BAB 2

10.5K 69 4
                                    

Hari ni merupakan hari cuti mingguan untuk aku, Selasa dan Rabu. Selalunya aku akan ambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung. Jemulah kalau setiap hari hanya tengok bilik asrama dan dapur jer. Boleh stress dibuatnya. Ditambah plak dengan adanya si LGBT jebauk sekor tur, lagilah aku bertambah stress. Jarak dari asrama ke kampung aku tidaklah begitu jauh, hanya 50 minit perjalanan dengan motosikal Modenasku ini.

Setibanya aku di rumahku, aku dapati ada basikal milik Tok Chu (nenek saudara) terletak di bawah pokok mempelam. Aduhhh... kalau Tok Chu nampak aku ni, aku dah boleh tahu dialog apa yang akan keluar dari mulutnya itu. Boleh cair tahi telinga aku ni kalau dengar bebelan dia lama-lama. Nak buat camner, dah nasib badan huhuhu...

Raihan  :  Assalamualaikum Mak, Tok Chu...

Mak  :  Waalaikummussalam... ehhh... Han... Han tak bagitahu mak pun kata nak balik. Mak ingatkan Han tak jadi balik hari ni.

Raihan  :  Saja jer Han nak buat surprise kat mak. Mak tur suka masak macam-macam kalau tahu Han nak balik rumah. Ayah mana mak?

Mak  :  Ayah kamu tur macam biasalah. Dia ikut Ayah Tam kamu pergi memancing. Sejak Ayah kamu pencen ni, tulah aktiviti dia tiap-tiap hari.

Tok Chu  :  Kamu ni Han bila lagi nak jadi isteri orang? Umur kamu tur pun bukannya muda lagi, dah 35 pun.

Dah aku jangka, mesti ayat tur yang akan keluar dari mulut Tok Chu. Banyak benda lain lagi yang boleh dibualkan seperti koleksi tudung terkini, tarikh bayaran BSH, tak pun cara-cara nak join skim pinjaman Amanah Ikhtiar. Tapi bab kahwin jugak yang jadi pilihan dia. Hmmm... redha ajerlah huhuhu...

Raihan  :  Ishhh Tok Chu ni. Saya muda lagilah. Umur baru jer 31 hihihi...

Tok Chu  :  Kalau umur dah 31 tur maknanya dah tualah tur. Kalau Tok Chu masa umur sebaya kau, anak dah tiga orang. Tok Chu dulu kahwin masa umur 18 tahun.

Raihan  :  Tur dulu Tok Chu. Orang zaman sekarang ni dah tak kahwin umur muda-muda ni. Kebanyakan orang zaman sekarang ni kahwin umur 25 tahun ke atas. Lagipun nak buat camner Tok Chu, takder orang yang berkenan dengan saya ni. Siapalah saya ni. Kulit gelap, badan pun berisi, muka pun tak cantik.

Tok Chu  :  Uishhh... tak baik menghina ciptaan Allah ni. Setiap manusia dicipta berpasangan. Semua yang dia ciptakan tur cantik dan indah, tiada yang hodoh dan buruk. Tapi kita kenalah berusaha dan selalu berdoa untuk cari jodoh yang baik. Kita janganlah terlalu memilih sangat...

Aduhhh... makin panjang lebar pulak ceramah Tok Chu ni. Nampaknya aku kena gunakan taktik mantap aku ni untuk patahkan serangan Tok Chu. Kalo tak, mahu sejam jugak aku terpaksa tadah telinga mendengar ceramah Forum Perdana Ehwal Islam ni. Mahu cair tahi telinga aku ni.

Raihan  :  Ehhh... takpelah Tok Chu. Han nak masuk bilik dulu yer. Han tak solat Zohor lagi ni. Nanti terlambat plak Han solat. Han minta diri dulu yer...

Tok Chu  :  Ooo yer ker. Kalau macam tur takpelah. Han pergi solat dulu.

Hahaha... berjaya jugak taktik aku tur. Aku sebenarnya dah bersolat siap-siap pun kat asrama tadi. Maafkan Han yer Tok Chu sebab guna taktik menipu untuk melepaskan diri. Han bukannya sengaja nak menipu Tok Chu. Han cuma nak menyelamatkan diri jer dari mengalami migrain tahap rendah, tipu sunatlah katakan hihihi...

●   ●   ●   ●   ●

Apabila berada di kampung, salah satu perkara yang aku suka buat adalah pergi bertandang di rumah kawan baik aku, Siti Nazirah. Kami sama-sama belajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Namun aku lebih bernasib baik, aku dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam bidang kulinari. Siti Nazirah pula hanya sekadar di tingkatan 6 saja. Kami sebaya dan dia senasib dengan aku juga, masih solo sehingga kini.

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now