"Aisha, buat apa tu?"

Gulp!

Terhenti langkah Aisha. Perlahan dia mendongak memandang Raid yang sedang mendukung Abby. Abby turut berkerut melihat Aisha.

Aisha tersengih. Kedua-dua belah tangan dibawa ke belakang lalu disimpulkan jari-jemarinya.

"Err... saja! Bersenam!" Jawab Aisha dengan sengihan. Malunya...

Raid turunkan Abby.

"Bersenam?" Ternaik kening Raid. Laju saja Aisha mengangguk.

"Err... aw— awak nak air? Saya buatkan." Aisha segera tukar topik.

"Boleh jugak. Buat dengan penuh kasih-sayang tau." Sempat Raid mengusik. Siap dihadiahkan kenyitan buat Aisha.

"Ehe, ok-okay."

Laju Aisha berlari ke dapur. Diambil gelas kaca. Diambil botol Sunquick berperisa mangga dan gula, terus dibancuh.

Aisha tarik nafas kemudian hembus. Dibuat tiga kali bagi meredakan hati yang berdebar-debar. Silap hari bulan, boleh terkeluar jantungnya bila selalu berdebar disebabkan Raid.

Aisha berjalan sambil membawa cawan air mangga untuk Raid bila dia dah tenang sedikit. Diletakkan cawan itu berhati-hati di depan Raid dan dia terus duduk di sebelah Abby. Seboleh-bolehnya dia mengelak dari bertembung mata dengan Raid.

Raid menghirup air mangga sambil mata tak lepas memandang Aisha. Lain macam isteri dia ni.

"Aisha okay?"

"Hah?" Terkejut Aisha bila namanya disebut Raid.

"Okay. Okay je. Kenapa?" Soal Aisha terus. Raid kerutkan lagi kening tanda musykil.

"Are you sure?"

Aisha anggukkan kepala. Cuba yakinkan Raid yang dia okay.

"Kalau Aisha tak selesa, Aisha bagitahu abang tau. Jangan diam macam ni. Risau abang." Kata Raid.

Aisha angguk lagi sambil turut sama mewarna dengan Abby.

"Kalau Aisha ada apa-apa soalan yang Aisha nak tanya, tanya je." Kata Raid lagi.

Aisha berhenti mewarna. Dia terfikir sekejap. Sebenarnya, dia tertanya-tanya pasal Abby. Kenapa Abby panggil Raid Papa Long. Apa yang pasti, Abby bukan anak kandung Raid. Kalau macam tu, mana mak ayah Abby?

"Sorry kalau saya tanya soalan ni. Erm, mana mak ayah Abby?" Takut-takut juga Aisha lontarkan soalan. Takut Raid marah.

Tapi tak. Malah Raid tersenyum bila dengar soalan Aisha.

"Sini. Duduk sini." Ajak Raid sambil menepuk ruang kosong di sebelahnya.

Aisha geleng sambil senyum janggal.

"Tak apalah. Saya duduk sini je."

"Jangan bantah cakap suami."

Tercengang terus Aisha. Nak tak nak, dia bangun jugak. Mengelat! Pakai kuasa veto nampaknya Raid ni.

Aisha labuhkan punggungnya di sebelah Raid. Tapi masih ada ruang kosong di tengah-tengah. Ruang yang masih boleh diduduki dua orang di situ. Nampak tak, betapa jauhnya Aisha duduk.

Raid terlepas tawanya. Dicapai lengan Aisha lalu ditarik mendekatinya. Aisha tak sempat nak halang bila dia mendadak mendekati Raid sehingga terpegang dada Raid.

Jarak yang terlalu dekat. Dia boleh dengar deru nafas Raid yang sangatlah hampir dengannya. Cepat-cepat Aisha duduk tegak sambil Raid memeluk bahu Aisha dari belakang. Mendekatkan lagi jarak mereka.

Aisha telan liur. Dia keraskan badannya. Dekat sangat ni...

"Aisha takut dengan abang?" Soal Raid. Lembut menerpa telinga Aisha.

Aisha telan liur sekali lagi. "Taklah. Saya okay. Awak tak nak jawab soalan saya tadi ke?"

Raid ketawa. Ya tak ya juga. Seronok sangat peluk Aisha sampai lupa dengan soalan Aisha.

"Okay, sayang..."

Aduhai hati... mohon jangan cair. Please, please!

"Abang sebenarnya tiga beradik. Abang, Raila dengan Rania. Tapi, Raila dah meninggal. Accident tahun lepas."

"Oh ya? Sorry..." ucap Aisha.

"It's okay. Erm, dulu... Raila belajar dekat Bosnia. Dekat sana dia jumpa someone. Disebabkan dia terlalu cinta, diorang kahwin tanpa pengetahuan umi dengan abang. Bila dia balik Malaysia, dia bawa sekali Abby. That time memang kami semua terkejut bila dapat tahu yang Raila kahwin senyap-senyap dekat sana. Of course, siapa je yang tak kecewa bila dapat tahu benda tu kan?"

Aisha terlalu ralit mendengar cerita Raid sampaikan dia tak sedar yang Raid bermain-main dengan rambutnya.

"Raila balik sini sebab suami dia lari lepaskan tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah. Sebabkan rasa bersalah, tu yang Raila balik. At first, umi tak boleh terima. Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan umi bercakap pasal ni. Umi malu sangat. Abang pun kecewa dengan Raila tapi benda dah jadi, kita nak halang macam manakan? Walau macam manapun, Abby still our family. Lama-lama, umi boleh terima dengan benda yang jadi dan Abby. Tapi Allah lebih sayangkan Raila, Allah ambil Raila dan dia gantikan dengan Abby. Cantikkan aturan Allah? Sebelum Raila pergi tinggalkan kami semua, dia sempat pesan kat abang supaya jaga Abby baik-baik. Jaga macam anak sendiri."

Aisha rasa sebak. Tak sangka begini kehidupan Abby. Patutlah Abby macam ada mix. Rupanya ada darah Bosnia.

"Kesian Abby." Terlepas ayat itu dari mulut Aisha. Raid senyum.

"Sebab tu sekarang kita jadi papa dan mama ekspres untuk Abby." Jawab Raid sambil mencuit hidung Aisha.

Terbeliak mata Aisha bila Raid cuit hidungnya. Terus dia menoleh ke arah Raid yang jaraknya hanyalah beberapa inci sahaja.

Mereka bertatapan. Seakan pandangan itu cuba menzahirkan sesuatu. Tangan Raid naik mengusap pipi mulus Aisha.

Dia tak tahu apa yang dia rasakan sekarang? Cinta? Terlalu awal untuk dia katakan rasa ini sebenarnya cinta. Sayang? Mungkin juga sebab Aisha isterinya.

"Abang janji akan jaga Aisha baik-baik. Buat abang jatuh cinta dekat Aisha. Boleh?"

Aisha terkedu. Menari-nari anak matanya menatap anak mata Raid yang redup memandangnya.

"In Shaa Allah, hati awak akan jadi milik saya. Saya janji." Aisha senyum sebelum bangun dan duduk kembali di sebelah Abby.

"Abby dah siap colour?"

"Sikit lagi. Mama Long nak colour jugak?"

Dan Raid tersenyum melihat momen indah itu.

🦄

Im sure yang korang akan jatuh cinta gila-gila dekat Raid lepas ni!

Jangan lupa vote and comments okay!

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now