"Thanks abang!" Lalu, satu kucupan dihadiahkan di pipi Raid tapi terus Aisha tersedar akan keterlanjurannya. Tak pasal-pasal berona merah pipinya. Terus pelukan dilepaskan.

Raid sembunyi senyum. Dirapatkan wajahnya dengan wajah Aisha sehingga Aisha berundur beberapa tapak ke belakang.

"Abang musykil ni. Mana Aisha belajar goda-goda ni? Malam semalam pun Aisha goda abang, takkan harini pun nak goda abang lagi?" Perlahan dan romantis suara Raid. Aisha telan liur.

"Ehem," Aisha berdehem. Sekadar ingin melegakan hati yang sudah berdebar.

"Bila abang beli kereta ni?" Terus Aisha tukar topik.

Raid senyum. Dia tahu Aisha sengaja tukar topik. Malulah tu kena usik macam tu!

"Dah lama dah abang beli kereta ni. Sebenarnya kereta ni untuk Rania, tapi Rania tak nak sebab dia tak minat Suzuki Swift. Jadi, abang biarkan jelah kereta ni dekat sini. Sesekali je abang akan start kereta ni. Biar dia terus hidupkan. Aisha okay ke sebab kereta ni bukan baru tau. Dah lebih 4 bulan macam tu abang beli tapi jarang pakai." Risau juga Raid. Manalah tahu Aisha tak suka.

"Mestilah okay! Ni pun dah terlebih happy dah Aisha ni. Aisha tak kisah pun, bang." Aisha senyum pamerkan giginya yang tersusun cantik.

Raid turut tersenyum. Dia lupa yang isterinya memang berhati baik. Aisha bukan macam sesetengah gadis yang akan demand dengan setiap hadiah yang diberikan.

"I love you, sayang."

Ternaik kening Aisha. Pipinya makin merah bila Raid ucapkan ayat keramat itu.

"Tak balas pun." Raid keluar suara merajuk.

Aisha senyum nakal. Dicubit kedua-dua belah pipi Raid sambil digoyangkan ke kiri dan kanan.

"I love you too, abang." Raid dan Aisha sama-sama tersenyum. Biarlah momen-momen indah ini akan kekal sampai bila-bila.

🦄

Sebuah plastik yang dalamnya terdapat 50 bungkus makanan, diangkat oleh Aisha lalu diletakkan di atas meja panjang. Kesemua ada 2 buah plastik. 100 makanan yang dibungkus untuk para gelandangan di sini.

Hari ini kumpulan Puan Sri Azalea berada di Jalan Al-Sagoff. Di sini tak berapa ramai gelandangan yang tinggal.

Aisha hulurkan dua bungkus makanan untuk para gelandangan yang beratur di hadapannya. Air pula dihulurkan oleh Puan Sri Azalea di sebelah. Pekerja Puan Sri Azalea pula ada yang menghulurkan seplastik baju-baju terpakai buat mereka semua.

Hampir dua jam mereka menghabiskan masa di situ. Mereka mula mengemas bila aktiviti prihatin mereka selesai.

Sewaktu Aisha sedang mengutip sampah yang ada di persekitaran itu, matanya terpandangkan susuk tubuh yang sangat dia kenali dan sangat dia rindui.

Tanpa berlengah, terus dikejar orang itu. Puan Sri Azalea yang perasan Aisha berlari seperti mengejar sesuatu itu, turut sama mengikut langkah Aisha.

"Abang Farid!" Aisha beranikan diri menarik lengan lelaki itu dari belakang.

"Maksu!" Tubuh Aisha dipeluk Dayyan dari depan. Air mata Aisha gugur satu-persatu sambil membalas pelukan Dayyan.

"Maksu, Aiyan rindu maksu." Ada air mata di tubir mata Dayyan. Semakin galak air mata Aisha.

Farid yang sedari diam dari tadi turut menahan rasa sebak. Bohonglah kalau dia tak rindukan Aisha. Dah nak hampir 2 bulan dia tak berjumpa adiknya itu.

