempat memerhati ke arah rumah kayu yang tersergam indah di tepi pantai. Kami berdua duduk di atas bangku batu yang terdapat di situ.

Siti  :  Hannn... apasal dengan kau ni. Dari muka kau ni, mesti kau ada problem besar sekarang ni. Mata kau bengkak-bengkak sampai macam ni. Kau menangis kan? Cuba kau bagitahu aku...

Akhirnya aku menceritakan segala-galanya kepada Siti segala apa yang telah berlaku ke atas diriku pada lewat malam tadi tanpa tertinggal satu pun. Aku menceritakan dengan linangan airmata, begitu juga dengan Siti yang mendengarnya. Apabila selesai aku menceritakan segala hal yang berlaku di antara diriku dan lelaki jahanam itu, aku menangis teresak-esak dengan kuatnya. Siti memeluk erat tubuhku untuk menenangkan diriku.

Siti  :  Sabar banyak-banyak Han. Segala apa yang berlaku ni ada sebabnya. Aku tahu semua dugaan yang kau kena hadapi ni berat sangat-sangat. Aku sendiri pun tak sanggup nak hadapi semua dugaan tu. Memang berat sangat-sangat. Boss kau tur memang sial sangat-sangat.

Raihan  :  Sob... sob... Ntahlah Siti. Aku pun dah tak tahu nak luah pada siapa semua benda yang aku tanggung sekarang ni. Aku rasa diri aku ni kotor sangat-sangat. Kalau aku tak fikir pasal dosa, dah lama aku bunuh diri.

Siti  :  Tak baik kau cakap macam tur. Aku harap sangat-sangat kau dapat bersabar banyak-banyak. Jangan sekali-kali kau terfikir nak buat benda macam tur. Sekarang ni kau tak nak buat report polis ker?

Raihan  :  Sob... sob... Aku lebih rela mati daripada menanggung malu. Lelaki jahanam tur bagitahu, dia takkan teragak-agak nak sebar gambar dan video tur kalau aku buat report polis. Dia nak malukan aku dan keluarga aku. Aku tak nak diorang tahu pasal tur. Lagipun takde bukti aku dipaksa buat benda tur dengan dia. Dalam video tur, nampak macam memang aku yang rela buat macam tur. Aku malu sangat-sangat. Aku bodoh sangat-sangat.

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now