Suara ketawa dari arah pintu rumah membuatkan Raid dan Rania menoleh. Melihat Abby yang galak ketawa begitu, timbul rasa bahagia dalam hati Raid.

"Papa Long!" Abby berlari dan terus memeluk Raid.

"Abby busuklah." Kata Raid, sengaja.

Aisha tersenyum melihat kemesraan antara Abby dan Raid.

"Hm, untunglah Aisha along nak bawak pergi honeymoon." Suara Rania mematikan senyuman Aisha. Dia blur.

"Ha?"

Tersenyum Raid dengan kecomelan Aisha.

"Along nak ajak Aisha honeymoon lah." Ulang Rania sekali lagi.

Barulah Aisha dapat tangkap. "Honeymoon..." perlahan saja suaranya sambil mata terus memandang Raid.

Raid kenyit mata. Tertunduk Aisha kerana malu. Haih, bilalah penyakit malu depan suami ni nak hilang?

🦄

Aisha duduk di dalam bilik tidurnya sambil mengemas baju-bajunya yang ada dalam almari. Semalam nak kemas tak sempat. Jadi disebabkan dia dah berpindah ke bilik Raid bermakna semua pakaiannya pun turut berpindah tempat.

Awal-awal lagi Abby dah masuk tidur. Penat bermain punya pasal. Nasib baiklah Abby tak banyak ragam. Jam di dinding menunjukkan hampir 10 malam.

Aisha segerakan kemas bajunya. Takut Raid tercari-cari dia pulak. Bunyi pintu dibuka membuatkan Aisha menoleh. Tersenyum dia melihat gerangan itu.

"Umi, tak tidur lagi?" Soal Aisha.

Puan Sri Azalea menggeleng sambil melangkah masuk ke dalam dan duduk di birai katil.

"Belum lagi. Aisha buat apa ni?"

"Aisha kemas baju-baju Aisha, nak letak dalam bilik abang Raid. Semalam tak sempat nak kemas." Aisha senyum sambil tangan lincah melipat baju-bajunya.

Puan Sri Azalea mengangguk-anggukkan kepalanya. "Esok Aisha nak ikut umi tak?"

"Pergi mana umi?" Soal Aisha.

"Esok umi dengan team umi nak bagi makanan dekat gelandangan yang ada. Kalau Aisha nak join, jomlah."

Mata Aisha bersinar-sinar. Terus diangguk-anggukkan kepalanya.

"Boleh jugak, umi!"

Terlepas tawa Puan Sri Azalea dengan keletah Aisha yang seperti budak kecil itu.

"Dalam tengah harilah kita gerak."

"Gerak pergi mana tu?" Tiba-tiba suara Raid mencelah. Dia menapak masuk lalu duduk di bawah bersebelahan Aisha dan mengadap Puan Sri Azalea.

"Rahsia perempuan." Jawab Puan Sri Azalea.

Terus berkerut dahi Raid. Rahsia perempuanlah sangat.

"Umi kenapa tak tidur lagi? Dah malam dah ni..." Raid mula nak bebelkan uminya.

"Yelah, yelah. Umi nak masuk tidurlah ni. Ingat ya Aisha esok." Sempat umi berpesan kepada Aisha. Bahu Raid ditepuk perlahan.

"Okay, umi. Selamat malam." Ceria suara Aisha. Matanya mengikut figura umi yang hilang di sebalik pintu.

Raid memandang Aisha dengan penuh curiga dan tanda tanya. Aisha yang tak selesa ditenung begitu, mendongak memandang Raid.

Keningnya terangkat. "Kenapa abang tengok Aisha macam tu?"

"Baik Aisha bagitahu, Aisha dengan umi plan apa esok?"

Aisha tersenyum. Didekatkan wajahnya dengan wajah Raid sehinggakan kepala Raid terundur ke belakang.

Aisha tepis segala rasa malu dan dekatkan bibirnya ke telinga Raid. Tapi dalam hati sudah dup-dap-dup-dap.

"Rahsia perempuan." Bisiknya sebelum melepaskan tawa melihat wajah terkejut Raid. Terus dijauhkan wajahnya dengan wajah Raid.

"Aisha hampir nak goda abang tahu tak?" Ucap Raid tiba-tiba.

Aisha senyum. Senyum menggoda. Wajahnya disengetkan sambil tangan menompang dagu.

"Abang... tergoda ke?" Lembut saja suara Aisha.

Raid pandang Aisha, lama. Tak percaya yang Aisha sudah pandai menggodanya begini dan jujur dia katakan yang dia memang tergoda.

Raid lepaskan nafasnya perlahan. Aisha masih tersenyum nakal dan mengusik. Kerja melipat bajunya sudah entah ke mana.

"Aisha jangan main-main." Dia dekatkan dirinya dengan Aisha. Tapi Aisha masih statik. Tak takut dengan tindakan Raid yang mendekat itu.

"Mana ada main-main." Aisha tentangkan matanya dengan mata Raid.

Raid tahankan diri. Tak nak nampak gelojoh lalu dicuit hidung Aisha.

"Cepat sikit kemas baju. Abang tunggu dalam bilik."

Dan Aisha tahu itu ialah satu arahan. Arahan yang tak boleh dibantah. Tulah, siapa suruh 'cari pasal'.

🦄

Sis bagi korang happy happy dulu dengan scene sweet dua orang ni. Tunggu part meletup dentum nanti hehehehe 😈😈

Btw, ada typo bagitahu ea! Malas nak double check 🤣

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now