"Aisha," suara Puan Sri Azalea dari belakang membuatkan Aisha menoleh.

Mata Farid turut sama melihat gerangan yang menegur Aisha. Entah kenapa, wajah wanita yang sudahpun berdiri di sebelah Aisha seakan samar-samar dalam ingatannya. Dia seakan pernah melihat wajah ini.

"Umi, Aisha nak kenalkan. Ni abang Aisha. Abang Farid. Ni anak dia, Dayyan."

Puan Sri Azalea terkesima. Perlahan matanya beralih memandang Farid yang nampak seakan terkesima sama.

"Farid? Farid anak Farida dengan Ahmad? Betul ke?" Terus soalan itu dilontarkan buat Farid.

Farid diam tidak berkutik. Dia cuba mengingati wajah wanita ini dalam kotak fikirannya.

Aisha pelik. Dia seakan bingung dengan soalan umi untuk Farid.

"Farid, Farid tak ingat aunty ke? Aunty, kakak ipar arwah Naurah."

Satu ayat dan satu kenyataan yang cukup membuatkan Farid mengingati siapa wanita separuh abad yang berdiri di hadapannya. Mukanya terus berubah.

Aisha semakin bingung. Naurah kan nama arwah ibu kandung dia. Macam mana umi...

"Kau! Aku ingat kau. Kau dengan keluarga kau semua sama. Perosak!"

Terhinjut bahu Puan Sri Azalea bila dijerkah oleh Farid.

Aisha turut sama terkejut. Dia tak faham apa yang jadi antara Puan Sri Azalea dengan Farid, tapi kata-kata Farid sangat melampau.

"Abang! Kenapa abang cakap macam tu dekat umi?" Marah Aisha. Dia menolak bahu Farid. Panas hatinya bila Farid bersikap kurang ajar seperti itu.

"Kau pun sama. Sebab kan kau, mak kau mati. Bapak kau mati. Ni, keluarga dia pun sama jugak penyebab. Penyebab hancurnya hubungan orang lain. Sebab dia ni lah!" Jerkah Farid lagi.

Dayyan ditarik mendekatinya menyebabkan tangan Aisha yang memegang tangan Dayyan turut terlepas.

Puan Sri Azalea sudah teresak-esak. Aisha semakin bingung dengan keadaan ini. Dia tak faham. Jujur, dia tak faham.

"Ap— apa yang... apa yang abang cuba sampaikan ni? Kenapa abang... cakap macam tu dekat Aisha, dekat umi?"

Farid mendengus kasar. Mukanya nampak kusut. Wajahnya turut bertukar merah kerana amarah yang menguasai diri. Dayyan di tepi turut sama ketakutan melihat papanya begitu.

"Kau nak tahu sangat kan? Kau tanya perempuan ni! Apa yang dia dah buat dekat kau sampai kau jadi anak yatim piatu! Kau tanya dia. Jangan tanya aku!" Usai itu, Farid pergi sambil menarik kuat tangan Dayyan.

"Papa, Aiyan sakit! Maksu, tolong Aiyan. Aiyan nak ikut maksu!" Jerit Dayyan kuat sambil menangis kuat.

Aisha tak mampu berbuat apa-apa bila Farid terus menyumbat Dayyan ke dalam kereta dan berlalu pergi dari situ.

Dia terkejut.

"Aaa— Aisha..." suara Puan Sri Azalea bergetar sambil tangannya yang menyentuh lengan Aisha turut sama menggeletar.

"Umi, kita balik ya umi." Terus dipapah Puan Sri Azalea menuju ke kereta.

Dalam kepala Aisha, berselirat segala persoalan. Dia tak pasti dengan kata-kata Farid tadi?

Apa hubungan Farid dengan umi?

Atau lebih tepat lagi,

Apa hubungan Aisha dengan Puan Sri Azalea?

🦄

Woohooo! Da bomb!

Baru sikit je ni. Hikhik 😈

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now